WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Sunday, April 29, 2012

Surat dari Anak POLIS



Assalamuailaikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat mahasiswa UUM sekalian,

Saya juga seperti kalian, mengambil berat apa yang berlaku pada hari semalam.
Jujur saya katakan, mereka keterlaluan, keterlaluan dalam erti kata menggelar Polis sebagai Anjing, melakukan provokasi dan sebagainya. Saya anak Polis, apa salah Polis sehinggakan sahabat saya menggelarkan POLIS itu zalim, anjing!! Setiap yang polis lakukan itu kerana tugas mereka! Tugas menjaga keamanan. Hinakah pekerjaan ayah saya sebagai seorang POLIS??

Sedangkan sahabat-sahabat UUM ada yang menuduh polis zalim, kejam, berhati anjing dan sebagainya, pernahkah sahabat fikir yang dipanggil anjing itu adalah ayah saudara? Pernah?? Saya mohon maaf, saya percaya mahasiswa UUM tiada yang terlibat.

Cuma inilah luahan saya selepas membaca berita di Harakah Daily, dan sebagainya. Adakah apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru sebagai mengikut arahan? Adakah arahan itu termasuk menggelar polis anjing, merosakkan harta benda semua? Saya percaya tidak. Namun apabila disebut demostrasi perkara ini tak kan terlepas.

Mohon sahabat-sahabat sedar perjuangan seorang anggota polis. Andai sahabat terus menggelarkan mereka anjing, saya tiada pilihan untuk bangga diri saya sebagai anak anjing. Kerana Anjing yang dipanggil oleh pihak tertentu itu lah orang yang sentiasa sebelum tidurnya memikirkan mengenai ketenteraman awam.

Maafkan saya andai surat ini mengecilkan hati sahabat sekalian.


Terima Kasih kerana menyiarkan surat saya.

p/s: Harakah Daily yang disebutkan itu kemungkinan besar post yang ini.http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9943-bersih-30-pas-ucap-tahniah-ikut-arahan-pemimpin 

Saturday, April 28, 2012

Kami SAYANG POLIS


Terima kasih POLIS kerana menjaga ketenteraman. 

Terima kasih kepada pendemo pendemo anda ‘mematikan’ KL hari ini. sekadar nak share, kebebasan media. Rujuk sini

sumber: Harakah Daily


Benarkah BERSIH MENDAPAT sokongan SELURUH rakyat?


Luahan dari youtube (bukan Berita Harian dan bukan juga TV 3)





Nanti agak-agaknya depa panggil POLIS ni apa? Hahahaha..

Berapa banyak pak cik- pak cik teksi, penjual keropok lekor kat tepi SOGO rugi agak-agaknya apabila ini berlaku:


BERSIH BEBAS TANPA PENGARUH POLITIK?? Memang Tak la Kan kan kan
Maaf bukan sumber UTUSAN ya.. hehe.. klik sini
KAMI sokong kebebasan akhbar dan media dua-dua kami bawakan hehehe




Semoga bro bro POLIS selamat! Terima Kasih menjaga kami!

Sekitar BERSIH 3.0


Semoga perlakuan anda selaras dengan niat yang BERSIH. 

Dunia memerhatikan anda. 

Ini mungkin jalan anda  TAPI bukan jalan kita.







Matlamat tidak menghalalkan cara. 



Wednesday, April 25, 2012

Benarkah MPP PERUBAHAN mandom? ( Bahagian I)



Tajuk entrie ini mungkin akan membuat MPP PERUBAHAN panas punggung. Namun Admin rasakan bahawa entrie ini penting untuk menjawab isu-isu yang hangat diperkatakan. Pelbagai pihak yang memfitnah MPP PERUBAHAN namun satu pun diantara mereka tidak menempelak MPP Transformasi Mahasiswa.

Admin menyembahkan kepada anda, santapan minda moga terbuka hati dan minda supaya terus memberi sokongan terhadap MPP UUM. Berikut pelbagai isu yang yang dianalisa oleh seorang pemerhati PERUBAHAN.

