WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Friday, July 27, 2012

Apabila nama UUM diperlekehkan


Kajian yang dijalankan di sesebuah university semestinya mempunyai garis panduan tertentu yang perlu diikut dan ditepati. Namun apabila ada pihak yang dengan mudah menghina nama UUM ini sesuatu yang tidak wajar dan perlu di pertahankan.
Penghinaan!!

Baru-baru ini, sebuah media melaporkan mengenai laporan Prof Dr Rohana yang membentangkan kajian mengenai rakyat kedah yang mahukan YB Dato’ Mukhriz untuk menjadi YAB MB Kedah andai Barisan Nasional menang.

Tiada masalah untuk bersetuju atau tidak, namun tidak perlu sehingga berhujah memalukan serta menghina mahasiswa UUM. Sehingga kini Universiti ini telah lahirkan graduan memenuhi keperluan industri dan negara.

TUDUHAN dan CERCAAN seperti ini tidak dapat diterima. Terima kasih kepada mahasiswa yang mempertahankan nama UUM dari terus dipermainkan.
Buat individu ini, anda bersalah terhadap semua warga UUM… kami tuntut berhentikan penghinaan terhadap Universiti Utara Malaysia. 


Kepada semua pembaca dan yang sayang pada UUM sila tukarkan status anda ‘saya Sayang UUM’ sila like page ini sebagai sokongan anda terhadap UUM. For UUM

Thursday, July 26, 2012

Selamat Menyertai keluarga besar UUM



Jom jemput bakal-bakal mahasiswa Universiti Utara Malaysia untuk bersama menyertai Group Rasmi secretariat MPPUUM untuk intake September 2012. Group ini digerakkan oleh Setiausaha Kerja MPP UUM saudari Nur Suhaniza binti Azhar. Mahasiswi dari jurusan pengurusan Kewangan berkata ‘Group’ di Facebook ini bakal menyatukan bakal-bakal mahasiswa. 

‘Sebenarnya tiada apa-apa hidden agenda, tujuan ‘group’ ini diadakan adalah untuk menyediakan platform kepada adik-adik untuk mendapatkan maklumat yang tepat bersandarkan fakta. Semoga  ‘hear said’ senior tak berlaku lagi pada kali ini yang mengelirukan’

Dengar-dengar Penghulu Induk kali ni ialah Naib Yang DiPertua I MPP UUM MohamadFirdaus Rahmatullah. Jom kita dengar komen beliau.

'TAHNIAH DAN SYABAS di ucapkan kepada semua Mahasiswa Baru Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi 2012/2013 yang telah berjaya menjejakkan kaki ke kampus ilmu yang indah lagi permai yang terletak di Sintok, Kedah. Kami dari seluruh warga kerja Jawatankuasa Minggu suai kenai (orentasi ) sesi 2012/2013 mengucapkan Selamat datang dan selamat bergabung dalam keluarga besar UUM. Semoga peluang yang diberikan kepada mahasiswa dapat digunakan dengan bijak dalam menimba sebanyak mana ilmu dan pengalaman di alam universiti ini. Diharapkan kemasukan mahasiswa baru ini dapat membawa wadah pengerak baru kepada UUM. Mahasiswa perlu tahu nilai sebagai seorang Mahasiswa dan bertindak sewajarnya dalam mencari sebanyak mana peluang yang ada untuk mencapai cita-cita. Semoga peluang yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk Agama, Bangsa dan Negara Selamat Datang Ke Universiti Utara Malaysia, Universiti Pengurusan Terkemuka'



Perubahan UUM sempat juga menghubungi saudara KuAmirul Faiz Ku Seman Timbalan Yang DiPertua MPP UUM. Ujar beliau;

‘ Tahniah dan terima kasih kepada saudari Nur Suhaniza yang menggerakkan inisiatif untuk mewujudkan satu group untuk mengumpulkan bakal-bakal mahasiswa UUM. Saya harap group rasmi ini dijadikan permulaan ukhwah antara senior dan junior serta antara junior dan junior’

Beberapa MPP UUM kini masih berpraktikum antarnya saudara Amer Izzuddin Abd Rashid YDP MPP UUM, Nor Izati Exco MPP UUM, Noraini Exco MPP UUM, Baharudin Mursalim Exco MPP, Limau anak Ujang Exco MPP UUM dan beberapa lagi MPP UUM.
Satu cabaran kepada kepimpinan MPP UUM untuk menguruskan Minggu Suai Kenal (MSK) dengan kekuatan MPP yang sedikit. Yang ada pun belum tentu berkhidmat hahahahahhaha. Macam mana pun Sukarelawan Perubahan bersedia membantu perjalanan MSK kali ni. Baik di DPP ataupun induk.

