WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Thursday, July 26, 2012

Selamat Menyertai keluarga besar UUM



Jom jemput bakal-bakal mahasiswa Universiti Utara Malaysia untuk bersama menyertai Group Rasmi secretariat MPPUUM untuk intake September 2012. Group ini digerakkan oleh Setiausaha Kerja MPP UUM saudari Nur Suhaniza binti Azhar. Mahasiswi dari jurusan pengurusan Kewangan berkata ‘Group’ di Facebook ini bakal menyatukan bakal-bakal mahasiswa. 

‘Sebenarnya tiada apa-apa hidden agenda, tujuan ‘group’ ini diadakan adalah untuk menyediakan platform kepada adik-adik untuk mendapatkan maklumat yang tepat bersandarkan fakta. Semoga  ‘hear said’ senior tak berlaku lagi pada kali ini yang mengelirukan’

Dengar-dengar Penghulu Induk kali ni ialah Naib Yang DiPertua I MPP UUM MohamadFirdaus Rahmatullah. Jom kita dengar komen beliau.

'TAHNIAH DAN SYABAS di ucapkan kepada semua Mahasiswa Baru Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi 2012/2013 yang telah berjaya menjejakkan kaki ke kampus ilmu yang indah lagi permai yang terletak di Sintok, Kedah. Kami dari seluruh warga kerja Jawatankuasa Minggu suai kenai (orentasi ) sesi 2012/2013 mengucapkan Selamat datang dan selamat bergabung dalam keluarga besar UUM. Semoga peluang yang diberikan kepada mahasiswa dapat digunakan dengan bijak dalam menimba sebanyak mana ilmu dan pengalaman di alam universiti ini. Diharapkan kemasukan mahasiswa baru ini dapat membawa wadah pengerak baru kepada UUM. Mahasiswa perlu tahu nilai sebagai seorang Mahasiswa dan bertindak sewajarnya dalam mencari sebanyak mana peluang yang ada untuk mencapai cita-cita. Semoga peluang yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk Agama, Bangsa dan Negara Selamat Datang Ke Universiti Utara Malaysia, Universiti Pengurusan Terkemuka'



Perubahan UUM sempat juga menghubungi saudara KuAmirul Faiz Ku Seman Timbalan Yang DiPertua MPP UUM. Ujar beliau;

‘ Tahniah dan terima kasih kepada saudari Nur Suhaniza yang menggerakkan inisiatif untuk mewujudkan satu group untuk mengumpulkan bakal-bakal mahasiswa UUM. Saya harap group rasmi ini dijadikan permulaan ukhwah antara senior dan junior serta antara junior dan junior’

Beberapa MPP UUM kini masih berpraktikum antarnya saudara Amer Izzuddin Abd Rashid YDP MPP UUM, Nor Izati Exco MPP UUM, Noraini Exco MPP UUM, Baharudin Mursalim Exco MPP, Limau anak Ujang Exco MPP UUM dan beberapa lagi MPP UUM.
Satu cabaran kepada kepimpinan MPP UUM untuk menguruskan Minggu Suai Kenal (MSK) dengan kekuatan MPP yang sedikit. Yang ada pun belum tentu berkhidmat hahahahahhaha. Macam mana pun Sukarelawan Perubahan bersedia membantu perjalanan MSK kali ni. Baik di DPP ataupun induk.

Sehingga kini, admin melihat ramai MPP UUM yang turut memberikan input kepada bakal-bakal mahasiswa UUM kali ini. Jom lihat gambar dibawah ni;

                                                                 Input oleh NYDP 1
                                                          info PTPTN oleh Taufik


Adik-Adik UUM, selamat datang ke Universiti Utara Malaysia.

Jom ‘Like’ page Perubahan.
Perubahan Wadah Penggerak Mahasiswa
Perubahan bersama Anda! 

No comments:

Post a Comment