WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Friday, March 30, 2012

Kecoh melanda Dataran Perdana!!


Tepat 8.30 pagi 30 Mac 2012,  perkarangan Dataran Perdana diserang. Diserang dengan hampir 250 aktivis mahasiswa! Apakah? Apakah? Apakah?
 'jemputan untuk diserang!!'
tuu dia!!

Oh.. rupa-rupanya diganggu angkara AMAN KAMPUS!! Mengganggu orang betul! Tapi tapi tapi ada baiknya diganggu. Semua orang menikmati gangguan. Pelbagai aktiviti dijalankan, bermula dengan perasmian oleh En Mazli Mustazam, perkarangan Dataran Perdana berjaya dihidupkan. Wakil mahasiswa yang datang daripada pelbagai IPT semata-mata untuk berkongsi ASPIRASI MAHASISWA dan pasti bukan ASPIRASI PEMBANGKANG!! 

Antara lain, fenomena AMAN KAMPUS hadir bersama program yang bernas seperti Info Siswa, Damping Kampus, Siswa Cergas, Siswa Taqwa, Pentas Anak Muda, Siswa Prihatin dan Siswa Budaya. Ke semua elemen ini adalah semata-mata untuk mempromosi keamanan serta keharmonian kampus. Alhamdulilah, program ini berjaya dijalankan dengan sokongan kuat serta rasional daripada MPP UUM serta secretariat MPP UUM. INILAH pemimpin mahasiswa yang sejati.

Mengulas lanjut ucapan saudara Mohammed Syafiq Mohd Shokri (Setiausaha Agung MPP UUM) mewakili YDP MPP UUM saudara Amer mengucapakn ribuan terima kasih kepada mahasiswa UUM, peserta Konvoi AMAN KAMPUS dan Pengerusi Gelajah Aman Kampus Saudara Shahar atas kesudian membuat KECOH pagi 30 MAC 2012!!
 Saudara Syafiq, En Mazli dan En Shahar

Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat, telah dinobatkan DPP yang terbaik dan paling ramai. TAHNIAH!! Pendek kata program AMAN KAMPUS bukanlah semata-mata program berbentuk manisan atau gula-gula diatas kertas namun ia satu perjuangan. Salah seorang peserta Marlina bt sohaimi, Siswi DPP SME BANK, berkata program seperti ini penting untuk membawa satu platform menyatu padukan mahasiswa. ‘ Kita berpeluang berkumpul bersama mahasiswa berlainan DPP, Universiti waima Majlis Perwakilan Pelajar dan ini mampu mengukuhkan persaudaraan antara kita’

 Senam la yea- Siswa Cergas..
 
Ke mana pula selepas ini ye?? Nampaknya mereka akan menyerang UNIMAP!!! 

Terima Kasih AMAN KAMPUS.

Terima Kasih ‘membuang masa’ mengukuhkan ukhwah antara kami.

AMAN, AMAN, Kita AMAN





No comments:

Post a Comment