WADAH PENGGERAK MAHASISWA
Friday, June 29, 2012
Wednesday, June 27, 2012
MPP PERUBAHAN sekali lagi bersuara
Isu 'Sticker' lagi.
MPP
PERUBAHAN, dua individu yang berbeza dikatakan masing-masing telah menghantar
email dan surat kepada Pengarah JHEP untuk penelitian semula peraturan ini. Sumber
seperti biasa dari FB rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UUM yang telah di’attach’kan
oleh admin FB untuk pemberitahuan dan hebahan semua.
Pertama
ialah Saudara Ku Amirul Faiz Ku Seman Timbalan Yang DiPertua MPP UUM dan kedua
ialah saudara Mohd Syafiq Mohd Shokri Setiausaha Agung MPP UUM.
email TYDP MPP UUM
Surat S/u Agung MPP UUM
Fuhhh..
Lega lah.. MPP dah besuara, maka diharapkan JHEP mula bertindak. Sila-sila lah
bertindak ini suara pemimpin kami. Sila dengar dan ambil berat. MPP satu-satunya
badan atau unit pelajar yang disebut-sebut atau diseru-seru dalam AUKU. Jadi
apa tunggu lagi. Pertimbangkan ya suara pemimpin mahasiswa ini.
Walaupun
diserang dengan pelbagai tohmahan oleh PRO M seperti anjing HEP, la, Kuda HEP la, hamba HEP la tapi yang hairan
mereka ini jugalah yang ‘fight’ untuk mahasiswa.
Tahniah lah ya MPP PERUBAHAN, MPP UUM. Teruskan
berjuang. PERUBAHAN bersama anda. Walaupun anda diserang baru-baru ni, Admin
malas nak ulas sebab orang yang memfitnah ni kalau dilayan, lagi bertambah
lemak nya. Kita layan ja.
isu ini juga hangat diperkatakan di salah satu blog kampus.
Monday, June 25, 2012
Mahasiswa menentang campur tangan
Mahasiswa
menentang keras campur tangan tiga diplomat Singapura yang dikatakan mencampuri hal ehwal domestik
negara. Mahasiswa juga menyeru kerajaan Singapura untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya. Mahasiswa juga berharap Wisma Putra dapat mengambil tindakan yang bersesuaian
untuk menghalang campur tangan asing di
negara ini.
Kami
juga mohon KDN untuk menyiasat dakwaan ini dan memastikan mereka benar-benar
elakukan tugas sebagai pemerhati diplomatic dan bukan sebaliknya. Andai ia tidak benar maka kerajaan Singapura harus bertanggungjawab.
Nasihat
mahasiswa kepada kerajaan Singapura, sila jaga hal anda kerana kerajaan
Malaysia TIDAK pernah mencampuri urusan anda. Hubungan
kejiranan ini manis andai anda menghormati kami. Jangan risau kami masih
rasional.
Solidariti Mahasiswa Malaysia ada nak komen? Ini soal maruah ye. Tak
pa kami ‘faham’. Bacaan
lanjut, klik sini.
Saturday, June 23, 2012
Mohon perhalusi semula
Seperti
semester lepas, nak cuti semester saje akan ada isu sticker, semester lepas pasal
tarikh menghantar borang yang tak masuk akal tapi berjaya dipanjangkan hasil
perbincangan MPP UUM bersama JHEP. Sesuatu
yang perlu diperjelaskan oleh JHEP dan rata-rata mahasiswa menunggu penjelasan
yang dibuat. Mengapa polisi ini diperketatkan dan apakah rasionalnya?
UUM
dibelenggu masalah pengakutan yang serius, hanya mengharapkan Bas kitaran
dalaman sudah pasti menjurus kepada kesesakan didalam pengakutan. Rasionalnya mungkin: untuk mewujudkan 'go green campus' (mungkin) atau mengurangkan kemalangan
yang berlaku didalam kampus (kemunkinan II) namun persoalan disini syarat yang
di berikan atau yang ditetapkan agak ‘keras’ bagi penduduk atau warga UUM.