Amer Izzuddin ( mangsa fitnah juak UUMLeaks)


Isu Sticker
Isu sticker sememangnya isu yang selalu dan hangat diperkatakan. Setiap kali PRK pelbagai calon akan mempertengahkan isu sticker untuk mendapat perhatian. Sejauh manakah MPP Perubahan memperjuangkan isu sticker? Dalam satu perjumpaan tertutup yang dihadiri bersama MT MPP UUM (semua adalah dari Perubahan) bersama Presiden DPP semester lepas, isu sticker sekali lagi di naikkan oleh Timbalan Yang DiPertua (yang dituduh oleh seorang anak buah MPP UUM sebagai konspirator MPKS). Pelbagai alternative diberikan atau ditawarkan kepada pihak HEP. Dalam mesyuarat itu juga kawan PERUBAHAN seorang Presiden DPP menyampaikan ketidak puas hatian beliau mengenai mekanisme yang sedia ada. Hujah ini juga di sokong oleh Yang DiPertua (yang dituduh penipu) yang meminta mekanisme kelulusan sticker diperbaiki untuk mengurangkan karenah ketidak lulusan. Namun maklumat lanjut Presiden terbabit enggan berkongsi. Cadanagn oleh MPP ketika itu adalah untuk mewujudkan sistem renewal berbanding permohonan semula. Dan isu surat akuan sumpah yang membebankan mahasiswa. dalam kenyataan AMirul (kebetulan budak Law) akuan bersumpah pelajar sebenarnya memadai kerana akuan sumpah sudah cukup kuat untuk dijadikan salah satu bukti di mahkamah tidak perlu akuan sumpah ibu bapa untuk university menolak liability ( agaknya lah ini term yang Amirul gunakan Admin tiada so Admin pun tak dapat nak tangkap). Walaupun pihak HEP tidak memansuhkan namun, perubahan dibuat, untuk permohon kedua tidak diperlukan surat akuan sumpah ibu bapa lagi! Nah amek ko!!

Ku Amirul (dituduh konspirator oleh uumleaks)

Isu Apung 
Isu apung sebelum ini hangat diperkatakan apabila sebilangan mahasiswa diapung kerana pelbagai sebab. Namun dengan selamba  je MT MPP UUM kalau tidak silap TYDP ‘menegur’ (ayat yang lebih sopan) tindakan HEP yang menyebabkan ketidak konsistenan dan keengganan menerima menerima surat sokongan dari YDP MPP UUM untuk meminta majlis pengetua menilai kembali keputusan apung para pelajar. Konsistennya perjuanganan TYDP dan YDP tidak boleh disangkal apabila terdapat beberapa pelajar dipulangkan kembali ke tempat asal. Selain itu mekanisme juga diminta supaya mahasiswa UUM ini mendapat tahu bilik mereka sebelum cuti semester. Presiden itu cerita lagi pada admin, Amirul dengan selamba nye bermadah ' menolak permohonan Amer samalah menolak suara 20 000 mahasiswa UUM kerana Amer dilantik oleh mahasiswa UUM' 


MPP Meor yang sempoi
Isu Kafe
Isu kafe diperjuangakan oleh kebanyakkan MPP PERUBAHAN. Tindakan harga yang tidak rasional, kotor, kualiti tidak sesuai untuk mahasiswa dibawa oleh MPP Perubahan dalam mana-mana perjumpaan sehinggalah ke peringkat pengetahuan Dato’ Naib Canselor. Benarkah MPP PERUBAHAn tuli mengenai isu ini? MPP Perubahan Meor menerjah kualiti makanan di kafe MAS (bukan MPP TM Hafizuddin) dan isu kafe Bank Rakyat ( kawasan kebanyakan MPP UUM termasuk MPP TM AFIFI dan Hafizuddin) juga di bawa dengan penuh berhikmah. Berbalik kepada persoalan diatas benarkah MPP admin ini mandom? MPP Perubahan yang lain seperti Hawa, iqqtiyani, Farah Afiqah, Asmak, Hidayah, Rafidah juga membahaskan isu yang sama tanpa gentar. (kih kih kih)

Isu kerohanian
Perjuangan konsisten oleh Amer Izzuddin menyebabkan beberapa dasar telah dipinda oleh pihak university. Semua ini dilihat ‘buta’ oleh sesetengah pihak. Konsisten perjuangan saudara MPP AMer sehingga membawa isu kerohanian di pengetahuan YB Menteri di JPM. Tanpa ucapan terima kasih kebanyakkan mahasiswa menyelar dan memanggil YDP sebagai PENIPU! 

