WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Wednesday, May 30, 2012

Respon MPP PERUBAHAN



Team PERUBAHAN seperti yang dijanjikan telah berjaya mendapat beberapa respon daripada MPP PERUBAHAN mengenai isu Anugerah Kerana Jasa. Mungkin tidak dilihat signifikan anugerah ini. Adakah MPP PERUBAHAN terhegeh-hegeh hendakkan pengikhtirafan? Penting sangatkah pengikhtirafan itu? Jom kita dengar kata mereka.



MPP PERUBAHAN Azri Norfikri bin Aziz

P: Respon saudara mengenai malam penganugerahan ini.
A: Terima kasih saudari, sebenarnya jujur saya amat berterima kasih kepada pihak JHEP kerana menganjurkan program pengikhtirafan pemimpin. Bagi saya ini menunjukkan bahawa pemimpin mahasiswa dihargai seperti yang disarankan oleh Dato’ VC.

P: Kalau baik kata saudara mengapa ada pertikaian atau MPP PERUBAHAN berang dengan penganugerahan ini?
A: (ketawa) macam ini, saudari, saya melihat ada sedikit kekurangan dengan majlis ini. Mungkin dari segi penganugerahan. Saya sudah baca post admin saudari tempoh hari sejurus selesai program itu. Sesuatu yang membuatkan saya terkilan adalah kurangnya pengikhtirafan yang diberikan kepada Presiden-presiden DPP, kurang pemimpin persatuan-persatuan, ketua-ketua sekretariat yang diberikan pengikhtirafan. Saya MPP, saya bercakap mewakili sahabat pemimpin mahasiswa yang lain. Justeru saya hanya memohon supaya pihak HEP lebih terbuka dalam soal ini.

P:  Mungkihkah mereka tidak mencapai target atau KPI?
A: saya tak fikir begitu. Contohnya program kelab dan persatuan pun meningkat pada semester lepas. Baik persatuan HEP atau akademik. Contoh mudah persatuan akademik, kita ada NoVac, kita ada Kaunseling, Intaff dan lain-lain, persoalannya mengapa mereka tidak dihargai? Mengapa mereka tidak diberi penghargaan? Mungkin HEP ada penilaiannya sendiri namun AKJ ialah penganugerahan untuk semua mahasiswa. Ingat mereka inilah tulang belakang menggerakkan aktiviti mahasiswa.

P: Respon mengenai hanya 4 orang MPP yang terpilih.
A:  Saya tidak kisah mengenai itu, kalau seorang atau tiada langsung daripada kami tak terpilih pun tak kisah. Ini sememangnya perjuangan kami. Itu tidak termasuk dalam senarai sebab utama kami terkejut. Cuma kami peduli mengenai nasib pemimpin mahasiswa yang lain.

P: Betul ke tak kisah atau MPP ini memang dok teringin?
A: Provokasi. (ketawa) tak kisah kalau saya tidak dipilih mungkin saya kisah untuk kawan-kawan saya seperti kak Izzati, kak Hizaini, Baharudin, dan lain-lain. Secara peribadilah. Prinsip PERUBAHAN ialah keadilan, andai  MPP mana pun atau pemimpin mana pun buat kerja, kita akan berjuang juga.

P: Mungkin cadangan MPP sendiri untuk amsa hadapan.
A: Mudah  AKJ untuk mahasiswa, penilaian haruslah melibatkan paling kurang pun seorang wakil mahasiswa. Bukan sekadar pengawai semata-mata. Mungkin ini tradisi tapi ia boleh ubah selari dengan transformasi HEP. Bukan mahal pun untuk menghargai pemimpin mahasiswa yang banyak membantu. Berikan juga kepada ketua-ketua anak negeri, mantan pengerusi-pengerusi persatuan dan mantan presiden-presiden DPP. Ini hadiah kepada mereka membantu mahasiswa.

P: Terakhir dari saudara
A: Kami sememangnya peduli kepada nasib rakan pemimpin. Mungkin bagi saya ini isu kecil tapi menghargai rakan yang banyak menggerakkan aktiviti kemahasiswaan ini besar ertinya. Jangan had kan, mesti fleksibel. Tahniah kepada penerima.

