WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Sunday, June 3, 2012

PARLIMEN BELIA BUKAN RETORIK


Sebelum ini acap kali apa sahaja dilontarkan oleh pihak kerajaan, pihak pembangkang akan memandangnya sebagai satu yang sinis. Biasalah pembangkang di Malaysia asalkan idea kerajaan semuannya akan dipolitikkan.

Namun bukan itu persoalannya. Hari Belia Negara 2011 yang lepas, terngiang-ngiang apabila Perdana Menteri mengisytiharkan penubuhan Parlimen Belia Malaysia! Sesuatu yang ketika itu dianggap sebagai retorik ataupun sebagai satu cara untuk mengambil hati orang muda untuk menyokong kerajaan. Semangat parlimen ini dikatakan timbul dari roh Parlimen Mahasiswa yang ideanya dari mahasiswa sendiri.

Signifikannya, penubuhan parlimen ini merupakan satu platform rasmi untuk membuka peluang dan ruang untuk para belia untuk berdebat dan berhujah. Namun ada individu yang pesimis mengenai penubuhan parlimen belia hujah mereka ia tiada kesinambungan. Mungkin yang berhujah itu tidak melihat kebanyakkan negara-negara maju mengangkat suara belia mereka dari parlimen belia. Misalnya di UK sendiri, mereka terlebih dahulu menyiapkan platform kepada belia untuk berkecimpung dan berkhidmat untuk pembangunan serta pemasalahan belia yang ada. Belia di Malaysia mempunyai bilangan yang cukup ramai dan menyumbang kepada populasi negara, namun sebelum ini sedar atau tidak tiada pihak yang memandang berat suara belia apatah lagi untuk mengangkatnya.

Persoalan yang timbul mengapa perlu pesimis? Bersangka buruk terhadap sesuatu yang boleh mendatangkan impak yang positif kepada pembangunan negara? Sebelum ini para pemimpin belia berpencak dengan hujah mereka di dalam Majlis Perundingan Belia Negara. Ia lebih tertumpu kepada polisis-polisi untuk pembangunan belia. Namun skop yang dimainkan oleh parlimen ini dikatakan lebih besar impaknya. Masakan tidak ia berfungsi sebagai satu platform khas untuk belia berhujah dan terdidik dengan demokrasi.
Perintis perubahan dinamik Malaysia

Justeru 11 Mei yang lalu telah berlangsung parlimen belia percubaan di Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur. Seramai 222 orang ‘Yang Berhormat’ telah dipilih dan antaranya empat orang mahasiswa UUM telah dipilih. Mereka adalah YDP MPP UUM Amer Izzuddin bin Abdul Rashid, Mantan YDP PERKIM UUM, saudara Khalifa Omar Abdullah, Siswa Islamic Finance & Banking, Mohamad Sulaiman bin Misran @ Misron dan siswi Pengurusan Sumber Manusia Saudari Ilham binti Jamil Khir. Selain dari menjawab (mungkin) tuduhan kerajaan perhabiskan duit rakyat demi sesuatu yang ‘buang masa’ eloklah andai PERUBAHAN berkongsi sedikit apa yang terkandung sepanjang 3 hari di parlimen. Pelbagai isu seperti ‘standing order’, etika parlimen, sehinggalah termasuk isu penggubalan rang-undang-undang diperbincangkan. Terdapat juga simulasi perbahasan untuk melihat tahap kesediaan belia di Malaysia untuk terdidik dengan perlembagaan.
YB-YB Parlimen Belia Malaysia


Justeru andai ditanya adakah belia Malaysia sudah bersedia untuk berpencak, menyumbang kearah pembangunan generasi muda yang lebih baik? Jawapannya kini sudah! Maka rakyat menunggu 2013 untuk parlimen belia Malaysia yang sebenar akan bersidang.

Andai benar Pakatan Rakyat INGIN mengangkat suara belia, 
soalan PERUBAHAN kepada anda, mana mediumnya?



No comments:

Post a Comment