WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Monday, June 18, 2012

Kami sayang SULTAN kami (part II)


Lagi mahasiswa UUM mengutuk kenyataan biaDAP mahasiswa keatas Sultan Johor. Buat Haziq, ini adalah orang kuat pemimpin mahasiswa anak Johor. Bacaan hati mereka. Hormati mereka yea Haziq.



Mohammad Firdaus Rahmatullah Naib Yang DiPertua 1 MPP UUM

Saya selaku mahasiswa anak jati Johor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa yang menghina kedaulatan sultan johor. Sesetengah mahasiswa yang merasakan mereka terlalu intelek tapi dimana mereka menggunakan tahap keintelektualan itu? Adakah dengan untuk menghina institusi Di Raja boleh dikatakan mereka berintelektual?

Kita sedia maklum bahawa institusi raja adalah institusi tertinggi bagi sesebuah negeri mahupun Negara. Dalam perlembagaan Malaysia sudah jelas menyatakan tentang kedudukan raja-raja melayu. Lambang kedaulatan kerajaan melayu adalah berpaksikan kepada institusi Raja itu sendiri. Saya juga tidak faham dengan segelintir mahasiswa yang dikatakan “Melayu” tetapi tidak menghormati kedaulatan institusi Raja dengan merendah-rendahkan kedudukan Raja/Sultan.

Hak kebebasan bersuara sering disalah ertikan sehinggakan mereka sanggup menyentuh isu-isu sensitif demi memecah-belahkan bangsa sendiri. Adakah ini peranan Mahasiswa pada hari ini? Ini lah yang sedang menular dalam pemikiran segelintir mahasiswa yang menganggap mereka terlalu berintelektual tinggi sehingga mudah menafsir sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang bakal berlalu.

Selaku anak jati johor saya amat kesal dengan tindakan sesetengah golongan mahasiswa yang cuba mendapatkan kontrovesri dengan merendah-rendahkan kedaulatan sultan Johor. Selaku anak jati johor saya bangga mempunyai sultan yang berjiwa rakyat dan sering membantu rakyatnya. Saya juga menyarankan mahasiswa di luar sana supaya lebih rasional dalam berfikir sebelum bersuara tentang sesuatu isu kerana tidak semua isu boleh di pertikaikan secara umum apatah lagi yang berkaitan dengan isu-isu sensitif seperti ini. SAYA YANG SAYANGKAN SULTAN JOHOR, DAULAT TUANKU.



‘Gunakan saluran yang betul!’- Mohamad Azim Bin Mohd Noor Presiden AMANAH

Pandangan saya mudah, Nizar tiada hak untuk pertikaikan Sultan Johor beli  plat itu, sedangkn, Pas Johor sendiri pon tak mengeluarkan komen mengenai isu ini.
Semua orang maklum, Sultan Johor memang dikenali sebagi salah seorang Sultan yang sedia mampu dan mempunyai perniagaan. Tambahan lagi, Sultan Johor tidak perneh abil duit dari kerajaan Johor!
orang Johor tak kan tahu apa kebajikan yang sultan Johor sekarag & terdahulu buat & berkorban untuk rakyatnya. Contohnya masa flat Bukit Chagar dirobohkan utk membina CIQ yg baru, sultan Johor pada ketika itu (Almarhum Sultan Iskandar) dengan rela hati mendermakan sejumlah tanah kepunyaan baginda utk membolehkan flat yang baru dibangunkan menggantikan flat Bukit Chagar.

Jadi, tidak perlu semua kebaikan & kebajikan yg Sultan Johor bagi atau kurniakan nak dihebohkn demi nak mendpat nama & populariti, sedagkan keberkatan & pahala entah ke mana.

Jika nak tegur sultan, guna saluran yang betul, Nizar sebagai bekas MB jadi saya pasti dia lebih arif untuk menggunakan saluran yang betul.  Sekang  baru nak buat surat kebenaran menghadap Sultan Johor. Sultan ada penasihat, bab dari segi kerajaan (MB johor), dan agama (mufti johor), jadi kalau nak tegur, bincnglah dulu dengan penasihat-penasihat sultan, mesti ade prosedur & undang-undang. Baginda adalah pemimpin kita, maka tak salah untuk kita menghormatinya! Lupakah Niizar tentang adab sopan & tatasusila org melayu terhadap pemimpin?


'Kamu hormat pmimpin kami, Kami hormat pmimpin kamu' Mohamad Afrizal Uzairi Bin Roslee Naib Presiden 1 AMANAH

Berhubung isu berkenaan dengan institusi beraja yang sering dibangkitkan kini melalui media massa pd saya tidak wajar dipermainkn pihak-pihak tertentu disebabkan kepentingan politik mereka. Saya melihat ini bukan perjuangan untuk keadilan tapi lebih kepada permainan ahli politik yang berorientasikn kepentigan individu dan parti poltik mereka. Sebagai seorang pemimpin, individu seperti ini perlu lebih bijak utk mengkritik suatu isu lebih-lebih lagi kepada pihak yang lebih berkepentingan iaitu Sultan. Bukan hanya menarik perhatian rakyat dengan memainkn pelbagai isu sensitif dan meraih sokongan dari penyokong-penyokong mereka. Pada saya, ini merupakn fenomena politik yang tidak matang.

Pelbagai isu lain seperti penyebaran gambar Sultan Kelantan baru keluar dari masjid dengan Tengku Mahkota Johor yang dipkaikn kasut dan membandingkan mereka pada saya tidak rasional sama sekali dan sebagai mahasiswa saya berpendapat rakan- rakan  mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir suatu situasi tidak hanya boleh ditafsirkan melalui sekeping gmbar. sedangkn kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ini juga boleh dikatakn Fitnah. Saya sendiri amat menghormati kedua-dua pemimpin ini.

Akhir sekali, saya sbagai mahasiswa menyeru rakan-rakan Johor mahu pun dari negeri lain lebih peka terhdap isu sekeliling dengan berfkir melalui mata hati bukan hanya terus terkesima degan janji-janji dan suatu isu sensitif. Kamu hormat pmimpin kami, Kami hormat pmimpin kamu.

* Kepada puak-puak SMM atau PRO M UUM yang nak bagi hujah balas boleh emailkan pada admin perubahanuum@gmail.com


No comments:

Post a Comment