Nantikan bahagian kedua! macam mana pun MPP tak dapat bertindak tanpa maklumat dari anda yang disalurkan di tempat yang disediakan (email aje sudah, email depa kat merata-rata)

Monday, April 23, 2012

Kita TOLAK

Ehsan dari Mahasiswa Utara

Permasalahan homoseksual atau hubungan sejenis bukanlah satu isu kecil tetapi isu besar. Barangkali melangkaui isu PTPTN yang sedang sibuk diperjuangkan. Justeru 21 April 2012 bertempat di Stadium Bola UPM, berlangsung perhimpunan besar-besaran meNOLAK LGBT. Rujuk Mahasiswa Utara. PERUBAHAN mengajak pembaca menyoroti usaha menyesatkan golongan rakyat Malaysia.

KIta Mahasiswa harus menjadi agen Perubahan.

Jom kita fahami 



Mungkin nukilan Timbalan Yang DiPertua MPP UUM, saudara KU AMIRUL FAIZ bin KU SEMAN yang sebelum ini disiarkan boleh menjadi sebab mengapa mahasiswa perlu menolak LGBT!

Andai mahasiswa tidak peka, hanyut, mengiya dan menggunakan hak suara sebelum hak berfikir maka tidak mustahil azab Allah akan datang menerjah kita. bersama kita bangkit menolak LGBT.

AYUH, kita laungkan TOLAK LGBT! TOLAK PEMIMPIN SONGSANG! HIDUP MALAYSIA.


Saturday, April 21, 2012

ISU : MANSUHKAN PTPTN, SIAPA TERBEBAN DAN SIAPA YANG MELEPASKAN BEBAN?


 Tulisan MPP PERUBAHAN Saudari Aeefi Al Ghazali bt Mohd Idrus

Memulakan bicara dengan  salah satu peringatan ALLAH dalam Alquran Al-karim. “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”  (Ar-rahman, 13).  Siapa diantara kita yang tidak mahu terus berada di dalam keselesaan yang selama ini dikecapi tanpa perlu risau ada yang lain sedang menanti giliran mereka untuk menikmati nikmat yang sama.   Tanpa kita sedar, selama ini mahasiswa khususnya mahasiswa IPTA seronok bergembira dengan segala nikmat dan kemudahan pendidikan yang menurut penulis tersangat lah mewahnya.  Masakan  tidak,  80 ke 95 peratus yuran ditanggung oleh kerajaan. Sejumlah kecil yang lain dibayar menggunakan PTPTN @ biasiswa yang disediakan oleh kerajaan. 

Dikatakan 15-20 peratus dari jumlah PTPTN digunakan untuk bayar yuran selebihnya untuk menanggung sara diri sepanjang satu semester pembelajaran, ( yang kadang kala tidak mencukupi). Jadi apa implikasinya jika semua ini dimansuhkan? Dan kos pembelajaran mahasiswa ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan?
Mahasiswa perlu sedar, bahawasanya Negara kita, Malaysia ,merupakan Negara yang  sedang membangun. -Kerajaan dijangka mencatat defisit lebih rendah pada 5.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) didorong oleh prospek prestasi kutipan hasil yang lebih baik walaupun perbelanjaan keseluruhan meningkat 2.8 peratus kepada RM212 bilion, KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama).

Mana mungkin kurangkan defisit negara, kalau semua benda kerajaan nak tanggung. Ya! Ada Negara yang mengamalkan pendidikan percuma seperti LIBIA,  tapi andai dilihat hasil pendapatan utama LIBIA  adalah daripada hasil minyak dan ini merupakan fakta yang perlu dilihat dan ini merupakan satu fakta yang mahu atau tidak mahasiswa perlu mengambil dalam pertimbangan.

Ya, mungkin ada benarnya, pemansuhan PTPTN akan memberi  faedah kepada mahasiswa.  Tapi ada mahasiswa fikir  beban sosialnya akan dipindahkan kepada siapa? Siapa yang berkemampuan untuk memulang kembali hasil pendapatan kerajaan? Menurut  Pareto Efficiency, “there is no way to make someone better off without making someone else worse off” ini bermaksud, tiada maknanya seseorang itu dapat kebaikan kalau tidak membuat seorang lagi lebih teruk. Harapan penulis, semoga yang membuat tuntutan tu memahami teori dan prinsip praktikal ekonomi. 

Penulis harap terjawab persoalan siapa yang terbeban dan siapa yang melepaskan beban. PTPTN merupakan satu bantuan kepada mahasiswa yang sepatutnya mendapat bantuan. Andai diberikan secara percuma maka pulangan kembali kepada dana negara bakal terjejas dan ini sudah pasti mengurangkan potensi ekonomi negara. Bilangan cerdik pandai akan bertambah maka selama itulah tanggungan negara akan bertambah. Ayuh kita mengejar kearah membiasiswakan PTPTN. Penulis menyokong PERUBAHAN yang rasional. Sekian.

