WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Saturday, June 16, 2012

Kami sayang SULTAN kami (part I)



Seperti yang dijanjikan, PERUBAHAN akan membawa respon hasil dari kenyataan biadap oleh seorang mahasiswa. Untuk bahagian I, PERUBAHAN membawakan kenyataan daripasa Saudara Sulaiman dan Siti Ruqayyah.




Mohamad Sulaiman bin Misran @ Misron ahli parlimen belia percubaan p-151 Simpang Renggam.

"Saya berasa merasa amat terkilan dengan situasi dan gejala menghina institusi diraja yang semakin menjadi- jadi. Namun apa yg lebih menyedihkan ada golongon belia yang masih sangat mentah, tetapi sudah berani "mencipta nama" dengan pelbagai kontroversi. Golongan belia ini yang juga majoritinya menggalas gelaran ‘mahasiswa’ seharusnya menjadi asset dan bukan liability pada negara. Mungkin mereka sudah lupa rukun negara yang kedua, kesetiaan kepada raja dan negara. Tidak salah jika mahu melibatkan diri dalam berpolitik, tapi perlulah menjaga batas dan mematuhi panduan yang ada. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Jika bukan rakyat sendiri yang mempertahankan institusi raja siapa lagi. Jangan jadi belia yang dengan mudah diperkudakan mana-mana pihak. Gunakan media sosial dan teknologi yang ada dengan sebaiknya. Belia perlu rasional dan bijak dalam mengurus atur perjalanan kehidupan mereka jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Saya juga berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan tindakan yang sepatutnya agar perkara ini tidak menjadi barah dalam masyarakat. Selaku anak Johor saya merasa sedih dengan apa yang berlaku. Semoga Allah lindungi Sultan. Daulat Tuanku."


Siti Ruqayyah binti Abdul Razak Naib Yang DiPetua 2, MPP UUM

"Frasa mahasiswa, pada hemat saya, adalah golongan yang bijak pandai terutama dalam menilai setiap yang berlaku di sekeliling mereka, Mengkritik pihak-pihak tertentu dengan bukti- bukti yang kukuh, bersopan dalam menzahirkan pendapat, dan bercakap dengan penuh rasa hormat. Jika nilai asas ini gagal diterapkan dalam diri mahasiswa sekarang, maka lingkuplah Malaysia jika golongan ini naik menjadi tali kepada layang-layang negara. 

Seperti yang kita sudah cukup faham, institusi diraja adlah satu institusi yang harus kita hormati kerana kedaulatannya. Ya, memang dalam Islam tidak dinyatakan kita wajib mematuhi dan taat kepda RAJA/SULTAN, tetapi perlu ditekankan, dalam Islam, kita diwajibkan untuk mentaati pemerintah selagi pemerintah itu tidak berlaku zalim kepada rakyatnya. Persoalannya, dimanakah saudara haziq Abdullah b. abdul aziz ini mencampakkan nilai asas ni yang sepatutnya sudah sebati dalam dirinya? 

Untuk pengetahuan saudara, saya sebagai salah seorang anak jati johor, belum lagi pernah terasa dizalimi oleh sultan kami iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Malah terasa dihormati dan dihargai oleh baginda sultan apabila baginda sultan sendri turun dalam jelajah konvoi kembara mahkota johor yang diadakan pada setiap tahun mengelilingi Johor. 

Perlu diingat, jika dari rebung kita sudah berani menderhaka kepada institusi diRaja Negara kita sendiri, tidak hairanlah jika satu hari nanti Negara kita akan tergadai untuk yang kedua kali dek fikiran ‘bakal pemimpin Negara’ ini yang telah dimomokkan oleh pihak-pihak yang terpesong niat dan motifnya. Jika tidak dipelihara institusi ini, siapa yang akan melindungi agama Islam sebagai agama yang suci dan siapa pula akan melindungi hak-hak dan ketuanan Melayu di Negara ini?

Adakah saudara haziq ini sedar bahawa dia adalah bangsa Melayu dan beragama Islam? Tepuk dada cermin diri. Tidak perlulah dibandingkan pemerintah di Malaysia dengan pemerintah-pemerintah negara lain. Kita rakyat Malaysia, kita punyai corak pemerintahan yang berdaulat tersendiri. Kita ada harga kita sendiri. Jika nak disamakan pemerintah kita dengan pemerintah lain, bermakna, Malaysia ini tidak ada keistimewaannya dan rupanya sama dengan negara-negara lain. Bosankan? 

Jadi, gunakan akal sebelum saudara mengkritik sultan kesayangan kami kerana saudara hanya membadutkan diri saudara dihadapan kami dan yang penting, saudara menguatkan lagi kami anak-anak Johor." 

Mungkin saudara-saudara Pro M di seluruh Malaysia termasuk di UUM dan rakan seangkatan SMM nak bagi hujah balas. Diam tanda setuju. 

* Haziq adalah S/U SMM.. LA SMM lagi? seperti biasa mereka lagi* 

2 comments:

  1. memang pun, saya juga ras aturut terhina kalau ada mahasiswa menghina atau mengkritik mana-mana sultan.... siswa siswi pada hari ini harus bertindak membawa revolusi dan inovasi yang membawa malaysia kearah lebih maju di samping jangan lupa pada asal usul nenek moyang dahulu yang banyak mempertahankan negara. institusi sultan tak perlu di petikaikan..terasa geram kalau ada bangsa lain hina sultan tapi lagi geram kalau mana-mana bangsa sendiri hina sultan .peace...stop.....

    ReplyDelete
  2. tak perlu kot nak hina sultan.. kalau bangsa lain hina sultan kita geram, tapi kalau bangsa sendiri hina sultan terlalu geram...

    ReplyDelete