WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Wednesday, May 16, 2012

MPP PERUBAHAN antara yang cemerlang



UUM ONLINE: Seramai 670 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), UUM College of Business (UUM COB) telah menerima pengiktirafan di Majlis Anugerah Dekan di atas kecemerlangan mereka pada semester lepas, sesi pertama 2011/2012.

Dekan Pusat Pengajian SEFB, Prof Madya Dr Asan Ali Golam Hassan dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada semua penerima sijil dan berharap mereka dapat mengekalkan prestasi cemerlang dalam pelajaran pada semester akan datang.

“Sijil-sijil yang diperolehi ini dapat memudahkan mahasiswa dalam memohon pekerjaan kelak, walau bagaimanapun yang paling penting ialah apa yang kita dapat lakukan selepas memperolehi sijil.

“Oleh itu, pada masa inilah, mahasiswa perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti-aktiviti lain selari dengan pembelajaran dalam kuliah,” katanya sewaktu berucap di majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah Gugusan 2/1, semalam.

Sementara itu, Exco Komuniti dan Integrasi, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Aeefi Al Ghazali Mohd Idrus ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana dapat memperolehi Sijil Anugerah Dekan di atas keputusan cemerlang semester lepas.

“Walaupun saya sibuk dengan pelbagai aktiviti, ia bukan menjadi penghalang untuk saya memperolehi keputusan cemerlang dan saya bersyukur kerana usaha keras saya selama ini berbaloi,” katanya yang juga pelajar semester keempat jurusan ekonomi.

Pelajar semester akhir jurusan kewangan, Teo Chiew Yan pula berkata, ini merupakan anugerah dekan kelima berturut-turut yang diterima beliau dan berharap dapat mengekalkannya lagi pada semester ini.

“Saya berharap dapat mengekalkan pretasi cemerlang pada semester akhir ini sebagai hadiah kepada ibu bapa yang tidak jemu memberi sokongan kepada saya sejak saya melangkah kaki ke universiti ini,” tambah beliau.

Sumber: Unit Komunikasi korporat UUM
######################################################

PERUBAHAN mengucapkan tahniah kepada semua yang cemerlang termasuk MPP PERUBAHAN Aeefi Al Ghazali..

#P/S ini baru contoh pemimpin mahasiswa!

1 comment: