Dalam
Dewan MAS semalam, didalam ucapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kementerian bersetuju untuk melancarkan kad
diskaun Siswa. Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kabinet.
Ini
adalah hasil perbentangan kertas kerja didalam Majlis Perundingan Pelajar
Kebangsaan di PICC semester lepas. MPPK merupakan satu-satunya wadah formal bagi pemimpin mahasiswa untuk menyampaikan isu serta suara dan pandagan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh TPM. ia juga dihadiri dengan wakil kementerian, KSU-KSU serta pengawai kanan kementerian dan jabatan kerajaan. Dalam masa yang sama, team PERUBAHAN
merasakan ini permulaan yang baik dalam menunjukkan keseriusan kerajaan
mendengar suara mahasiswa.
Tambah
YB lagi, andai pandangan itu disalurkan secara balik, maka sudah pasti kerajaan
akan mendengar. Lebih-lebih lagi apabila pihak mahasiswa memberikan cadangan
baik lagi bernas untuk memberikan impak yang positif kepada masyarakat serta Negara!
Delegasi MPP UUM di MPPK
Justeru,
pihak PERUBAHAN mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia akan kesudian
mereka mendengar suara mahasiswa. Perubahan akan cuba mendapatkan respon dari
YDP MPP UUM saudara Amer Izzuddin dalam isu ini. PERUBAHAN juga sedang cuba mendapatkan respon daripada delegasi MPP UUM yang hadir didalam mesyuarat tersebut. ini kerana di fahamkan saudara AMER juga membawa isu RASIONALISASI SUBSIDI untuk dibincangkan didalm Jemaah YDP IPT !
Kepada sahabat yang masih gemar menuntut dengan 'budi pekerti' ayuh kita kembali kepada meja perundingan. Andai sahabat boleh samakan perhimpunan BERSIH dengan perhimpunan AMAN menentang MALAYAN UNION, mungkin sahabat boleh kembali kepada asas kita iaitu, penyelesaian dari rundingan dan bukan kekerasan.
'GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA'
p/s:
Saudara Amer kini di Palace of Golden Horses untuk Parlimen Belia!
No comments:
Post a Comment