WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Sunday, October 14, 2012

PERUBAHAN menyokong kepimpinan YDP UM



Baru-baru ini, admin terbaca satu post entrie di Brader jai mengenai pergolakan yang berlaku kepada pemilihan Majlis Tertinggi MPM UM. Sungguh mengecewakan bagi pihak yang tidak tahu akan erti demokrasi.

Iya! Semestinya PERUBAHAN berada di pihak yang benar iaitu MPM UM yang dibentuk hasil musyawarah dan demokrasi. Nasihat PERUBAHAN, silalah PRO M silalh hormati suara mahasiswa. Mahasiswa akhirnya akan jelik dengan permainan kotor PRO M.

OPSSS ini bukan page Penggerak Mahasiswa (GERAK) tetapi Admin menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh perwakilan pelajar. Bersetuju juga dengan Brader Jai, dalam AUKU manalah sebut YDP mesti dari kerusi umum. Jadi silalah hormati.

Begitu juga dengan proksi PRO M di UUM, nasihatlah rakan anda di UM hormati demokrasi. Kami PERUBAHAN menyokong demokrasi #Aspirasi Mahasiswa. Selamat Beramal

PATRIOTIK ||| AGAMA ||| ILMU||| KRBAJIKAN|||

Wednesday, October 3, 2012

Pesta Konvokesyen 25 UUM


Malam ini bertempat di Pusat Sukan UUM akan berlangsung uapacar pembukaan Pesta Konvo ke 25. Malam ini turut dihadiri oleh Lembaga Pengurusan Universiti bakal menyaksikan satu persembahan yang luar biasa.

Bertemakan Graduan Berinovatif memupuk semangat inovasi dalam kalangan mahasiswa serta para graduan. Tradisinya Pesta Konvo diadakan bagi menyambut dan berkongsi kegembiraan graduan yang akan bergraduat.

Pelbagai aktiviti dianjur dari kalangan mahasiswa serta pihak universiti untuk memeriahkan lagi pesta konvo pada kali ini. Dengar cerita penaja terbesar kali ini adalah pihak Celcom. Tahniah serta terima kasih diucapkan.

Pihak Media Perubahan sempat menemubual saudara Azri yang merupakan Pengarah untuk Pesta Konvo ke 25 yang jelas menyatakan berdebar dengan majlis perasmian serta penganjuran pesta konvo pada kali ini.

Semoga Berjaya rakan secretariat, jom Mahasiswa UUM mai ramai-ramai kita gegaq pusat sukan malam ini.


Tuesday, October 2, 2012

Pesta Konvo 2012

Bertemakan Graduan Berinovatif,pesta konvo kali ini menyaksikan perubahan dari segi konsep dan pengisian. Jemput rakan mahasiswa bagi memeriahkan pesta konvo.

Pada mahasiswa UUM jemput hadir ke majlis pembukaan 3 Oktober di Pusat Sukan. Jom meriahkan dan menyambut kejayaan senior- senior kita.