PERUBAHAN mendapatkan kenyataan daripada seorang lagi MPP, Rafidah,



P; Respon saudari mengenai AKJ
F: Pertamanya tahniah & terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan UUM kerana telah menganjurkan majlis ini.  Keduanya terima kasih atas komen & pandangan mengenai Majlis AJK yang telah berlangsung beberapa hari lepas. Biasalah semua orang boleh memberi pendapat masing-masing. Waima majlis anugerah luar seperti  ABPBH pun orang komen macam- macam. Orang tu tak layak, orang ni layak, mengapa mereka dapat, dan pelbagai lagi. Namun sebagai salah seorang penerima anugerah malam itu saya berpendapat bahawa majlis ini merupakan satu majlis yg wajar diadakan bagi menghargai jasa-jasa semua pelajar UUM yang telah banyak berkorban masa, tenaga & cuti utk aktiviti pelajar (terutamanya Presiden Dpp, Mpp, Presiden kelab &persatuan) Hal ini kerana, tanpa mereka aktiviti pelajar tidak akan mencapai tahap KPI yang ditetapkan.

P: Isu berang oleh pemimpin mahasiswa?
F:Memang pada mulanya terdetik ketidakpuasan hati untuk beberapa anugerah yang diberikan kpd individu  tertentu. Ketidak puashati itu bukan berpunca datipada MPP tetapi apabila melihat kurang pemimpin DPP, persatuan yang dapat.

P: Respon pentadbiran?
Mereka ada penilai sendiri cuma tidak pasti cara penilaian dilakukan. Mungkin pemurnian perlu dilakukan oleh pihak HEP.

P: Cadangan saudari kepada HEP?
F: Tak salah jikalau pihak pengurusan memberikan sijil penghargaan  buat semua 14 presiden dpp, setiap kelab & persatuan, mpp, semua skuad atlet UUM serta budayawan/ti yang telah menabur budi & bakti. Malah juga boleh  berikan kepada pelajar- pelajar yang telah menjayakan program yang berimpak besar seperti hari kerjaya, pesta konvo, 3K & sebagainya.  Berapalah saja harga sekeping sijil berbanding bakti yg mereka beri sebagai tanda usaha mereka dihargai. Jikalau jumlah yg naik kepentas terlalu ramai, jemput saja wakil bagi setiap kategori

P: sebuah blog dikatakan menghentam pentadbiran kerana AKJ, komen saudari?
F: Walaubagaimana marah sekalipun jangan sesekali menyamakan mahluk ciptaan Allah yang paling cerdik & dikurniakan akal fikiran dengan haiwan. 



Saturday, May 26, 2012

Pemimpin mahasiswa BERANG?


  
25.5.2012, majlis Anugerah Kerana Jasa telah berlangsung.. apabila kita sebut sahaja Anugerah ia melambangkan sesuatu yang berharga. Frasa ‘Kerana jasa’ jelas melambangkan bahawasanya atas penghormatan atas budi yang diberikan.
Maka, apa masalahnya dengan AKJ 2011? Apa yang tidak kena? Makanan? Layanan? Atau apa? Mungkin dari temu bual ringkas oleh team PERUBAHAN terhadap beberapa pemimpin PERUBAHAN jelas rata-rata menunjukkan ‘berang’ dengan majlis ini. Ini kan majlis penghargaan kepada mereka.

Mungkin ini fakta yang embuatkan pemimpin mahasiswa berang dan senyum tanpa rela. EMPAT orang dari 36 ahli MPP UUM ( termasuk Perubahan, TM, Bebas) yang mendapat anugerah SUMBANGSIH! Anugerah ini secara tradisi di berikan kepada MPP yang bertugas. DUA orang dari 14 mantan PRESIDEN DPP yang mendapat anugerah SUMBANGSIH. kasihan Presiden yang menjadi bahan cacian pelajar DPP demi membantu universiti akhirnya dibiarkan begitu sahaja. Ops cukup la dengan malam penghargaan di EDC ala-ala arabic Night anjuran Sekretariat 1 Malaysia.

