Seperti
semester lepas, nak cuti semester saje akan ada isu sticker, semester lepas pasal
tarikh menghantar borang yang tak masuk akal tapi berjaya dipanjangkan hasil
perbincangan MPP UUM bersama JHEP. Sesuatu
yang perlu diperjelaskan oleh JHEP dan rata-rata mahasiswa menunggu penjelasan
yang dibuat. Mengapa polisi ini diperketatkan dan apakah rasionalnya?
UUM
dibelenggu masalah pengakutan yang serius, hanya mengharapkan Bas kitaran
dalaman sudah pasti menjurus kepada kesesakan didalam pengakutan. Rasionalnya mungkin: untuk mewujudkan 'go green campus' (mungkin) atau mengurangkan kemalangan
yang berlaku didalam kampus (kemunkinan II) namun persoalan disini syarat yang
di berikan atau yang ditetapkan agak ‘keras’ bagi penduduk atau warga UUM.
Notis
yang mengheret kepada tidak puas hati mahasiswa
JHEP
perlu menjelaskan isu ini. Memberikan kemudahan pada mereka yang memerlukan
itu, itu yang adil sebagai menghargai usaha yang dicurahkan menunaikan ASPIRASI
Universiti. Ini suara mahasiswa. Ada juga wujud ura-ura untuk mengurangkan
kepadatan kenderaan yang mengheret kepada keperluan ‘parking lot’ yang terhad. Mungkin
mekanisme ini boleh digunakan oleh JHEP; (i) mengenalpasti parking lot di semua
DPP (ii) mengeluarkan permit berdasarkan parking lot tersebut. Ia mungkin
memakan masa tetapi rasional untuk dijalankan.
Maka,
mahasiswa mengharapkan ada wujud pindaan mengenai syarat ini. Memudahkan urusan
mahasiswa yang memudahkan urusan universiti. Macam mana pun terima kasih lah
HEP mengurangkan kadar RM 100 ke RM 50 tapi perlu penelitian semula.
Mana
MPP UUM?
-Qaseh-
No comments:
Post a Comment