Sehingga kini, admin melihat ramai MPP UUM yang turut memberikan input kepada bakal-bakal mahasiswa UUM kali ini. Jom lihat gambar dibawah ni;

                                                                 Input oleh NYDP 1
                                                          info PTPTN oleh Taufik


Adik-Adik UUM, selamat datang ke Universiti Utara Malaysia.

Jom ‘Like’ page Perubahan.
Perubahan Wadah Penggerak Mahasiswa
Perubahan bersama Anda! 

Tuesday, July 17, 2012

Gelombang sokongan mahasiswa


1M4U menyaksikan sekumpulan pengunjung yang berpakaian tshirt merah bersama topi merah. Tentera merah ini bukanlah jentera UMNO ataupun pihak yang berpolitik tetapi mereka ialah mahasiswa.
kumpulan mahasiswa 

Mahasiswa bersama YB Menteri KPT

agak-agak mereka ni berseseak sebab apa? 

sesuatu yang tak akan tersiar di akhbar Pembangkang

PM berjiwa Rakyat

Tergelak juga Admin apabila ada yang mendakwa bahawa topi keledar percuma tarikan ke 1M4U? tertanya-tanya adakah mahasiswa yang berbaju merah ini tentera yang disuap dengan topi keledar? 

Sekali lagi tohmahan. Biasalah tohmahan makin hebat dikala nak berperang ni. Cuma janganlah KAITkan atau LIBATkan mahasiswa. Admin percaya mahasiswa datang kerana ingin berjumpa dengan pemimpin mereka Datuk Seri Najib Tun Razak. itu utamanya. yang lain datang kemudian. Admin sebagai mahasiswa terasa sangatlah malu apabila terdapat puak puak yang pesimis memainkan isu ini.

Mungkin pihak tu patut turun dan melihat booth-booth lain. Mengapa tidak mengulas mengenai promosi keahlian kesukarelawanan? Sekali lagi senjata terlihat terdapat pihak yang ingin memutar belitkan keadaan.

P/S: yang berbaju merah itu hadir dan berdaftar terdapat juga mahasiswa yang hadir tanpa berdaftar. Semata-mata ingin melihat PM mereka. Terima Kasih kerajaan Malaysia kerana membela belia!!

sumbangan gambar: Tun Faisal dan Politik Harian

Friday, July 13, 2012

1 Malaysia For Youth



Jom turun ramai-ramai ke ESPLANADE KLCC

Jam 9.00 pagi – 7.00 petang

Pelancaran 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh YAB DS Najib

JOM JOM JOM
JOM JOM
JOM!!

Maklumat lanjut. Klik sini

Tuesday, July 3, 2012

Nilai idea dan suara mahasiswa



Semalam, di Dewan Plenari PICC, telah dilancarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia(KDS1M). Kad ini dijangka memberi manfaat untuk 1.5 juta mahasiswa di Malaysia. Ia bukan sahaja meliputi IPT, tetapi lain-lain institut pengajian tinggi.

Uniknya, KD1M merupakan idea yang di bawa dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bil 2 2011 yang diadakan di PICC pada November lepas. Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kad diskaun ini dijangka dapat mengurangkan beban pelajar akibat kesan kenaikan harga barangan di luar.

Sebanyak 51 syarikat terlibat dalam KD1M yang mana rata-rata adalah dekat dengan mahasiswa. Antaranya ialah MPH, Mydin dan Focus Point. Ia jelas menunjukkan 51 syarikat yang terlibat ini benar-benar membantu mahasiswa mengurangkan beban mereka.Bacaan lanjut disini.