Persoalannya, dimanakah baki yang tidak mendapat anugerah ini? Apa signifikannya??  Nantikan pendedahan seterusnya respon berani mati MPP PERUBAHAN yang agak terasa. Macam mana pun tahniah kepada YDP, S/u AGONG, TYDP, NYDP II, MPP Kebudayaan MEOR, MPP Kerohanian Farah Husna, MPP keusahawanan Jhet, MPP Rohiman dan MPP Sukan RAFIDAH. Mungkin andai Sumbangsih menjadi petanda sumbangan MPP, maka performance MPP UUM 2011 jelas teruk kerana hanya 4 serta beberapa MPP lain yang menerima anugerah. Dimanakah MPP seperti Izzati dan Hizaini yang bertungkus lumus berjuang yang tidak diiktiraf? Dimanakah anugerah untuk Firus, Baharudin, Iqqtiyani, Azri, Jamil, Hidayah, Syazwani, Aeefi, Taufiq, Hawa, Limau, yang jelas mpp yang outspoken bersuara? 


kita percaya pihak tertentu ada skala dan methodologi dalam perhitungan tetapi adakah mereka tiada jasa? jeng jeng jeng


p/s: Perubahan percaya pada keadilan tidak pada AUTA

Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN Rafizi Ramli VS Khairy Jamaluddin






Debat PTPTN Rafizi Ramli VS Khairy Jamaluddin

Tuesday, May 22, 2012

Jadikan ia satu pentas terbaik untuk berhujah



Team PERUBAHAN sempat mendapatkan maklum balas beberapa pemimpin mahasiswa UUM mengenai debat PTPTN yang akan berlangsung malam ini. Rata-rata menunggu perdebatan yang hangat diperkatakan. Perdebatan ini bakal mencipta sejarah apabila dua orang pemimpin muda akan berhujah bagi memberikan pandangan mengenai PTPTN.

Team PERUBAHAN sempat mendapatkan pandangan Iqtiyani bt Mohd Bashir, MPP COLGIS beliau mengharapkan debat ini bakal membuka minda kepada idea sebenar PTPTN itu. Tambah beliau lagi, isu PTPTN yang sebelum ini hangat diperkatakan barangkali boleh mendorong generasi muda untuk berfikir mengenai situasi sebenar PTPTN. Kata beliau yang terakhir ‘ Saya harapkan debat PTPTN ini dapat membuka minda dan memahami konsep sebenar PTPTN ’

Seorang lagi, MPP PERUBAHAN yang berjaya dihubungi ialah saudara Azri NorFikri bin Aziz. Dalam kenyataan Azri, beliau menyatakan seluruh mahasiswa yang peka akan isu semasa akan tertunggu-tunggu debat yang akan berlangsung pada malam ini. Ini bukan pentas untuk beremosi tetapi beliau yakin pendebat yang terdiri dari dua pemimpin muda ini bakal memberikan petunjuk yang sihat kepada landskap politik Negara. ‘ Mari kita saksikan bersama’

Team PERUBAHAN juga mendapatkan respon Timbalan Yang DiPertua MPP UUM Saudara Ku Amirul mengenai program debat malam ini. Beliau berkata; semoga program debat ini bakal meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat luar dan masyarakat mahasiswa. ‘kedua-dua speaker ini berpengalaman, maka inilah yang boleh dijadikan contoh supaya budaya berhujah dengan fakta berjaya dipupuk dalam diri semua mahasiswa UUM’.


Jangan sehingga kita ulangi



Hayati dengan mata hati.. dengan Aliff Ba dan Ta.. kita maju bersama.

selamat Datang REJAB!



Bulan Rejab mengikut pandangan Al-Quran dan As-Sunnah

Pengenalan

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -
(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

Bulan Rejab Menurut Al-Quran

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram ¹ …”
(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

(2) Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.


Bulan Rejab Menurut As-Sunnah

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.


Perselisihan Pendapat Mengenai Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Bulan Rejab

Memang terdapat banyak hadis yang menyebut secara khusus mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab. Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti berikut: -

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.

(Hadis ini dikatakan mun’kar bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

“Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.

