WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Thursday, April 4, 2013

Troll?

Iya troll. Tetapi Admin tidak pastilah budaya mana yang dibawa oleh UUM GAGS dengan troll pemimpin-pemimpin MPP PERUBAHAN dalam post mereka. Ada diantara post mereka itu sememangnya mengaibkan MPP PERUBAHAN dengan diedit dengan botol arak dan lain-lain.

Terbaru pada hari Jumaat 29 Mac 2013, SU Agung MPPUUM telah melaporkan page UUM GAGS pada pihak POLIS di IPD Kubang Pasu. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh UUM GAGS boleh dikatakan sama dengan Malaysian Gags iaitu untuk membuat pembunuhan karakter oleh pihak ADMIN terhadap pemimpin MPP PERUBAHAN.

Adakah ini dilakukan oleh PRO M UUM? itu masih lagi dalam siasatan pihak POLIS. Kerana kebetulan yang berlaku, hanya MPP PERUBAHAN yang dicerca hebat sebegitu rupa. Kebetulan dalam kes UUM GAGS yang 'like' adalah daripada yang diketahui jentera-jentera TM (MUNGKIN) tanpa di layan oleh jentera PERUBAHAN. 

post Azri Norfikri yang ditroll


mereka yang like post diatas

'Like' ni maknanya setuju kan. Harap-harap ADMIN UUM GAGS ini bukanlah seorang MUSLIM sebab tindakan mereka ini tidak melambangkan seorang umat Nabi Muhammad SAW. Seterusnya ini merupakan post dari puak admin yang menyebabkan Hariz Ahmad membuat laporan Polis. 

Eh tengok siapa yang 'like'? Kuchaii Kuntum

Inilah lawak yang paling hina dilakukan oleh pro pembangkang di dalam kampus. Tak cukup berpolitik masa PRK (mereka tak hantar wakil pun) hahaha membuat pembunuhan karakter pada pemimpin mpp PERUBAHAN. Admin sedih, kata mereka mahukan ahli politik diluar menghentikan politik fitnah, lucah tetapi ni apa?? siapa agak-agaknya ADMIN UUM GAGS? 





suara mahasiswa



"Kami komited menyumbangkan akal fikiran,masa untuk membela dan membantu rakyat di negara ini" ujar Hafiz Ariffin di dalam satu sidang media bagi pelancaran Siswa4U yang diadakan di PWTC pagi ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa matlamat penubunan Siswa4U adalah untuk menggerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk di dalam proses demokrasi politik baru dalam PRU13 secara sihat,rasional,matang,berilmu,berintegriti dan bermaruah.

"Ia sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan".

"Penggerak Siswa4U terdiri dari pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus yang mana sebelum ini banyak terlibat dengan aktiviti antaranya aktiviti kesukarelawanan".

"Apa yang kami inginkan ialah sebuah negara yang aman dengan masyarakat berbilang agama,proses demokrasi dan pilihanraya yang adil,telus dan lancar".


"Kami juga berprinsip pemimpin yang dicalonkan dan dipilih merupakan pemimpin yang bersih,berpengetahuan,berpengalaman berkidmat untuk rakyat,mesra pengundi muda dan dapat menarik minat anak muda"

Beliau juga turut menegaskan bahawa parti yang bertanding mesti menunaikan setiap janji yang ditawarkan di dalam manifesto dan berharap agar pihak berkuasa dapat terus mengawal keamanan negara.

"Sesuai dengan keterbukaan kerajaan untuk meminda perkara 15(2) AUKU,Siswa4U juga akan menggunakan pendekatan secara 'peers group' dalam usaha mendekati mahasiswa bagi menyokong segala usaha transformasi yang telah dibuat oleh kerajaan".

Hafiz juga turut menjelaskan,pendirian yang dibuat berasaskan pelbagai aspek antaranya agenda transformasi yang dibuat oleh kerajaan yang bersungguh-sungguh menunaikann janji melalui program mereka seperti NKRA,NKEA dan sebagainya.

"YAB Perdana Menteri juga begitu konsisten dan ikhas dalam memupuk semangat patriotisme serta menjaga hubungan diantara kaum di Malaysia"

"Beliau juga bersungguh-sungguh dalam mendekati golongan muda dan berusaha mengurangkan beban kelompok ini dengan pelbagai bantuan seperti baucer buku,rebat telefon pintar,PR1MA dan sebagainya dan mempunyai track record yang baik".

"Kami Siswa4U memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap Dato' Seri Najib Razak serta calon-calon yang bakal diketengahkan oleh Barisan Nasional dalam PRU13" ujarnya mengakhiri sidang media.

sumber: mymahasiswa

Sebelum ini GM 13 mengaku membawa suara mahasiswa. Seolah-olah mendapat mandat dari seluruh mahasiswa dan masyarakat kampus. Kini gelompang siswa4U telah diwujudkan dengan mempromosikan cara hidup sihat perjuangan mahasiswa dan bukan perjuangan memfitnah, mencerca, mengadu domba. tahniah!

Monday, April 1, 2013

Sunday, March 24, 2013

Pelekat kenderaan dan drama PRO M UUM


Hebohlah satu kampung Pro M UUM (Transformasi Mahasiswa) bising minit mesyuarat pertama dan kedua jawatankuasa tindakan sticker tak sama! Ceritanya pada mesyuarat kedua Majlis Presiden DPP (MP DPP) tampil dengan cadangan mereka!