Tetapi malangnya seperti biasa ada ja yang menyatakan ini adalah muslihat la, umpan la, rasuah rakyat la dan pelbagai tohmahan kepada pihak kerajaan. Hairan bin ajaib, sampai ketika ini inilah pandangan minoriti mahasiswa Malaysia.
detik bersejarah di PICC


Macam manapun, terima kasih kerajaan Malaysia atas inisiatif yang diambil bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa. Mungkin ia tidak bererti bagi mahasiswa yang berasal dari kalangan keluarga yang berada, namun ia besar maknanya bagi mahasiswa seperti kami ini yang perlukan bantuan.

Paling penting ia menunjukkan musyawarah, masih lagi menjadi methodologi terbaik dalam mencapai kebaikan untuk semua. DEMONstrasi bukan budaya kita untuk meminta-minta. Sehingga kini grup ProM tak respon pun. Respon la kami nak dengar juga

P/S: nasib baik tidak perlu memohon, kalau tak, nak usulkan mahasiswa pesimis supaya jangan terima KD1M!

Sunday, July 1, 2012

Janji ditepati



Sepanjang tiga tahun DS Najib Tun Abdul Razak memegang tampuk pemerintahan Malaysia sudah banyak transformasi yang telah beliau lakukan. Mahu atau tidak, sedar atau tidak ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.

Kali ini, Admin Perubahan membawa pembaca memahami beberapa program Transformasi oleh kerajaan Malaysia. Ini bukan soal politik namun ini perkara yang kita perlu sedar.
1)   Agenda Keterbukaan dan Transformasi
i)                    Pengenalan Akta Perhimpunan Aman
ii)                  Memansuhkan ISA
iii)                 Memansuhkan ordinan darurat
iv)               Pemansuhan dan penilaian undang-undang lama
v)                 Pindaan AUKU
vi)               Dasar media terbuka

2)   Bantuan Rakyat 1 Malaysia
-          Bantuan RM 500 untuk setiap isi rumah berpendapatan bawah RM 3K
-          Member manfaat pada 5.2 juta isi rumah

3)   Skim Penyelarasan Harga
-     Penyediaan dana RM 200 juta untuk kos pengakutan membawa barangan keperluan pengguna luar Bandar
-          Melibatkan 485 kawasan di Sarawak dan 460 kawasan di Sabah
-          Memastikan harga barangan rendah dan berpatutan

4)   Bantuan pelajar RM 100

5)   Baucar buku RM 200
6)   Klinik Rakyat 1 Malaysia
-          50 klinik telah dibuka
-          Hanya RM 1 dikenakan

7)   Kedai Rakyat 1 Malaysia

8)   KAR1SMA (Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia)
-          Melibatkan 500 ribu penerima
-          Melibatkan orang kurang upaya, kanak-kanak kurang bernasib baik, warga emas, balu polis dan tentera

9)   SARA 1 Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia)
-          Unit saham RM 500 juta memberi manfaat kepada 100 ribu isi rumah
-          Pinjaman pelaburan RM 5000 dengan jaminan dividen RM 134
-          Bayaran bulanan sebanyak RM 84

10)PR1MA ( Perumahan Rakyat 1 Malaysia)
-          42 000 buah rumah di 20 kawasan strategik Lembah Klang dan Seremban
-          Terbuka untuk pembeli rumah pertama, pendapatan bawah RM 6000 sebulan

11)TUKAR (Transformasi Kedai Runcit)
-          Pada tahun 2011, 411 kedai berjaya ditransformasikan
-          Pengusaha diberi RM 20 ribu ke RM 60 ribu
12)Anjung Singgah ( Rumah Tumpangan buat kumpulan miskin Bandar)

13)Menu Rakyat 1 Malaysia


14)TR1M (Teksi rakyat 1 Malaysia)

15)iTR1M (Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia)

Ini merupakan program-program transformasi yang merangkui undang-undang, ekonomi dan sosial yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia. Penerimanya mungkin bukan kita tetapi rakyat yang memerlukan. Mungkin ini adalah yang dikatakan keadilan saksama iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Terima Kasih DS Najib Tun Razak!