(Hadis ini juga dhai’f)

“Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”. (Hadis ini dha’if)

Perbahasan: Penentuan sesuatu hadis sama ada ianya sahih, hasan, dha’if dan sebagainya disebabkan oleh perawi (pembawa)nya. Ini memerlukan satu perbincangan yang panjang. Kita bersetuju bahawa apabila sesuatu hadis yang hendak disampaikan oleh seseorang penceramah, beliau hendaklah menyebut kedudukan hadis tersebut dan siapa yang meriwayatnya. Perlu dijelaskan di sini bahawa adalah tidak patut hanya disebabkan hadis itu dha’if, maka ia perlu diketepikan dan ditolak mentah-mentah. Hadis dha’if adalah tetap hadis dan ia bukannya maudhu’. 

Penilaian ulama terhadap perawi sesuatu hadis adalah berbeza-beza. Seseorang ulama hadis mungkin menilai hadis itu dha’if atau maudhu’ pada kajiannya sahaja akan tetapi kepada ulama hadis yang lain ia tidak begitu. Sekiranya seorang atau dua ulama yang menilai sesuatu hadis itu dha’if tidaklah sampai menjejaskan hadis tersebut. Mungkin di antara perkara ganjil yang terdapat di dalam hadis yang dianggap dha’if ialah besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan apabila kita melakukan sesuatu amalan yang dianggap sedikit. Perkara ini janganlah dijadikan persoalan kerana ganjaran yang besar itu hanya pada anggapan akal fikiran kita sahaja tetapi ianya adalah kecil di sisi Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Pemurah untuk hamba-hambaNya yang sentiasa mencari dan mengharapkan rahmat serta keredhaanNya.

Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.

Wallah hu’alam bissawab.

http://www.islah.edu.my/

Monday, May 21, 2012

Mahasiswa perlukan suara mereka didengar!



Andai mahasiswa penentu terbesar kedudukan politik dalam negara, syarat terpenting untuk mendapat undi mahasiswa ialah suara mahasiswa perlu didengar dan diikhtiraf.Kesilapan pentadbiran dimana-mana negara yang menafikan suara mahasiswa akan mengeheret kepada kejatuhan kerajaan terbabit. 

Namun, ia bukan satu tiket bagi mahasiswa untuk membuat sesuatu diluar dari norma masyarakat timur. Sesuatu yang sesuai dinegara ain barangkali tidak sesuai dengan corak momentum pemikiran mahasiswa pada alaf baru ini.

Justeru sediakan platform terbaik untuk mahasiswa berpencak idea moga-moga ia dapat digunakan dengan saksama. Mahasiswa Malaysia beruntung kerana ada satu platform rasmi serta formal yang disediakan untuk mereka. Bagi Majlis Perwakilan Pelajar yang berperanan sebagai organ lantikan siswa, diberikan mandat untuk membawa suara aspirasi mahasiswa ke peringkat tertinggi.

Terbukti beberapa usul diluluskan sama ada serta merta atau dibawa berbincang diperingkat kabinet. Apakah signifikannya? Pandangan mahasiswa diikthiraf pada peringkat tertinggi. Ini lah yang dipanggil rundingan intelektual.

Dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, ia dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri menjadi satu majlis rasmi dalam takwim MPP kebangsaan. Sejarahnya di mulakan pada zaman Tok Pa ketika menjadi Menteri Pengajian Tinggi. Atas permintaan perwakilan ketika itu, TPM menjadi pengerusi mesyuarat.
MPP UUM di MPPK 1

MPP UUM di MPPK 2

Pelbagai platform lain diwujudkan seperti meja bulat AUKU dan yang terbaru PTPTN. Meja bulat ini walaupun tidak bersifat mengikat tetapi ia tetap satu kejayaan kepada mahasiswa kerana suara mereka didengar dan dihormati. Contohnya Meja Bulat PTPTN, anjuran bersama KBS dan Pemuda UMNO menunjukkan bahawa perlunya suara serta pandangan mahasiswa diambil kira. Ketepikan fahaman politik tetapi utamakan kebajikan mahasiswa. 

Pemimpin mahasiswa yang bijak sudah pasti menjadikan rundingan sebagai medium terbaik untuk menyelesaikan masalah. Maka tolaklah pemimpin yang mendesak serta membawa mahasiswa kekancah jalanan. Ini bukan seperti zaman beliau. 

Sila jangan mempergunakan mahasiswa.