WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Tuesday, April 3, 2012

Terima Kasih Dato' Seri


Tahniah atas kejayaan  kerajaan Malaysia dalam merealisasikan GTP dan ETP!! Salah satu kejayaan yang memberangsangkan ialah peningkatan pencapaian pelajar. Tahniah dan terima kasih Dato’ Seri!  Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012 di Auditorium Perdana, Angkasapuri telah mendapat liputan hangat dari media. 

Sumber Utusan;
KUALA LUMPUR 2 April - Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2011 menyaksikan Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan merangkumi kawasan bandar serta luar bandar.
Berdasarkan laporan tersebut, antara pencapaian terbesar tahun lalu adalah kejayaan mencatatkan pendaftaran prasekolah sebanyak 77.23 peratus kanak-kanak di negara ini iaitu sebanyak 732,902 kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas.
Kejayaan ini dihasilkan menerusi pembukaan sebanyak 3,089 kelas prasekolah di seluruh negara iaitu dua kali ganda daripada kelas yang dibuka pada tahun 2010.
Di peringkat sekolah rendah, inisiatif NKRA turut menyaksikan program Literasi dan Numerasi (LINUS) kepada kanak-kanak darjah 2 mencapai kadar literasi 97.5 peratus dan kadar numerasi 98.6 peratus manakala kanak-kanak darjah 1 bagi Kohort 2 mencatatkan kadar literasi 91 peratus dan kadar numerasi 95.4 peratus.
Bagi membantu murid-murid yang lemah, salah satu inisiatif dalam NKRA tersebut tahun lalu adalah memperkenalkan mekanisme untuk mengesan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Sepanjang tahun lepas, sebanyak 3,916 murid lemah di kalangan Tahun 2 telah berjaya dikenal pasti.
Menyedari sekolah berkualiti merupakan kunci untuk meningkatkan tahap pendidikan di negara ini, inisiatif NKRA tersebut telah menganugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 32 sekolah rendah dan menengah pada tahun lalu berbanding 20 sekolah pada tahun 2010.
Menerusi program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP), laporan tahunan itu mencatatkan peratusan sekolah-sekolah yang berada dalam Band (pencapaian) rendah iaitu Band 6 dan Band 7 berjaya diturunkan sebanyak 40.25 peratus iaitu sebanyak 380 sekolah daripada 636 sekolah pada 2010.
Program SIP yang juga merupakan sistem pengumpulan data berpusat itu turut membolehkan peningkatan sebanyak 2.86 peratus jumlah sekolah ke dalam Band 1 dan Band 2 iaitu 2,157 sekolah berbanding 1,770 sekolah dua tahun lalu.
Sementara itu, menerusi inisiatif skim tawaran baru, sebanyak 5.23 peratus guru besar sekolah rendah atau 403 orang dan empat peratus pengetua sekolah menengah atau 92 orang telah dianugerahkan tawaran tersebut di atas kejayaan meningkatkan pencapaian sekolah merangkumi segenap aspek.
Inisiatif lain yang turut diperkenalkan adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) iaitu sistem maklumat laman web peringkat kebangsaan untuk semua sekolah awam di negara ini.

No comments:

Post a Comment