Assalamuailaikum
dan salam sejahtera
Sahabat-sahabat
mahasiswa UUM sekalian,
Saya
juga seperti kalian, mengambil berat apa yang berlaku pada hari semalam.
Jujur
saya katakan, mereka keterlaluan, keterlaluan dalam erti kata menggelar Polis
sebagai Anjing, melakukan provokasi dan sebagainya. Saya anak Polis, apa salah
Polis sehinggakan sahabat saya menggelarkan POLIS itu zalim, anjing!! Setiap
yang polis lakukan itu kerana tugas mereka! Tugas menjaga keamanan. Hinakah
pekerjaan ayah saya sebagai seorang POLIS??
Sedangkan
sahabat-sahabat UUM ada yang menuduh polis zalim, kejam, berhati anjing dan
sebagainya, pernahkah sahabat fikir yang dipanggil anjing itu adalah ayah
saudara? Pernah?? Saya mohon maaf, saya percaya mahasiswa UUM tiada yang
terlibat.
Cuma
inilah luahan saya selepas membaca berita di Harakah Daily, dan sebagainya. Adakah
apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru sebagai mengikut arahan? Adakah arahan itu
termasuk menggelar polis anjing, merosakkan harta benda semua? Saya percaya
tidak. Namun apabila disebut demostrasi perkara ini tak kan terlepas.
Mohon
sahabat-sahabat sedar perjuangan seorang anggota polis. Andai sahabat terus
menggelarkan mereka anjing, saya tiada pilihan untuk bangga diri saya sebagai
anak anjing. Kerana Anjing yang dipanggil oleh pihak tertentu itu lah orang
yang sentiasa sebelum tidurnya memikirkan mengenai ketenteraman awam.
Maafkan
saya andai surat ini mengecilkan hati sahabat sekalian.
Terima
Kasih kerana menyiarkan surat saya.
p/s: Harakah Daily yang disebutkan itu kemungkinan besar post yang ini.http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9943-bersih-30-pas-ucap-tahniah-ikut-arahan-pemimpin
tak ada akal fikiran kalau kita pelajar terpimpin jangan buat macam ni,iktibar bagi diri saya
ReplyDeleteKita dah tengok kan Berita Harian,TV3,TV 1 dan apa media perdana melaporkan..Yang ni ada tak? So Lu Pikir La Sendiri...
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=ieA6tOXt0WM&feature=share
Kita dah tengok kan Berita Harian,TV3,TV 1 dan apa media perdana melaporkan..Yang ni ada tak? So Lu Pikir La Sendiri...
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=ieA6tOXt0WM&feature=share