WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Saturday, April 21, 2012

ISU : MANSUHKAN PTPTN, SIAPA TERBEBAN DAN SIAPA YANG MELEPASKAN BEBAN?


 Tulisan MPP PERUBAHAN Saudari Aeefi Al Ghazali bt Mohd Idrus

Memulakan bicara dengan  salah satu peringatan ALLAH dalam Alquran Al-karim. “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”  (Ar-rahman, 13).  Siapa diantara kita yang tidak mahu terus berada di dalam keselesaan yang selama ini dikecapi tanpa perlu risau ada yang lain sedang menanti giliran mereka untuk menikmati nikmat yang sama.   Tanpa kita sedar, selama ini mahasiswa khususnya mahasiswa IPTA seronok bergembira dengan segala nikmat dan kemudahan pendidikan yang menurut penulis tersangat lah mewahnya.  Masakan  tidak,  80 ke 95 peratus yuran ditanggung oleh kerajaan. Sejumlah kecil yang lain dibayar menggunakan PTPTN @ biasiswa yang disediakan oleh kerajaan. 

Dikatakan 15-20 peratus dari jumlah PTPTN digunakan untuk bayar yuran selebihnya untuk menanggung sara diri sepanjang satu semester pembelajaran, ( yang kadang kala tidak mencukupi). Jadi apa implikasinya jika semua ini dimansuhkan? Dan kos pembelajaran mahasiswa ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan?
Mahasiswa perlu sedar, bahawasanya Negara kita, Malaysia ,merupakan Negara yang  sedang membangun. -Kerajaan dijangka mencatat defisit lebih rendah pada 5.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) didorong oleh prospek prestasi kutipan hasil yang lebih baik walaupun perbelanjaan keseluruhan meningkat 2.8 peratus kepada RM212 bilion, KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama).

Mana mungkin kurangkan defisit negara, kalau semua benda kerajaan nak tanggung. Ya! Ada Negara yang mengamalkan pendidikan percuma seperti LIBIA,  tapi andai dilihat hasil pendapatan utama LIBIA  adalah daripada hasil minyak dan ini merupakan fakta yang perlu dilihat dan ini merupakan satu fakta yang mahu atau tidak mahasiswa perlu mengambil dalam pertimbangan.

Ya, mungkin ada benarnya, pemansuhan PTPTN akan memberi  faedah kepada mahasiswa.  Tapi ada mahasiswa fikir  beban sosialnya akan dipindahkan kepada siapa? Siapa yang berkemampuan untuk memulang kembali hasil pendapatan kerajaan? Menurut  Pareto Efficiency, “there is no way to make someone better off without making someone else worse off” ini bermaksud, tiada maknanya seseorang itu dapat kebaikan kalau tidak membuat seorang lagi lebih teruk. Harapan penulis, semoga yang membuat tuntutan tu memahami teori dan prinsip praktikal ekonomi. 

Penulis harap terjawab persoalan siapa yang terbeban dan siapa yang melepaskan beban. PTPTN merupakan satu bantuan kepada mahasiswa yang sepatutnya mendapat bantuan. Andai diberikan secara percuma maka pulangan kembali kepada dana negara bakal terjejas dan ini sudah pasti mengurangkan potensi ekonomi negara. Bilangan cerdik pandai akan bertambah maka selama itulah tanggungan negara akan bertambah. Ayuh kita mengejar kearah membiasiswakan PTPTN. Penulis menyokong PERUBAHAN yang rasional. Sekian.

  P/S: saudari Aeefi merupakan pelajar jurusan ekonomi UUM


3 comments:

  1. Maksudnya menyokong pemansuhan PTPTN?

    ReplyDelete
  2. saya setuju bahawa ptptn tidak dimansuhkan..berfikirlah secara matang dan rasional berkenaan perkara ini wahai mahasiswa..jangan fikir mahu lepaskan tekak sendiri sahaja..fikir sama maslahat bersama

    ReplyDelete
  3. yang dimaksudkan supaya jgn dimansuhkan ptptn ini...

    ReplyDelete