WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Tuesday, July 3, 2012

Nilai idea dan suara mahasiswa



Semalam, di Dewan Plenari PICC, telah dilancarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia(KDS1M). Kad ini dijangka memberi manfaat untuk 1.5 juta mahasiswa di Malaysia. Ia bukan sahaja meliputi IPT, tetapi lain-lain institut pengajian tinggi.

Uniknya, KD1M merupakan idea yang di bawa dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bil 2 2011 yang diadakan di PICC pada November lepas. Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kad diskaun ini dijangka dapat mengurangkan beban pelajar akibat kesan kenaikan harga barangan di luar.

Sebanyak 51 syarikat terlibat dalam KD1M yang mana rata-rata adalah dekat dengan mahasiswa. Antaranya ialah MPH, Mydin dan Focus Point. Ia jelas menunjukkan 51 syarikat yang terlibat ini benar-benar membantu mahasiswa mengurangkan beban mereka.Bacaan lanjut disini.

Tetapi malangnya seperti biasa ada ja yang menyatakan ini adalah muslihat la, umpan la, rasuah rakyat la dan pelbagai tohmahan kepada pihak kerajaan. Hairan bin ajaib, sampai ketika ini inilah pandangan minoriti mahasiswa Malaysia.
detik bersejarah di PICC


Macam manapun, terima kasih kerajaan Malaysia atas inisiatif yang diambil bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa. Mungkin ia tidak bererti bagi mahasiswa yang berasal dari kalangan keluarga yang berada, namun ia besar maknanya bagi mahasiswa seperti kami ini yang perlukan bantuan.

Paling penting ia menunjukkan musyawarah, masih lagi menjadi methodologi terbaik dalam mencapai kebaikan untuk semua. DEMONstrasi bukan budaya kita untuk meminta-minta. Sehingga kini grup ProM tak respon pun. Respon la kami nak dengar juga

P/S: nasib baik tidak perlu memohon, kalau tak, nak usulkan mahasiswa pesimis supaya jangan terima KD1M!

No comments:

Post a Comment