Ketika
Admin mengarang artikel ini, masih lagi belum menghirup udara 1 syawal, tetapi tak salah admin
menyambut Aidilfitri dengan pembaca. Seperti
yang kita semua maklum sesudah genap sebulan menyambut kehadiran Ramadhan, maka
Aidilfitri datang membawa erti kemenangan.
Kemenangan
dalam mengharungi sebulan beribadat didalam Ramadhan. Kerana itu tidak hairan
jika ada yang menyatakan bahawa Ramadhan adalah sekolah untuk memperbaiki diri.
Inilah cantiknya ajaran Islam. Justeru Aidilfitri datang menyahut seruan untuk
mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan ukhwah. Bermaaf-maafan la kita semua.
Alhamdulilah
segala pujian bagi Allah, Admin berjaya mengumpulkan beberapa ucapan MPP UUM
yang ingin Admin berkongsikan dengan rakan mahasiswa. Selamat membaca!
Exco
Sukan & Rekreasi MPP UUM (Azri Norfikri Aziz)
‘Saya
ingin mengambil kesempatan ini menyusun 10 jari memohon maaf kepada warga
UUM andai ada silap dan salah. Semoga Syawal yang bakal tiba diraikan dengan
penuh kesyukuran dan kegembiraan’
Naib
Yang DiPertua II MPP UUM, (Siti Ruqayyah bt Abd Razak)
‘Sempena
Aidilfitri yang bakal disambut oleh muslimin dan muslimat, saya ingin
mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin pada semua warga UUM. Buang yang
keruh ambil yang jernih kukuhkan lagi persaudaraan dan ukhwah antara kita’
(saudari
Siti Ruqayyah bakal berlepas ke Korea pada 22 Ogos untuk program mobility. Kita
doakan beliau berjaya)
Timbalan
Yang DiPertua MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman
‘Suka
untuk saya mengambil kesempatan Aidilfitri untuk menyusun sepuluh jari diatas
segala yang dilakukan segala sedar atau tidak. Semoga semangat Ailfitri ini
dapat dimanfaatkan untuk menjadi mukmin yang lebih baik. Selamat Hari Raya
Aidil Fitri Maaf zahir dan Batin kepada semua warga Universiti Utara Malaysia.’
Yang
DiPertua MPP UUM, Amer Izzuddin Abd Rashid
‘Syukur
Alhamdulilah kerana kita berjaya bergraduat dengan kuliah Ramadhan yang datang
kepada kita saban tahun. Berkesempatan ini, saya mewakili barisan kepimpinan
MPP UUM mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin
kepada semua warga Universiti utara Malaysia. Semoga kita mendapat Rahmat dari
Allah S.W.T.’
No comments:
Post a Comment