Notis
yang mengheret kepada tidak puas hati mahasiswa
JHEP
perlu menjelaskan isu ini. Memberikan kemudahan pada mereka yang memerlukan
itu, itu yang adil sebagai menghargai usaha yang dicurahkan menunaikan ASPIRASI
Universiti. Ini suara mahasiswa. Ada juga wujud ura-ura untuk mengurangkan
kepadatan kenderaan yang mengheret kepada keperluan ‘parking lot’ yang terhad. Mungkin
mekanisme ini boleh digunakan oleh JHEP; (i) mengenalpasti parking lot di semua
DPP (ii) mengeluarkan permit berdasarkan parking lot tersebut. Ia mungkin
memakan masa tetapi rasional untuk dijalankan.
Maka,
mahasiswa mengharapkan ada wujud pindaan mengenai syarat ini. Memudahkan urusan
mahasiswa yang memudahkan urusan universiti. Macam mana pun terima kasih lah
HEP mengurangkan kadar RM 100 ke RM 50 tapi perlu penelitian semula.
Mana
MPP UUM?
-Qaseh-
Monday, June 18, 2012
Kami sayang SULTAN kami (part II)
Lagi
mahasiswa UUM mengutuk kenyataan biaDAP mahasiswa keatas Sultan Johor. Buat Haziq,
ini adalah orang kuat pemimpin mahasiswa anak Johor. Bacaan hati mereka.
Hormati mereka yea Haziq.
Mohammad Firdaus
Rahmatullah Naib Yang DiPertua 1 MPP UUM
Saya selaku
mahasiswa anak jati Johor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan
oleh mahasiswa yang menghina kedaulatan sultan johor. Sesetengah mahasiswa yang
merasakan mereka terlalu intelek tapi dimana mereka menggunakan tahap
keintelektualan itu? Adakah dengan untuk menghina institusi Di Raja boleh
dikatakan mereka berintelektual?
Kita sedia maklum
bahawa institusi raja adalah institusi tertinggi bagi sesebuah negeri mahupun
Negara. Dalam perlembagaan Malaysia sudah jelas menyatakan tentang kedudukan
raja-raja melayu. Lambang kedaulatan kerajaan melayu adalah berpaksikan kepada
institusi Raja itu sendiri. Saya juga tidak faham dengan segelintir mahasiswa
yang dikatakan “Melayu” tetapi tidak menghormati kedaulatan institusi Raja
dengan merendah-rendahkan kedudukan Raja/Sultan.
Hak kebebasan
bersuara sering disalah ertikan sehinggakan mereka sanggup menyentuh isu-isu
sensitif demi memecah-belahkan bangsa sendiri. Adakah ini peranan Mahasiswa
pada hari ini? Ini lah yang sedang menular dalam pemikiran segelintir mahasiswa
yang menganggap mereka terlalu berintelektual tinggi sehingga mudah menafsir
sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang bakal berlalu.
Selaku anak jati
johor saya amat kesal dengan tindakan sesetengah golongan mahasiswa yang cuba
mendapatkan kontrovesri dengan merendah-rendahkan kedaulatan sultan Johor.
Selaku anak jati johor saya bangga mempunyai sultan yang berjiwa rakyat dan
sering membantu rakyatnya. Saya juga menyarankan mahasiswa di luar sana supaya
lebih rasional dalam berfikir sebelum bersuara tentang sesuatu isu kerana tidak
semua isu boleh di pertikaikan secara umum apatah lagi yang berkaitan dengan
isu-isu sensitif seperti ini. SAYA YANG SAYANGKAN SULTAN JOHOR, DAULAT TUANKU.
‘Gunakan saluran
yang betul!’- Mohamad Azim Bin Mohd Noor Presiden AMANAH
Pandangan saya
mudah, Nizar tiada hak untuk pertikaikan Sultan Johor beli plat itu, sedangkn, Pas Johor sendiri pon tak
mengeluarkan komen mengenai isu ini.
