Benarkah MPP PERUBAHAN BODOH?
Benarkah MPP PERUBAHAN LESU?
Bodoh dan lesu dalam respon isu-isu semasa?
Tidak peka terhadap perihal penyakit masyarakat??
Kenyataan sebuah blog (mengelirukan mahasiswa) membandingkan kredibiliti MPP UUM dengan MPP UIAM (kebetulan sealiran mereka) kerana ujarnya MPP UUM tidak berani untuk mengulas mengenai isu semasa. Kalau ada pun MPP (mereka) yang memberi ulasan mengenai isu kemahasiswaan.
Sila perhalusi semua tulisan/ artikel dibawah ini;
Mahasiswa pemangkin bahasa kebangsaan
Oleh Ku Amirul Faiz
(s200383@student.uum.edu.my)
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sudah melabuhkan tirainya. Sudah 13 kali BBK diadakan dan ini bermakna selama itu juga kerajaan berusaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Usaha ini memang baik dan wajar dipuji.
Tetapi persoalannya kenapakah perlu ada kempen memartabatkan bahasa kebangsaan yakni bahasa Melayu selepas lebih setengah abad negara merdeka? Bukankah kemerdekaan itu dicapai hasil kata sepakat dan ini termasuklah kedudukan dan permartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
Kempen BBK memperlihatkan seolah-olah bahasa Melayu bukan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan. Kalau tidak, masakan kemerdekaan tidak menyumbang kepada permartabatan bahasa Melayu?
Perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan sebenarnya bermula pada tarikh Malaya mencapai kemerdekaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu bukan lagi bahasa orang Melayu tetapi bahasa rasmi seluruh rakyat negara ini. Di manakah silapnya hingga perkara yang boleh diselesaikan selepas sepuluh tahun merdeka kini berlarutan hingga lebih setengah abad kita merdeka? lebih lanjut
klik sini;
Lagi? lagi? lagi?
Lagi? lagi? ada lagi ke?
BOSAN!!!! Ada lagi??
ADA LAGI??
MAAF la ya.. Dah Habis..
Mungkin kerana TYDP nie BODOH, LESU dan TIDAK berfikiran panjang maka MPP UUM tidak dilihat setanding dengan MPP UIAM? Mungkin isu ulasan TYDP membosankan namun ia satu manifestasi MPP UUM mengambil berat perihal masyarakat.
Kepada anda (blog) tersebut, sila buka mata. Setiap antara kita mempunyai gaya dan isu penulisan masing-masing.
p/s: MPP PERUBAHAN tidak pernah memburukkan artikel tulisan MPP anda justeru hormatilah semua pihak.
No comments:
Post a Comment