WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Wednesday, September 26, 2012

PERUBAHAN mulakan momentum kemenangan

Pengumuman kemenangan PERUBAHAN sekitar jam 2.30 petang semalam dikatakan memulakan momentum tsunami aspirasi mahasiswa. Suasana gamat menemani pengumuman kemenangan calon yang beraliran aspirasi mahasiswa. Berita kemenangan UUM disambut dengan ucapan syukur serta tahniah daripada rakan mahasiswa di UPSI, UM, dan USM.

Namun dua dari calon yang bertanding gugur sebagai perwira aspirasi mahasiswa. Mereka ialah Akmal bin yahya calon Pusat Pengajian Antarabangsa dan paling mengecewakan Mohd Sharwan Abu Bakar tersingkir. Nyanyian demokrasi terpaksa disahut.

namun yang menjadi terkilan calon yang menang itu sendiri tidak ada di dewan semasa pengumuman dilakikan. mungkin beliau ada kelas dan sebagainya. Namun bersediakah calon ini melaksanakan tugas sebagai MPP UUM.

Andai mahasiswa pembangkang boleh mempersoalkan kekalahan 'idola' beliau, Admin juga boleh mempersoalkan perkara yang sama. Yang bezanya Admin menghormati undang- undang demokrasi yang menafikan wira PERUBAHAN iaitu Akmal dan Sharwan.

Nasihat admin lah kan jangankah hanya asyik menyalahkan sistem dengan menyatakan tidak adil itu dan ini. Kami pun kehilangan insan yang SUDAH PASTI menyumbang kepada isu kebajikan mahasiswa. Lihat diri sendiri terlebih dahulu. Jangan menjadikan model reverse psikologi sebagai senjata di hari akhir untuk meraih undi.

TAHNIAH kepada saudari Iqtiyani yang mendapat undian tertinggi bagi kerusi umum. Ini menandakan mahasiswa UUM bersedia menerima perubahan yang ingin dibawakan oleh mantan MPP ini. Namun secara terbuka Admin boleh menyatakan calon umum nombor 5 iaitu mantan TYDP MPP UUM menerima isyarat kurang sokongan sebab hanya mendapat tempat ke empat dari keseluruhan. Ini menunjukkan arahan Presiden tertentu yang dikatakan mengeluarkan arahan jangan mengundi mantan MPP UUM berjaya.

DEMOKRASI kampus ini juga menandakan bahawa barisan PRESIDEN DPP sendiri boleh memilih dan memihak kepada calon yang direstui. Termasuklah perlian seorang PRESIDEN yang memerli calon- calon ini.

Tahniah atas demokrasi yang dilaksana dan dijayakan. Walau apa pun Admin menghormati undian yang diberikan kepada calon umum satu hingga lapan. Admin mengharapkan MPP yang menang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakan mahasiswa. Kepada MOHD SHARWAN yang mendapat undi 9000 lebih undi, anda tetap pejuang mahasiswa yang sejati serta Akmal yang kalah tipis di kerusi Pusat Pengajian Antarabangsa. UUM sudah mengikhtiraf anda sebagai pejuang mahasiswa yang idealis serta rasional. Sekitar video kemenangan http://unitmediakedah.blogspot.com/2012/09/video-eksklusif-keputusan-8-kerusi-umum.html.

PERUBAHAN we believe in

PATRIOTIK ||| AGAMA ||| ILMU ||| KEBAJIKAN

No comments:

Post a Comment