  P/S: saudari Aeefi merupakan pelajar jurusan ekonomi UUM


Thursday, April 19, 2012

Cabaran bakal dibiar tanpa disahut?

Dua blog yang hebat menyatakan cabaran terhadap TRANSFORMASI MAHASISWA untuk berdebat mengenai isu PTPTN! Berdebat dari segi ilmiah ( tak tahu mereka mampu atau tidak). PERUBAHAN juga maklum ada wakil TRANSFORMASI MAHASISWA yang bergerak sekali dengan DEMON strasi GILA yang mengherdik dan mendoakan kematian YAB PM Malaysia (ISLAM) dan YB KPT MALAYSIA (ISLAM) biarkan rahsia!

Yang penting adakah wakil TRANSFORMASI MAHASISWA akan menghantar wakil atau hebat didalam alam maya? Kah kah kah kih kih kih kuh kuh kuh! Terima kasih kepada Blogger Cyber Ranger (Pergerakkan mahasiswa anti TM) dan Blogger Makan Cabai (Pergerakan Mahasiswa anti PENDUSTA. Bak kata ‘ bos kami, Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara! Kepada ‘anak syarikat’ Transformasi Mahasiswa ‘UUMLEAKS’ kamu sememangnya subsidiary kerana hanya berita-berita Transformasi Mahasiswa sahaja di berikan liputan. EPIC FAIL! Hahahahahhahahaha

Tak pa lah. UUM LEAKS pun dah cuak dengan kenyataan SPEAKER DEWAN MPKS yang menyatakan bahawa beliau mampu mengakses laporan untuk mengetahui siapa yang keluarkan kenyataan seperti itu. Kepada YB perwakilan sila jangan menjadi KOTOR dengan membocorkan maklumat yang seharusnya kami para mahasiswa tidak perlu tahu.

Harap Termotivasi!

Macam manapun, PERUBAHAN menyokong Kepimpinan Speaker Dewan!





Tuesday, April 17, 2012

MPP PERUBAHAN PEDULI !


Pemimpin PERUBAHAN menolak DEMON strasi yang dianjurkan oleh golongan MAHASISWA + PARTI POLITIK untuk memansuhkan PTPTN. INILAH pemimpin yang rasional yang bertindak atas landasan ilmu dan bukan nafsu semata.

KAMI menolak perbuatan biadap mahasiswa yang bergerak atas nama mahasiswa mengaburi perhatian luar. Sesungguhnya musyawarah, berunding adalah nilai terbaik untuk kita menyelesaikan masalah.
 Dipetik dari status YDP MPP UUM, Jelas ramai yang bersetuju.. MAAF DEMONstrator kami ikut imam kami..




Ulasan MPP Colgis Baharuddin Mursalim.. Mindset pemikiran DEMONstrator begini perlu diubah. Kami menyokong PTPTN percuma setelah dapat First Class!!



haaaa warning dari BENDAHARI MPP UUM! senang saje konsepnya, Belajar, Rajin, Tekun dapat keputusan baik, maka free lah.. apa susah???

hahahah sinikal komen dari Iqqetiyani Bashir!

PERUBAHAN menuntut rasional akal, PERUBAHAN menuntut bertindak dilandasan iman! kami menuntut PERUBAHAN


Monday, April 16, 2012

Tolong Bebaskan Mahasiswa

PERUBAHAN sedih kerana ada pihak yang menggunakan mahasiswa untuk mencapai kepentingan peribadi mereka. PERUBAHAN juga sedih kerana pihak yang berkenaan menjadikan mahasiswa lupa akan tanggung jawab mereka menuntut ilmu.

Adakah benar DEMONstrasi PTPTN cetusan idea anak muda sendiri atau campur tangan orang luar?? Kalau orang luar siapa? Siapa yang sanggup memperjudikan nasib mahasiswa MALAYSIA?

Ini buktinya!!

Mungkin PERUBAHAN boleh kongsikan mengenai kenyataan TUN MAHATHIR mengenai PTPTN. Rujuk kawan PERUBAHAN.