Semua orang maklum, Sultan Johor memang dikenali sebagi salah seorang Sultan yang sedia mampu dan mempunyai perniagaan. Tambahan lagi, Sultan Johor tidak perneh abil duit dari kerajaan Johor!
orang Johor tak kan tahu apa kebajikan yang sultan Johor sekarag & terdahulu buat & berkorban untuk rakyatnya. Contohnya masa flat Bukit Chagar dirobohkan utk membina CIQ yg baru, sultan Johor pada ketika itu (Almarhum Sultan Iskandar) dengan rela hati mendermakan sejumlah tanah kepunyaan baginda utk membolehkan flat yang baru dibangunkan menggantikan flat Bukit Chagar.
Semua orang maklum, Sultan Johor memang dikenali sebagi salah seorang Sultan yang sedia mampu dan mempunyai perniagaan. Tambahan lagi, Sultan Johor tidak perneh abil duit dari kerajaan Johor!
orang Johor tak kan tahu apa kebajikan yang sultan Johor sekarag & terdahulu buat & berkorban untuk rakyatnya. Contohnya masa flat Bukit Chagar dirobohkan utk membina CIQ yg baru, sultan Johor pada ketika itu (Almarhum Sultan Iskandar) dengan rela hati mendermakan sejumlah tanah kepunyaan baginda utk membolehkan flat yang baru dibangunkan menggantikan flat Bukit Chagar.
Jadi, tidak perlu semua kebaikan & kebajikan yg Sultan Johor bagi atau kurniakan nak dihebohkn demi nak mendpat nama & populariti, sedagkan keberkatan & pahala entah ke mana.
Jika nak tegur sultan, guna saluran yang betul, Nizar sebagai bekas MB jadi saya pasti dia lebih arif untuk menggunakan saluran yang betul. Sekang baru nak buat surat kebenaran menghadap Sultan Johor. Sultan ada penasihat, bab dari segi kerajaan (MB johor), dan agama (mufti johor), jadi kalau nak tegur, bincnglah dulu dengan penasihat-penasihat sultan, mesti ade prosedur & undang-undang. Baginda adalah pemimpin kita, maka tak salah untuk kita menghormatinya! Lupakah Niizar tentang adab sopan & tatasusila org melayu terhadap pemimpin?
'Kamu hormat pmimpin kami, Kami hormat pmimpin kamu' Mohamad Afrizal
Uzairi Bin Roslee Naib Presiden 1 AMANAH
Berhubung isu berkenaan
dengan institusi beraja yang sering dibangkitkan kini melalui media massa pd saya
tidak wajar dipermainkn pihak-pihak tertentu disebabkan kepentingan politik mereka.
Saya melihat ini bukan perjuangan untuk keadilan tapi lebih kepada permainan
ahli politik yang berorientasikn kepentigan individu dan parti poltik mereka. Sebagai
seorang pemimpin, individu seperti ini perlu lebih bijak utk mengkritik suatu
isu lebih-lebih lagi kepada pihak yang lebih berkepentingan iaitu Sultan. Bukan
hanya menarik perhatian rakyat dengan memainkn pelbagai isu sensitif dan meraih
sokongan dari penyokong-penyokong mereka. Pada saya, ini merupakn fenomena politik
yang tidak matang.
Pelbagai isu lain seperti penyebaran gambar Sultan Kelantan baru keluar dari masjid dengan Tengku Mahkota Johor yang dipkaikn kasut dan membandingkan mereka pada saya tidak rasional sama sekali dan sebagai mahasiswa saya berpendapat rakan- rakan mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir suatu situasi tidak hanya boleh ditafsirkan melalui sekeping gmbar. sedangkn kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ini juga boleh dikatakn Fitnah. Saya sendiri amat menghormati kedua-dua pemimpin ini.
Akhir sekali, saya sbagai mahasiswa menyeru rakan-rakan Johor mahu pun dari negeri lain lebih peka terhdap isu sekeliling dengan berfkir melalui mata hati bukan hanya terus terkesima degan janji-janji dan suatu isu sensitif. Kamu hormat pmimpin kami, Kami hormat pmimpin kamu.
* Kepada puak-puak SMM atau PRO M UUM yang nak bagi hujah balas boleh emailkan pada admin perubahanuum@gmail.com
Saturday, June 16, 2012
Kami sayang SULTAN kami (part I)
Seperti yang
dijanjikan, PERUBAHAN akan membawa respon hasil dari kenyataan biadap oleh
seorang mahasiswa. Untuk bahagian I, PERUBAHAN membawakan kenyataan daripasa
Saudara Sulaiman dan Siti Ruqayyah.
