Berita
ini memang tidak disiarkan pun dalam Harakah. (ketika artikel ini ditulis). Tak
pa kita ketepikan dulu isu sama ada Harakah ada paparkan atau tidak berita yang
berkualiti yang perlu pada mahasiswa.
Keratan Harakah hari ini
Dalam
Utusan Malaysia, hari ini, Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT).
Tribunal ini di pengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Lamin
Mohd Yunus, Tunku Datuk Dr Sofiah Jewa, Prof Salleh Buang, Datuk Mohd Saari
Yusuf dan Alfred L.Webre.
Dalam
penghakiman ini, jemaah hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes
prima facie dalam membuktikan Bush serta juak-juaknya bersalah dalam jenayah
perang dan penyeksaan terhadap tahanan perang di Iraq dan Afghanistan.
Selain
Bush, Rischard Cheney, Donald Rumsfeld, Alberto Gonzales, David Addington,
Willian Haynes II, jay Bybee dan John Choon Yoo. Maka PERUBAHAN mengharapkan
pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) akan menimbangkan ‘recommendation’
dari tribunal ini.
Terima
Kasih KLWCT yang di cetuskan oleh Tun Mahathir ( yang pernah dipanggil
Mahazalim oleh mereka yang buta hati) kerana membawa sinar harapan yang baru
dalam lembaran sejarah dunia.
P/s:
Harakah tidak sebarkan berita ini hari ini, harap depa buat esok lah..
disebabkan sekarang golongan mahasiswa ‘peminat teramai’( merujuk sumber
mereka) yang cenderung pada Harakah. Mahasiswa yang bijak akan tahu menilai
sumber berita yang mana mereka patut terima.
Harakah adalah antara surat khabar yang "memperjuangkan" kebebasan media. Mereka menuduh Utusan Malaysia tidak bebas. Tetapi benarkah Harakah bebas? Kalau bebas, tulislah perbuatan buruk pemimpin Pas macam Utusan Malaysia melaporkan pemimpin UMNO yang ditangkap rasuah. Jangan harap Harakah nak tulis perkara-perkara yang membangunkan minda. Sebabnya kalau banyak orang cerdik susah pula pemimpin Pas yang kurang cerdik.
ReplyDelete