WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Friday, August 17, 2012

AIDILFITRI DATANG LAGI



Ketika Admin mengarang artikel ini, masih lagi belum menghirup udara 1 syawal, tetapi tak salah admin menyambut Aidilfitri dengan pembaca. Seperti yang kita semua maklum sesudah genap sebulan menyambut kehadiran Ramadhan, maka Aidilfitri datang membawa erti kemenangan.

Kemenangan dalam mengharungi sebulan beribadat didalam Ramadhan. Kerana itu tidak hairan jika ada yang menyatakan bahawa Ramadhan adalah sekolah untuk memperbaiki diri. Inilah cantiknya ajaran Islam. Justeru Aidilfitri datang menyahut seruan untuk mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan ukhwah. Bermaaf-maafan la kita semua.

Alhamdulilah segala pujian bagi Allah, Admin berjaya mengumpulkan beberapa ucapan MPP UUM yang ingin Admin berkongsikan dengan rakan mahasiswa. Selamat membaca!



Exco Sukan & Rekreasi MPP UUM (Azri Norfikri Aziz)
‘Saya ingin mengambil kesempatan ini menyusun 10 jari memohon maaf kepada warga UUM andai ada silap dan salah. Semoga Syawal yang bakal tiba diraikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan’


Naib Yang DiPertua II MPP UUM, (Siti Ruqayyah bt Abd Razak)
‘Sempena Aidilfitri yang bakal disambut oleh muslimin dan muslimat, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin pada semua warga UUM. Buang yang keruh ambil yang jernih kukuhkan lagi persaudaraan dan ukhwah antara kita’
(saudari Siti Ruqayyah bakal berlepas ke Korea pada 22 Ogos untuk program mobility. Kita doakan beliau berjaya)


Timbalan Yang DiPertua MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman
‘Suka untuk saya mengambil kesempatan Aidilfitri untuk menyusun sepuluh jari diatas segala yang dilakukan segala sedar atau tidak. Semoga semangat Ailfitri ini dapat dimanfaatkan untuk menjadi mukmin yang lebih baik. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf zahir dan Batin kepada semua warga Universiti Utara Malaysia.’



Yang DiPertua MPP UUM, Amer Izzuddin Abd Rashid
‘Syukur Alhamdulilah kerana kita berjaya bergraduat dengan kuliah Ramadhan yang datang kepada kita saban tahun. Berkesempatan ini, saya mewakili barisan kepimpinan MPP UUM mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua warga Universiti utara Malaysia. Semoga kita mendapat Rahmat dari Allah S.W.T.’

Tuesday, August 14, 2012

Antara Adat dan Syariat- Ustaz Fathul Bari



Islam merupakan agama yang berbeza daripada agama-agama lain. Jika dilihat agama Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan paderi-paderi dan rabai-rabai mereka setanding dengan Allah SWT. Kerana itu Nabi SAW ketika menegur sahabatnya yang baru memeluk Islam yakni ‘Ady ibn Hatim RA, apabila dia datang kepada Nabi SAW dalam keadaan memakai salib, Nabi memintanya agar menanggalkan salib tersebut dan baginda SAW membacakan firman Allah, ertinya:“Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan (tempat rujukan) selain Allah.” (surah At Taubah, 9: 31)
‘Ady Ibn Hatim RA tercengang mendengar perkataan Nabi SAW, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, kami tidaklah beribadah kepada mereka.” 

Lalu Rasulullah SAW bersabda, Ertinya: “Bukankah mereka menghalalkan untuk kalian apa yang Allah haramkan sehingga kalian pun menghalalkannya, dan mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan sehingga kalian pun mengharamkannya?” Beliau (‘Ady bin Hatim) berkata : “Benar”. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Itulah (yang dimaksudkan) beribadah kepada mereka.” (riwayat Ahmad, Tirmidzi, ‘Abd bin Humaid, Ibnu Abi Hatim, dan Ath Thabrani dari banyak jalur)

Mereka mendengar dan mengikuti perkataan orang-orang alim di kalangan mereka yang tidak selayaknya bercakap tentang agama Allah SWT dan mereka membiarkan orang-orang ini berkata-kata, seterusnya mengikuti tanpa menganalisa apa yang disampaikan.

Islam agama yang berbeza. Islam menetapkan prinsip, metodologi, garis panduan, tanda aras untuk memastikan amal perbuatan umatnya diterima oleh Allah SWT. Sebab itu jika dilihat dalam agama atau kecenderungan-kecenderungan yang lain sama ada ia dikaitkan dengan Islam atau pun ajaran-ajaran yang sesat, mereka bukan mengajak manusia kepada Allah dan kembali mencontohi Nabi SAW. Mungkin sebahagian mereka mengajak kepada Allah, tetapi pada masa yang sama mereka mengajak untuk mengikut cara imam-imam, tok guru, dan mursyid-mursyid mereka, bukan mengikuti cara Nabi SAW.