Mohamad Sulaiman bin Misran @ Misron ahli parlimen
belia percubaan p-151 Simpang Renggam.
"Saya berasa merasa
amat terkilan dengan situasi dan gejala menghina institusi diraja yang semakin
menjadi- jadi. Namun apa yg lebih menyedihkan ada golongon belia yang masih sangat
mentah, tetapi sudah berani "mencipta nama" dengan pelbagai
kontroversi. Golongan belia ini yang juga majoritinya menggalas gelaran ‘mahasiswa’
seharusnya menjadi asset dan bukan liability pada negara. Mungkin mereka sudah
lupa rukun negara yang kedua, kesetiaan kepada raja dan negara. Tidak salah
jika mahu melibatkan diri dalam berpolitik, tapi perlula h menjaga batas dan mematuhi panduan yang ada. Matlamat tidak
pernah menghalalkan cara. Jika bukan rakyat sendiri yang mempertahankan
institusi raja siapa lagi. Jangan jadi belia yang dengan mudah diperkudakan
mana-mana pihak. Gunakan media sosial dan teknologi yang ada dengan sebaiknya.
Belia perlu rasional dan bijak dalam mengurus atur perjalanan kehidupan mereka
jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Saya juga berharap pihak yang
bertanggungjawab dapat menjalankan tindakan yang sepatutnya agar perkara ini
tidak menjadi barah dalam masyarakat. Selaku anak Johor saya merasa sedih
dengan apa yang berlaku. Semoga Allah lindungi Sultan. Daulat Tuanku."
Siti Ruqayyah binti
Abdul Razak Naib Yang DiPetua 2, MPP UUM
"Frasa mahasiswa,
pada hemat saya, adalah golongan yang bijak pandai terutama dalam menilai
setiap yang berlaku di sekeliling mereka, Mengkritik pihak-pihak tertentu dengan
bukti- bukti yang kukuh, bersopan dalam menzahirkan pendapat, dan bercakap
dengan penuh rasa hormat. Jika nilai asas ini gagal diterapkan dalam diri
mahasiswa sekarang, maka lingkuplah Malaysia jika golongan ini naik menjadi
tali kepada layang-layang negara.
Seperti yang kita sudah cukup faham,
institusi diraja adlah satu institusi yang harus kita hormati kerana
kedaulatannya. Ya, memang dalam Islam tidak dinyatakan kita wajib mematuhi dan
taat kepda RAJA/SULTAN, tetapi perlu ditekankan, dalam Islam, kita diwajibkan
untuk mentaati pemerintah selagi pemerintah itu tidak berlaku zalim kepada
rakyatnya. Persoalannya, dimanakah saudara haziq Abdullah b. abdul aziz ini
mencampakkan nilai asas ni yang sepatutnya sudah sebati dalam dirinya?
Untuk
pengetahuan saudara, saya sebagai salah seorang anak jati johor, belum lagi
pernah terasa dizalimi oleh sultan kami iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum
Sultan Iskandar. Malah terasa dihormati dan dihargai oleh baginda sultan
apabila baginda sultan sendri turun dalam jelajah konvoi kembara mahkota johor
yang diadakan pada setiap tahun mengelilingi Johor.
Perlu diingat, jika dari
rebung kita sudah berani menderhaka kepada institusi diRaja Negara kita
sendiri, tidak hairanlah jika satu hari nanti Negara kita akan tergadai untuk yang
kedua kali dek fikiran ‘bakal pemimpin Negara’ ini yang telah dimomokkan oleh
pihak-pihak yang terpesong niat dan motifnya. Jika tidak dipelihara institusi ini,
siapa yang akan melindungi agama Islam sebagai agama yang suci dan siapa pula
akan melindungi hak-hak dan ketuanan Melayu di Negara ini?
