WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Monday, June 25, 2012

Mahasiswa menentang campur tangan


Mahasiswa menentang keras campur tangan tiga diplomat Singapura yang dikatakan mencampuri  hal ehwal domestik negara. Mahasiswa juga menyeru kerajaan Singapura untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Mahasiswa juga berharap Wisma Putra dapat mengambil tindakan yang bersesuaian untuk  menghalang campur tangan asing di negara ini.

Kami juga mohon KDN untuk menyiasat dakwaan ini dan memastikan mereka benar-benar elakukan tugas sebagai pemerhati diplomatic dan bukan sebaliknya. Andai ia tidak benar maka kerajaan Singapura harus bertanggungjawab. 


Nasihat mahasiswa kepada kerajaan Singapura, sila jaga hal anda kerana kerajaan Malaysia TIDAK pernah mencampuri urusan anda. Hubungan kejiranan ini manis andai anda menghormati kami. Jangan risau kami masih rasional. 

Solidariti Mahasiswa Malaysia ada nak komen? Ini soal maruah ye. Tak pa kami ‘faham’. Bacaan lanjut, klik sini.

No comments:

Post a Comment