Inilah Memorandum yang dikatakan 'MEWAKILI' mahasiswa seluruh Malaysia.
Bertempat di kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya selepas solat Jumaat, satu ‘DEMO AMAN’ ( walaupun tidak pernah Demo itu aman) telah digerakkan oleh Pro Mahasiswa Nasional. Maka berlangsunglah adegan-adegan ‘hero’ mahasiswa yang tetap menyatakan bahawa mereka mewakili SELURUH mahasiswa Malaysia. Faktanya hanya sekitar 60 orang yang hadir. 60 orang mewakili seluruh mahasiswa?? Satu yang tidak rasional. Bayangkan andai 10% mahasiswa UUM sahaja menyumbang kepada angka 2000 orang (paling kurang) inikan pula 60 orang. SIAPAKAH YANG MEREKA WAKILI?
Apakah tuntutan mereka? Antara tiga tuntutan mereka ialah 1) Pilihanraya kampus di awalkan. 2) Kembalikan demokrasi kampus, 3) Bebaskan kampus daripada campur tangan politik luar!
Ingin kami lontarkan persoalan disini berkaitan dengan kebajikan mahasiswa. Walaupun terdapat hujah PRK akan merencatkan pemilihan perwakilan mahasiswa yang kemudiannya DIDAKWA kebajikan mahasiswa akan terancam. Namun persoalan PERUBAHAN adalah kewujudan ‘Student Caretaker’ serta lanjutan pentadbiran MPP sudah cukup membantu kebajikan mahasiswa. Yang penting ialah kebajikan mahasiswa dan bukan POLITIK mahasiswa. Justeru selagi mana kebajikan mahasiswa dijaga tidak timbul soal lambat atau cepat PRK diadakan.
Pendirian kami mudah; PRK yang ditangguh tidak sama sekali membawa kepada proses kembirikan demokrasi kampus. PRK tetap diadakan. Cuma masanya belum pasti. Seharusnya selaku pemimpin yang BERJIWA MAHASISWA dan bukan AHLI POLITIK harus memberatkan perihal tanggung jawab bersama menjaga kebajikan mahasiswa. TANPA PRK Kebajikan juga terjamin! Itu lebih utama.
Mengenai tuntutan ketiga, PERUBAHAN melihatkan sedikit kepincangan. (CAKAP TAK SERUPA BIKIN) Siapakah sebenarnya yang membawa masuk politik luar? Lihat pendedahan dibawah!
Inilah dia Nazree Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan.
Tepuk dada, tanya selera.
Tepuk dada, tanya selera.
No comments:
Post a Comment