Adakah saudara haziq
ini sedar bahawa dia adalah bangsa Melayu dan beragama Islam? Tepuk dada cermin
diri. Tidak perlulah dibandingkan pemerintah di Malaysia dengan pemerintah-pemerintah negara lain. Kita rakyat Malaysia, kita punyai corak pemerintahan yang
berdaulat tersendiri. Kita ada harga kita sendiri. Jika nak disamakan
pemerintah kita dengan pemerintah lain, bermakna, Malaysia ini tidak ada
keistimewaannya dan rupanya sama dengan negara-negara lain. Bosankan?
Jadi,
gunakan akal sebelum saudara mengkritik sultan kesayangan kami kerana saudara
hanya membadutkan diri saudara dihadapan kami dan yang penting, saudara
menguatkan lagi kami anak-anak Johor."
Mungkin saudara-saudara
Pro M di seluruh Malaysia termasuk di UUM dan rakan seangkatan SMM nak bagi
hujah balas. Diam tanda setuju.
* Haziq adalah S/U SMM.. LA SMM lagi? seperti biasa mereka lagi*
Friday, June 15, 2012
Allah Pelihara Sultan!
Isunya
kini bukan mengenai hak bersuara tetapi hak beradap! Kalau mahasiswa sendiri
sudah berani mengeluarkan kenyataan yang sebgitu, manakah pergi nilai
kesarjanaan yang disanjung?
Beradap lah sikit wahai mahasiswa kalau anda
masih sayangkan gelaran mahasiswa. Percayalah, perbuatan anda akan membuatkan
keyakinan rakyat pada Institusi ini akan lebih kukuh! Bacaan
lanjut, klik sini.
Lirik Lagu Negeri Johor
Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan
Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan
Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan
Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan
PERUBAHAN
akan menyiarkan eksklusif pendirian pemimpin mahasiswa UUM anak kelahiran Johor
Darul Takzim mengenai isu ini.
Nantikan!
PERUBAHAN mendukung Institusi Raja-Raja Melayu!
Daulat Tuanku!
Friday, June 8, 2012
Andai aku adalah Rafizi..
Surat
peminat PERUBAHAN, sekadar pandangan individu kecil. jom kita layan..
Andai aku adalah Rafizi la bro
kan, aku akan ambik peluang ini dengan sebaik-baiknya bayarkan semua student
kat UNISEL. Selangorkan kaya, Selangorkan semenjak PR pegangkan Berjaya naikkan
ekonomi. jadi apa susahkan?? aku setuju ekonomi SELANGOR kan melonjak tinggi
bawah jagaan kerajaan tempatan pimpinan Ronnie..
Alah apa lah sangat yuran
pengajian dan penginapan, UUM ni bro, boleh je bayarkan mahasiswa yang kurang
berkemampuan tak da duit. jadi aku percaya UNISEL boleh.
Tapi pelik lah PTPTN ni kenapa
bagi peluang untuk aku menunjukkan kebolehan aku? tak patut tak patut. Unisel
Selangor punya, kalau tukar pentadbiran yang tak sekufu pun boleh, apatah lagi
nak tolong bayarkan mahasiswa. ingat UNISEL bawah kerajaan negeri.. itu
faktanya..
Hidup hidup hidup UNISEL..
Andai aku Rafizi, inilah
peluang aku..
(nukilan
Demak Sintok)
Pandangan
PERUBAHAN, perlu penelitian semula oleh PTPTN untuk keputusan ini. semoga
keputusan menyekat PTPTN ini dapat ditarik kembali. walau bagaimanapun tindakan
menyalahkan sesebuah pihak sebagai penyebab kepada penggantungan ini dilihat
tidak sesuai. PTPTN ada badan pembuat dasar. mereka mampu membuat dasar
sendiri. Bersangka baik itu manis.
(berPERUBAHAN,
lebih baik!)
*Qaseh_perubahanuum*
Sunday, June 3, 2012
PARLIMEN BELIA BUKAN RETORIK
Sebelum ini acap kali apa sahaja
dilontarkan oleh pihak kerajaan, pihak pembangkang akan memandangnya sebagai
satu yang sinis. Biasalah pembangkang di Malaysia asalkan idea kerajaan
semuannya akan dipolitikkan.