Memang dasar Pro M la TM ni haha masa tak kena batang hidung kata dahagakan demokrasi, Ni gunalah demokrasi. Apa salahnya MP DPP tampil dengan cadangan mereka? Untuk pelajar UUM juga. Tolonglah Perubahan merayu pada PRO M UUM, janganlah pentingkan diri sendiri. Fikirkan pelajar.

Sesuatu yang PERUBAHAN dukacita mengapa PRO M UUM tidak mengikhtiraf JKPS DPP sebagai kepimpinan untuk mewakili mereka? Sungguh memalukan tindak tanduk PRO M UUM yang mengusutkan keadaan yang ada. PERUBAHAN akur untuk bertindak sebagai tulang belakang, membantu Presiden serta MPP untuk menggerakkan agenda mahasiswa tetapi nampak seperti PRO M mengambil isu ini sebagai satu isu untuk menguntungkan mereka semata dan bukan untuk pelajar. Kalau untuk pelajar tak perlu berhimpun, ni bukan pertandingan untuk lihat proposal mana yang hebat!

Pro M UUM patut sokong berlainan pendapat serta idea kalau ikhlas kerana mahasiswa

PRO M ada wakil dalam MPP?


Baju RM20? tambah RM 30 lagi boleh dapat satu sticker bro! 


Buat pengetahuan semua MP DPP dah gerak di setiap DPP ambil tandatangan bersama surat Pengerusi Majlis Presiden iaitu Presiden DPP Proton. Enam tuntutan TM diperkenalkan pada hari rabu. Katanya hasil mesyuarat. Tidak apalah hasil mesyuarat, persoalannya disini salah kah MP DPP perkenalkan cadangan mereka untuk membantu pentadbiran UUM buat keputusan?

Buat Majlis Presiden DPP walau apapun PERUBAHAN UUM akan menyokong anda kerana anda mempunyai mandat kami. TM tidak mempunyai apa-apa mandat. kita sokong Majlis Presiden Dewan Penginapan Pelajar. Berikan hak kepada yang berhak. Itu baru adil dalam Islam. 

Tepuk dada tanya iman!

Wednesday, March 20, 2013

Tahniah DS @NajibRazak



TERBAIK #Transformasi 1 Malaysia

Pendapatan negara (GNI) meningkat 49% sepanjang 3 tahun lepas.

438,000 peluang pekerjaan telah dicipta dari 2011-2012

Pertumbuhan sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012 ketika dunia alami kegawatan

Pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran #ETP iaitu RM139.5 bilion pada 2012.

Kadar kemiskinan Negara menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012

Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013

Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012

Indeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points.

Lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M

Lebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan menerima faedah bantuan persekolahan RM100

Lebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia

RM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan.

Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam

Sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun

Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan

Kesemua inisiatif di bawah NKRA mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia

Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan

Mengeluarkan 164 atau lebih 40% sekolah-sekolah dari kumpulan bresprestasi rendah atau Jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik iaitu Jaluran 1 hingga 5

Kadar jenayah menurun sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas.

Seramai 1,172 pesalah rasuah disiarkan dalam laman web MACC

Sebanyak 6,688 kontrak kerajaan disiarkan dalam pengakalan data atas talian

Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012

Ikrar Integriti Pilihanraya yang ditandatangani oleh YAB PM sendiri

Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh 3 tahun lalu: lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012

Sejak pelancaran ETP, pelaburan swasta mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012

Nisbah pelaburan swasta meningkat kepada 58% pada tahun 2012 berbanding 52% pada tahun 2009

Pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai RM139.5 bilion, dipacu oleh perbelanjaan modal tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan

Pelaburan swasta sepanjang 10 tahun telah menunjukkan peningkatan

Pada 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 bilion

Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera

Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat drpd menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30% PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012

Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion.

Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan 

Saja berkongsi dari blog kawan Admin

Sunday, January 13, 2013

Isu Kalimah Allah



Isu politik atau isu akidah? Jom baca pandangan rakan siswa PERUBAHAN, MahasiswaUtaraSelain dari Blog rakan siswa ni, Mufti Kelantan juga berpandangan bahawa penggunaan kalimah Allah ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main.

Kenyataan mereka seperti disiarkan oleh UTUSAN pada 10 januari.boleh baca disini.Sama ada rakan siswa setuju atau tidak, bergantunglah pada terjemahan serta penafsiran masing-masing. Semoga isu ini dinilai dari sudut akidah dan bukan politik semata.

Mahasiswa Malaysia Mahasiswa Bijak. Bersama mengamalkan budaya berfikir!




Friday, January 11, 2013

Penangan Final UUM



UUM sekali lagi berhadapan dengan fenomena ‘zombi’berjagamalam untuk peperiksaan pada hari esok. Macam mana final? Mesti rakan-rakan PERUBAHAN boleh scorenya! Lakukan lah yang terbaik. Dapatkan PTPTN yang percuma.(tak perlu berdemo).

Pada siapa yang sudah pulang ke kampung halaman atau Bandar halaman, selamat menjalani percutian sebulan ini. Bagi yang memandu ingatlah orang tersayang!