Mudah,
pada 2 Mei 2012, Menteri KPT DS Khaled
Nordin telah menyatakan penubuhan Jawatankuasa Aduan Pelajar bagi menyediakan
platform kepada mahasiswa untuk menyalurkan pandangan.
PERUBAHAN
boleh menyatakan ia satu langkah berani dalam program transformasi untuk
menyediakan medium kepada pelajar menyalurkan pendapat, aduan serta pandangan
mereka. Ini merupakan sejajar dengan pindaan AUKU pada April lalu.
Persoalannya
sekarang, sejauh manakah keberkesanan JAP ini? Sama ada ia sesuatu yang idealis
atau realistik untuk diamalkan? Jawapan PERUBAHAN ada dua, pertama ia idealis
andai organ IPT terbabit tidak mengambil peluang yang disediakan untuk
menyuarakan pandangan. Jujur PERUBAHAN katakan, kewujudan SPEAKER CORNER di IPT-IPT sekadar ada dan tidak diharmonikan.
Mengapa? Adakah kerana birokrasi pentadbiran atau kerana tiada ‘speaker’?
Justeru
laungan kebebasan bersuara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
adakah ditepati? Adakah mahasiswa menggunakan medium Speaker Corner untuk menyatakan pandangan mereka secara telus,
akautabiliti dan berintegriti? Menjadi satu tanya yang sungguh besar ertinya.
Untuk
pilihan jawapan kedua, ia adalah satu dasar yang realistik andai pihak IPT serta
pelajar mengambil posisi yang sepatutnya. Kita tidak mahu lagi tanggapan
ketidak adilan berlaku di IPT. Justeru di JAP inilah peluang mahasiswa untuk menyatakan
apa-apa sahaja kepada pihak tertinggi universiti. Namun andai JAP ini menjadi
seperti nasib Speaker Corner maka
jalan hitam jugalah pilihan mahasiswa. Andai bertanya pada PERUBAHAN, adakah
perhimpunan itu sesuatu yang dibolehkan? Jawapan PERUBAHAN ya! Namun perhimpunan
yang mengaibkan pemimpin, melaungkan anti parti memerintah, perhimpunan yang
berprovokasi seharusnya ditolak dengan jayanya oleh mahasiswa. Andai alasan
suara tidak didengari, PERUBAHAN mengharapkan agar JAP menjadi pentas terbaik
untuk menyuarakan segala aduan, tohmahan, rungutan, pujian kepada pihak universiti.
Gerakan
kemahasiswaan seharusnya seiring dengan gerakan intelektual. Berhikmah dan
berhemah dalam menyampaikan pandangan dan bukan memberikan batu nisan sebagai
hadiah, atau kalung kematian sebagai cenderamata. Gerakan ini seharusnya cantik
kerana ia ditemani rapat dengan hujah yang berfakta.
Ini
bukan jalan mahasiswa!
Justeru
PERUBAHAN mengharapkan kewujudan JAP ini mampu menjadikan program Transformasi
Kerajaan berjaya. JAP yang akan dianggotai oleh wakil alumni, MPP serta dua
lagi panel yang dicadangkan oleh golongan pelajar sendiri.
Maka, menerusi seksyen baru 21 A Jadual Pertama
AUKU, Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuhkan bagi menjalankan siasatan atau
inkuiri keatas apa saja aduan pelajar. Sesungguhnya pentas berpencak sudah
dibuka, alunan serunai telah ditiupkan, Ayuh mari kita ke gelanggang untuk menunjukan
tari idea bernas demi keuntungan ummah!!
BERANI
BERUBAH!
No comments:
Post a Comment