Namun bukan itu persoalannya. Hari
Belia Negara 2011 yang lepas, terngiang-ngiang apabila Perdana Menteri
mengisytiharkan penubuhan Parlimen Belia Malaysia! Sesuatu yang ketika itu
dianggap sebagai retorik ataupun sebagai satu cara untuk mengambil hati orang
muda untuk menyokong kerajaan. Semangat parlimen ini dikatakan timbul dari
roh Parlimen Mahasiswa yang ideanya dari mahasiswa sendiri.
Signifikannya, penubuhan parlimen ini
merupakan satu platform rasmi untuk membuka peluang dan ruang untuk para belia
untuk berdebat dan berhujah. Namun ada individu yang pesimis mengenai penubuhan
parlimen belia hujah mereka ia tiada kesinambungan. Mungkin yang berhujah itu
tidak melihat kebanyakkan negara-negara maju mengangkat suara belia mereka dari
parlimen belia. Misalnya di UK sendiri, mereka terlebih dahulu menyiapkan
platform kepada belia untuk berkecimpung dan berkhidmat untuk pembangunan serta
pemasalahan belia yang ada. Belia di Malaysia mempunyai bilangan yang cukup
ramai dan menyumbang kepada populasi negara, namun sebelum ini sedar atau tidak
tiada pihak yang memandang berat suara belia apatah lagi untuk mengangkatnya.
Persoalan yang timbul mengapa perlu
pesimis? Bersangka buruk terhadap sesuatu yang boleh mendatangkan impak yang
positif kepada pembangunan negara? Sebelum ini para pemimpin belia berpencak
dengan hujah mereka di dalam Majlis Perundingan Belia Negara. Ia lebih tertumpu
kepada polisis-polisi untuk pembangunan belia. Namun skop yang dimainkan oleh
parlimen ini dikatakan lebih besar impaknya. Masakan tidak ia berfungsi sebagai
satu platform khas untuk belia berhujah dan terdidik dengan demokrasi.
Perintis perubahan dinamik Malaysia
Justeru 11 Mei yang lalu telah
berlangsung parlimen belia percubaan di Palace Of The Golden Horses, Kuala
Lumpur. Seramai 222 orang ‘Yang Berhormat’ telah dipilih dan antaranya empat orang mahasiswa UUM telah dipilih.
Mereka adalah YDP MPP UUM Amer Izzuddin
bin Abdul Rashid, Mantan YDP PERKIM UUM, saudara Khalifa Omar Abdullah, Siswa Islamic Finance & Banking, Mohamad Sulaiman bin Misran @ Misron dan siswi Pengurusan Sumber Manusia Saudari Ilham binti Jamil Khir. Selain
dari menjawab (mungkin) tuduhan kerajaan perhabiskan duit rakyat demi sesuatu
yang ‘buang masa’ eloklah andai PERUBAHAN berkongsi sedikit apa yang terkandung
sepanjang 3 hari di parlimen. Pelbagai isu seperti ‘standing order’, etika parlimen, sehinggalah termasuk isu
penggubalan rang-undang-undang diperbincangkan. Terdapat juga simulasi
perbahasan untuk melihat tahap kesediaan belia di Malaysia untuk terdidik
dengan perlembagaan.
YB-YB
Parlimen Belia Malaysia
Justeru andai ditanya adakah belia
Malaysia sudah bersedia untuk berpencak, menyumbang kearah pembangunan generasi
muda yang lebih baik? Jawapannya kini sudah! Maka rakyat menunggu 2013 untuk
parlimen belia Malaysia yang sebenar akan bersidang.
Andai benar Pakatan Rakyat INGIN mengangkat
suara belia,
soalan PERUBAHAN kepada anda, mana mediumnya?
Friday, June 1, 2012
Selamat bertempur
PERUBAHAN
mengucapkan selamat menempuh peperiksaan yang telah secara rasminya hadir
kembali.
Pesanan
PERUBAHAN;
1)
Jaga kesihatan
2)
Jaga Keselamayan
3)
Jaga Solat
Jangan
lupa;
1)
Kad Pengenalan,
2)
Slip peperiksaan
3)
Kad Matriks
Paling
penting;
DUIT;
Doa Usaha Ikhtiar Tawakal
Amalkan:
Surah
Ar-Rahman
Semoga
Berjaya!
Subscribe to:
Posts (Atom)