WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha

Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar Wallillahilham..

Bersyukur kehadrat Iilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama meraikan Aidil Adha dalam keadaan yang aman dan damai. Admin terfikir bagaimanalah agaknya nasib saudara seIslam kita di negara lain?

Maka bersyukurlah kita dengan nikmat keamanan yang kita kecapi kerana ia adalah anugerah Allah yang tak terhingga harganya. Admin nak ambil kesempatan untuk mengucapkan slam Aidil Adha kepada penggerak-penggerak PERUBAHAN UUM, rakan Transformasi Mahasiswa, pengawai-pengawai Universiti, dan NC yang kita hormati Prof Dato'Dr Mustafa Ishak.

Salam AidilAdha juga pada JKPS DPP terutama DPP EON yang menjaga kebajikan Admin dan juga akhir sekali kepada MPP UUM. Disini link ucapan raya oleh YDP MPP UUM. http://uummpp.blogspot.com/2012/10/ucapa-raya-aidil-adha-1433-hijrah-dari.html

Thursday, October 25, 2012

Friday, October 19, 2012

TAKZIAH MPP UUM !!!


Itulah ucapan terbaik sebagai balasan terhadap gerak kerja MPP UUM 2012/2013!! Belum sempat nak lepas tempoh pantang, serangan-serangan fitnah dilakukan oleh ‘fake-fake account’ pembangkang yang sentiasa emosional. Isu sticker yang sebelum ini diperjuangankan oleh MPP UUM pada pentadbiran sebelum-sebelum ini dijadikan senjata fitnah oleh fake-fake account untuk menjatuhkan kredibiliti MPP UUM.
Label MPP UUM ikut telunjuk hep !!

fake account yang berselindung, usaha tydp mpp UUM tu apanya?

MPP UUM ikut telunjuk HEP? Apa ke Bijaknya Fake account ni? BUKTIKAN MPP UUM IKUT TELUNJUK !!

Tanpa mereka sedar, Admin sendiri menumpang nikmat atas beberapa kejayaan MPP UUM. Namun menjadi sesuatu yang terkilan sebenarnya. Terkilan sebab mahasiswa seharusnya berani bersuara ditempat yang betul. TEMPAT yang betul tu adukan pada FB MPP UUM. Ke ADUKA (si'faker')  dan proaksinya COKELAT dah adukan pada FB MPP UUM? Jangan takut kami Printscreen, Takut ALLAH printscreen sedare!! 

Salam Takziah kepada MPP UUM. Tahniah juga kerana terus menjadi label sebagai pengikut telunjuk university dan sebagainya. Mohon Faker-Faker untuk bertaubat. Nasihat Admin pada mahasiswa UUM, silalah salurkan maklumat anda pada saluran yang betul. Gunakan medium yang ada dengan baiknya. UUM KINI bukan medium yang rasmi. Tahniah UUM KINI mengekalkan kegemilangan ini!!! 

Page Facebook MPP UUM

Blog MPP UUM





PATRIOTIK ||| AGAMA ||| ILMU ||| KEBAJIKAN



Sunday, October 14, 2012

PERUBAHAN menyokong kepimpinan YDP UM



Baru-baru ini, admin terbaca satu post entrie di Brader jai mengenai pergolakan yang berlaku kepada pemilihan Majlis Tertinggi MPM UM. Sungguh mengecewakan bagi pihak yang tidak tahu akan erti demokrasi.

Iya! Semestinya PERUBAHAN berada di pihak yang benar iaitu MPM UM yang dibentuk hasil musyawarah dan demokrasi. Nasihat PERUBAHAN, silalah PRO M silalh hormati suara mahasiswa. Mahasiswa akhirnya akan jelik dengan permainan kotor PRO M.

OPSSS ini bukan page Penggerak Mahasiswa (GERAK) tetapi Admin menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh perwakilan pelajar. Bersetuju juga dengan Brader Jai, dalam AUKU manalah sebut YDP mesti dari kerusi umum. Jadi silalah hormati.

Begitu juga dengan proksi PRO M di UUM, nasihatlah rakan anda di UM hormati demokrasi. Kami PERUBAHAN menyokong demokrasi #Aspirasi Mahasiswa. Selamat Beramal

PATRIOTIK ||| AGAMA ||| ILMU||| KRBAJIKAN|||

Wednesday, October 3, 2012

Pesta Konvokesyen 25 UUM


Malam ini bertempat di Pusat Sukan UUM akan berlangsung uapacar pembukaan Pesta Konvo ke 25. Malam ini turut dihadiri oleh Lembaga Pengurusan Universiti bakal menyaksikan satu persembahan yang luar biasa.

Bertemakan Graduan Berinovatif memupuk semangat inovasi dalam kalangan mahasiswa serta para graduan. Tradisinya Pesta Konvo diadakan bagi menyambut dan berkongsi kegembiraan graduan yang akan bergraduat.

Pelbagai aktiviti dianjur dari kalangan mahasiswa serta pihak universiti untuk memeriahkan lagi pesta konvo pada kali ini. Dengar cerita penaja terbesar kali ini adalah pihak Celcom. Tahniah serta terima kasih diucapkan.

Pihak Media Perubahan sempat menemubual saudara Azri yang merupakan Pengarah untuk Pesta Konvo ke 25 yang jelas menyatakan berdebar dengan majlis perasmian serta penganjuran pesta konvo pada kali ini.

Semoga Berjaya rakan secretariat, jom Mahasiswa UUM mai ramai-ramai kita gegaq pusat sukan malam ini.


Tuesday, October 2, 2012

Pesta Konvo 2012

Bertemakan Graduan Berinovatif,pesta konvo kali ini menyaksikan perubahan dari segi konsep dan pengisian. Jemput rakan mahasiswa bagi memeriahkan pesta konvo.

Pada mahasiswa UUM jemput hadir ke majlis pembukaan 3 Oktober di Pusat Sukan. Jom meriahkan dan menyambut kejayaan senior- senior kita.