Mujur MPP PERUBAHAN kekal konsisten dengan semangat kesarjanaan tidak terjun ke lembah kebatilan. Saudara MPP PERUBAHAN Azri Norfikri menjadi pemimpin mahasiswa pertama yang menyanyakan pendapat membina kepimpinan muda yang berkualiti. SEBAB APA?? Kerana kepimpinan muda ini diperlukan untuk menolak anasir YAHUDI yang bersedia melingkupkan MALAYSIA dengan tangan ORANG MALAYSIA sendiri. TAHNIAH saudara AZRI NORFIKRI.


TIDAK seperti senior AZRI NORFIKRI yang megah mengulas mengenai isu ‘politik’ dan ‘kemahasiswaan’ namun tidak berfikir jauh. TAHNIAH kerana terikut dengan pemikiran SENIOR ANDA! Tahniah kerana anda berpendirian.

PERUBAHAN bersama AZRI NORFIKRI

p/s Harap termotivasi






Saturday, April 14, 2012

Maafkan PERUBAHAN

PERUBAHAN minta maaf banyak-banyak sebab tak daya dan tak mampu turun ‘berjuang’ dijalanan. PERUBAHAN juga minta maaf banyak-banyak kerana tidak berminat untuk bergerak bersama parti POLITIK luar..


Nak Tengok? Nak? tengok kat sini tau klik 

apa kaitan dengan politik pulak? ada bukti? ada? ada?

EH jab jab itu macam lambang parti mata satu je.. 


Tiba-tiba PERUBAHAN teringat pada post ini;


SIAPA YANG MAIN POLITIK LUAR?? KITA BUKA MINDA, BUKA HATI, 

Dikala mahasiswa lain sibuk untuk belajar merebut PTPTN menjadi biasiswa, kawan-kawan kita ghairah di jalanan. MAAF, PERUBAHAN tak mampu nak ikut..

Harap Termotivasi!

Friday, April 13, 2012

Kisah Perbicaraan DNA sikembar

Tersebutlah kisah didalam mahkamah SINTOK, perbicaraan pembuktian DNA Transformasi Mahasiswa mengambil tempat.ikutilah hujahan lisan dibawah.

Dengan izin pihak mahkamah, pihak PERUBAHAN ingin mengemukakan hujahan pertama Transformasi Mahasiswa adalah kembar Pro Mahasiswa. Di harap pihak Mahkamah boleh boleh merujuk kepada ikatan otoriti kami yang pertama yang kami tandakan sebagai V1.

Kami juga memohon pihak mahkamah untuk merujuk kepada ikatan otoriti yang ditandakan sebagai V2.


Dengan izin pihak Mahkamah, kami berharap agar kedua otoriti ini di ambil kira untuk membuktikan DNA Transformasi Mahasiswa. Sesungguhnya dengan pertimbangan terbaik pihak mahkamah dapat membantu Transformasi Mahasiswa mengenal pasti kembarnya. Sekian hujahan pihak PERUBAHAN.

Perarakan calon bebas prk uum 16/02/2011- V1

Perarakan Penamaan Calon - 17/02/2011- V2

Wednesday, April 11, 2012

NC berjiwa mahasiswa!


Didalam satu mesyuarat tertinggi universiti, NC UUM, Prof Dato’ Dr. Mustafa Ishak menekankan mengenai hal harga makanan. Kenapa ya?

Kenapa? Mahal kah harga makanan dalam UUM?
Masih ingat gambar ini?
MPP UUM bersama Dato' NC
Di dalam sesi diskusi / santai bersama MPP UUM dan Dato’ Mustafa di kediamannya., terdapat pelbagai masalah serta aduan yang diutarakan oleh MPP UUM serta SUK MPP UUM. Dimana salah satu rungutan oleh MPP sendiri ialah isu harga makanan dan kualiti makanan. Antara yang disentuh ialah isu kafe DPP Bank Rakyat!

Masih teringat kata-katanya di dalam satu mesyuarat jawatankuasa Pelesenan yang dipengerusikan beliau baru-baru, ‘Saya mahukan harga makanan dibekalkan pada pelajar dalam kampus, LEBIH RENDAH dari di luar!’. Tambah beliau lagi SAC berperanan untuk memastikan harga makanan di kafe dalam UUM murah dan berpatutan.

Alhamdulilah terima kasih Dato’ kerana menyebelahi kami mahasiswa!
Terima Kasih!!!

p/s: PERUBAHAN tidak terkejut kalau ada yang menuduh PERUBAHAN pengampu, fakta tetap fakta. AUTA tetap AUTA