WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Saturday, March 24, 2012

JATI DIRI MELAYU !



Melalui satu wawancara Mingguan Malaysia, kegelisahan serta keresahan jelas terbayang pada wajah Tan Sri Samsuri Arshad (mantan Timbalan Ketua Polis Negara) yang benar-benar resah dengan perubahan masyarakat melayu khususnya orang Muda Melayu!
Kegusaran ini harus dipandang serius dan diambil tindakan oleh pimpinan mahasiswa. Pemimpin mahassiwa seharusnya memandang isu hilang jati diri dengan lebih serius berbanding daripada isu politik yang sempit. Mempertahankan jati diri seperti satu jihad yang perlu dilakukan. Budaya hedonism dan barat yang membaculkan pemikiran anak melayu. Ini sesuatu yang harus diberikan sepenuh perhatian.
Tan Sri Samsuri berkongsi bagaimana kehidupan beliau di Royal College of Defense Studies, Universiti Harvard. Walaupun beliau dan rakan beliau dari Pakistan sahaja beragama Islam namun mereka masih mampu menjaga batas dan kehormatan diri. Justeru satu yang menghairankan mengapa mahasiswa Melayu terus hanyut dalam budaya barat walaupun hanya berada Di Malaysia?
Salah siapa? Atau kepada siapa jari ini harus ditudingkan? Apakah kelemahan sistem pendidikan negara sehingga masyarakat Melayu kian rosak? Ada yang berkata bahawa jati diri Melayu tiada kaitan dengan keselamatan negara. Namun ingatlah selaku kaum yang berkomposisi 62 % melayu perlu kuat dan teguh jati diri supaya sentiasa tawaduk dan mengikut ajaran Islam.
Kita perlu BerUBAH!

No comments:

Post a Comment