Berbicara tentang Ramadhan; antara ibadat dan adat. Mengapa semua umat Islam pada hari ini tertarik dengan Ramadhan, tidak sabar menanti kedatangan Ramadhan kalau bukan kerana ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Nabi SAW yang datang menceritakan pelbagai kelebihan-kelebihan yang dikaitkan dengan Ramadhan, serta kelebihan bulannya.

Diceritakan kepada kita akan kelebihan puasa itu sendiri yang tidak berkait pun dengan bulan Ramadhan, kelebihan berpuasa yang umum seperti dalam hadis yang lain Nabi berpesan kepada pemuda-pemuda, maksudnya:
“Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan maka hendaklah dia menikah, kerana hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah perisai baginya.” (riwayat Al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)

Bahkan diceritakan pula tentang kelebihan puasa yang seterusnya iaitu berpuasa khusus di dalam bulan Ramadhan, dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, maksudnya:
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan dan pengampunan daripada Allah SWT nescaya akan diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Kemudian diceritakan pula kelebihan hari-hari di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak, dikaitkan dengan 10 hari yang terakhir, dikaitkan juga Ramadhan dengan Lailatul Qadar, hari tertentu yang dipetik khusus oleh Allah SWT dan kelebihannya disebut di dalam Al Quran, ertinya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam Al Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam Al Qadr itu? Malam Al Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (surah Al Qadr, 97: 1-5)
Bukan sekadar itu sahaja bahkan diceritakan lagi kelebihan-kelebihan, amalan-amalan khusus di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak seperti membaca Al Quran. Dinyatakan oleh Nabi SAW secara umum di dalam hadis, selain daripada Nabi menggunakan perkataan “man shaama ramadhan (sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan)”, datang dalam riwayat lain yang sahih, Nabi SAW bersabda “man qaama ramadhan (sesiapa yang menghidupkan Ramadhan)”.

Bagaimanakah cara menghidupkan Ramadhan? Bukanlah Ramadhan dihidupkan dengan tidur, bukan dengan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi Ramadhan dihidupkan dengan akhlak yang mulia, ibadah, tauhid di dalam bulan tersebut.

Maka kita pun tertarik dengan Ramadhan kerana ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Tetapi aneh, mengapa apabila kita hendak beramal dalam bulan Ramadhan, kita tidak bergantung pula kepada ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah? Ini persoalannya dan kembali kepada tajuk perbincangan kita pada hari ini; Ramadhan antara ibadat dan adat.
Tanyalah pada diri, petunjuk siapakah yang kita ikut dalam beramal sepanjang bulan Ramadhan? Sekiranya kita tertarik untuk berpuasa di dalam bulan Ramadhan kerana ayat-ayat Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW, maka apakah yang menyebabkan kita tidak tertarik untuk beramal dalam bulan Ramadhan sesuai dengan ayat-ayat Allah dan petunjuk Rasulullah SAW?

Siaran akhbar Ahad, 05 Ogos 2012- perkongsian secara terus dari Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya

Friday, August 10, 2012

Siapa yang mempergunakan siapa?



Mungkin bagi sesetengah pihak isu Kelab Mahasiswa Keadilan satu isu biasa. Iaitu isu sebuah parti politik ingin merekrut mahasiswa untuk bersama mereka. ataupun seperti persatuan bola sepak ijok merekrut pemain untuk bermain IJOK FC. Tetapi ia sebenarnya sesuatu yang sangat luar biasa. Kisah komedi.

Sebelum ini heboh dengan ops 2020 (yang tidak pasti kesahihannya) hebatnya blogger pro pembangkang (bukan pro kebajikan mahasiswa) asyik menyebar dokumen itu dan ini. Namun apabila 4 Ogos haribulan hari tu di Damansara tertubuhlah kelab MahasiswaKeadilan.

Fungsinya untuk apa? Apa signifikannya? Mungkin tajuk di blog DS Anwar Ibrahim menjawab persoalan ini. ‘siri jelajah kampus’. Terang lagi benderang akan wujud satu usaha yang aktif mem’pelawa’ mahasiswa kearah ideologi parti politik.


Tiada sebenarnya masalah Cuma satu persoalan Admin ada pihak yang sebelum ini meng’hebah’kan, me’riuhkan’, me’muji’ pihak lawan mereka dikampus sebagai pengampu BN dan BN masuk ke kampus. Ini apa? adakah yang ini dikatakan pihak yang 'hebat' melaung menyokong mahasiswa sebenarnya pihak yang neutral. 

Mari kita fikir bersama siapa yang mempergunakan siapa. Andai kelab Mahasiswa KEADILAN ini mampu menjadikan mereka seperti ikan di laut, dibelah tetap tawar isinya mungkin ini signifikannya. Andai selepas ini ada mahasiswa yang berbicara seperti PKR bersuara, samalah seperti sekumpulan mahasiswa yang dituduh keldai/ barua/ pengampu BN.

jom baca blog rakan PerubahanUUM