Andai
mahasiswa penentu terbesar kedudukan politik dalam negara, syarat terpenting
untuk mendapat undi mahasiswa ialah suara mahasiswa perlu didengar dan
diikhtiraf.Kesilapan
pentadbiran dimana-mana negara yang menafikan suara mahasiswa akan mengeheret
kepada kejatuhan kerajaan terbabit.
Namun,
ia bukan satu tiket bagi mahasiswa untuk membuat sesuatu diluar dari norma
masyarakat timur. Sesuatu yang sesuai dinegara ain barangkali tidak sesuai
dengan corak momentum pemikiran mahasiswa pada alaf baru ini.
Justeru
sediakan platform terbaik untuk mahasiswa berpencak idea moga-moga ia dapat
digunakan dengan saksama. Mahasiswa Malaysia beruntung kerana ada satu platform
rasmi serta formal yang disediakan untuk mereka. Bagi Majlis Perwakilan Pelajar
yang berperanan sebagai organ lantikan siswa, diberikan mandat untuk membawa
suara aspirasi mahasiswa ke peringkat tertinggi.
Terbukti
beberapa usul diluluskan sama ada serta merta atau dibawa berbincang
diperingkat kabinet. Apakah signifikannya? Pandangan mahasiswa diikthiraf pada
peringkat tertinggi. Ini lah yang dipanggil rundingan intelektual.
Dalam
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, ia dipengerusikan oleh Timbalan Perdana
Menteri menjadi satu majlis rasmi dalam takwim MPP kebangsaan. Sejarahnya di
mulakan pada zaman Tok Pa ketika menjadi Menteri Pengajian Tinggi. Atas
permintaan perwakilan ketika itu, TPM menjadi pengerusi mesyuarat.
MPP
UUM di MPPK 1
MPP
UUM di MPPK 2
Pelbagai
platform lain diwujudkan seperti meja bulat AUKU dan yang terbaru PTPTN. Meja
bulat ini walaupun tidak bersifat mengikat tetapi ia tetap satu kejayaan kepada
mahasiswa kerana suara mereka didengar dan dihormati. Contohnya Meja Bulat
PTPTN, anjuran bersama KBS dan Pemuda UMNO menunjukkan bahawa perlunya suara
serta pandangan mahasiswa diambil kira. Ketepikan fahaman politik tetapi
utamakan kebajikan mahasiswa.
Pemimpin
mahasiswa yang bijak sudah pasti menjadikan rundingan sebagai medium terbaik
untuk menyelesaikan masalah. Maka tolaklah pemimpin yang mendesak serta membawa
mahasiswa kekancah jalanan. Ini bukan seperti zaman beliau.
Sila
jangan mempergunakan mahasiswa.
No comments:
Post a Comment