WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Sunday, March 18, 2012

Salam Perubahan.

Bicara Pengarang
Helaian cetusan idea dibuka dengan kalimah mulia Bismillahirahmanirahim.. semoga ruangan ini menjadi wadah terbaik kepada mahasiswa untuk mendapatkan informasi bagi melakukan perubahan dari detik ke detik, saat ke saat, minit ke minit semoga mahasiswa terus menjadi sebagai seorang yang beruntung selaras dengan hadith junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud;

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”
Ia jelas untuk menjadi seorang yang dikatakan berjaya haruslah melakukan perubahan. Kerana itu ilmu ditekankan. Tanpa ilmu segalanya adalah mustahil. Kerana itu perjuangan sebenar mahasiswa adalah mencapai pengetahuan tertinggi supaya mampu menjadi penyumbang kepada pembangunan manusia sejagat. Perlu diingatkan pengajian mahasiswa di universiti adalah dari tajaan rakyat. Dari rakyat, kita pulangkan kepada rakyat. Justeru marilah mahasiswa kita berjuang memartabatkan dan membudayakan iqra dalam masyarakat kampus. Berfikiran rasional dalam menghitung setiap langkah agar terus segak untuk berpencak didunia academia.

Ayuh kita bangkit, terus bersama Perubahan dalam menjadi Wadah Penggerak Mahasiswa!
Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment