WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Wednesday, April 25, 2012

Benarkah MPP PERUBAHAN mandom? ( Bahagian I)



Tajuk entrie ini mungkin akan membuat MPP PERUBAHAN panas punggung. Namun Admin rasakan bahawa entrie ini penting untuk menjawab isu-isu yang hangat diperkatakan. Pelbagai pihak yang memfitnah MPP PERUBAHAN namun satu pun diantara mereka tidak menempelak MPP Transformasi Mahasiswa.

Admin menyembahkan kepada anda, santapan minda moga terbuka hati dan minda supaya terus memberi sokongan terhadap MPP UUM. Berikut pelbagai isu yang yang dianalisa oleh seorang pemerhati PERUBAHAN.

Amer Izzuddin ( mangsa fitnah juak UUMLeaks)


Isu Sticker
Isu sticker sememangnya isu yang selalu dan hangat diperkatakan. Setiap kali PRK pelbagai calon akan mempertengahkan isu sticker untuk mendapat perhatian. Sejauh manakah MPP Perubahan memperjuangkan isu sticker? Dalam satu perjumpaan tertutup yang dihadiri bersama MT MPP UUM (semua adalah dari Perubahan) bersama Presiden DPP semester lepas, isu sticker sekali lagi di naikkan oleh Timbalan Yang DiPertua (yang dituduh oleh seorang anak buah MPP UUM sebagai konspirator MPKS). Pelbagai alternative diberikan atau ditawarkan kepada pihak HEP. Dalam mesyuarat itu juga kawan PERUBAHAN seorang Presiden DPP menyampaikan ketidak puas hatian beliau mengenai mekanisme yang sedia ada. Hujah ini juga di sokong oleh Yang DiPertua (yang dituduh penipu) yang meminta mekanisme kelulusan sticker diperbaiki untuk mengurangkan karenah ketidak lulusan. Namun maklumat lanjut Presiden terbabit enggan berkongsi. Cadanagn oleh MPP ketika itu adalah untuk mewujudkan sistem renewal berbanding permohonan semula. Dan isu surat akuan sumpah yang membebankan mahasiswa. dalam kenyataan AMirul (kebetulan budak Law) akuan bersumpah pelajar sebenarnya memadai kerana akuan sumpah sudah cukup kuat untuk dijadikan salah satu bukti di mahkamah tidak perlu akuan sumpah ibu bapa untuk university menolak liability ( agaknya lah ini term yang Amirul gunakan Admin tiada so Admin pun tak dapat nak tangkap). Walaupun pihak HEP tidak memansuhkan namun, perubahan dibuat, untuk permohon kedua tidak diperlukan surat akuan sumpah ibu bapa lagi! Nah amek ko!!

Ku Amirul (dituduh konspirator oleh uumleaks)

Isu Apung 
Isu apung sebelum ini hangat diperkatakan apabila sebilangan mahasiswa diapung kerana pelbagai sebab. Namun dengan selamba  je MT MPP UUM kalau tidak silap TYDP ‘menegur’ (ayat yang lebih sopan) tindakan HEP yang menyebabkan ketidak konsistenan dan keengganan menerima menerima surat sokongan dari YDP MPP UUM untuk meminta majlis pengetua menilai kembali keputusan apung para pelajar. Konsistennya perjuanganan TYDP dan YDP tidak boleh disangkal apabila terdapat beberapa pelajar dipulangkan kembali ke tempat asal. Selain itu mekanisme juga diminta supaya mahasiswa UUM ini mendapat tahu bilik mereka sebelum cuti semester. Presiden itu cerita lagi pada admin, Amirul dengan selamba nye bermadah ' menolak permohonan Amer samalah menolak suara 20 000 mahasiswa UUM kerana Amer dilantik oleh mahasiswa UUM' 


MPP Meor yang sempoi
Isu Kafe
Isu kafe diperjuangakan oleh kebanyakkan MPP PERUBAHAN. Tindakan harga yang tidak rasional, kotor, kualiti tidak sesuai untuk mahasiswa dibawa oleh MPP Perubahan dalam mana-mana perjumpaan sehinggalah ke peringkat pengetahuan Dato’ Naib Canselor. Benarkah MPP PERUBAHAn tuli mengenai isu ini? MPP Perubahan Meor menerjah kualiti makanan di kafe MAS (bukan MPP TM Hafizuddin) dan isu kafe Bank Rakyat ( kawasan kebanyakan MPP UUM termasuk MPP TM AFIFI dan Hafizuddin) juga di bawa dengan penuh berhikmah. Berbalik kepada persoalan diatas benarkah MPP admin ini mandom? MPP Perubahan yang lain seperti Hawa, iqqtiyani, Farah Afiqah, Asmak, Hidayah, Rafidah juga membahaskan isu yang sama tanpa gentar. (kih kih kih)

Isu kerohanian
Perjuangan konsisten oleh Amer Izzuddin menyebabkan beberapa dasar telah dipinda oleh pihak university. Semua ini dilihat ‘buta’ oleh sesetengah pihak. Konsisten perjuangan saudara MPP AMer sehingga membawa isu kerohanian di pengetahuan YB Menteri di JPM. Tanpa ucapan terima kasih kebanyakkan mahasiswa menyelar dan memanggil YDP sebagai PENIPU! 

Nantikan bahagian kedua! macam mana pun MPP tak dapat bertindak tanpa maklumat dari anda yang disalurkan di tempat yang disediakan (email aje sudah, email depa kat merata-rata)

No comments:

Post a Comment