WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Monday, September 10, 2012

Tamat Sudah


Alhamdulilah, sekalung tahniah kepada AJKS induk dan AJKS Dewan Penginapan Pelajar atas komitmen menjayakan Minggu Suai Kenal sesi akademik ini.

Sepanjang 3- 8 Sepetember pelbagai aktiviti telah dianjur dan direncana untuk adik-adik baru Universiti Utara Malaysia. Bermula dengan pendaftaran dan pendaftaran akademik semuanya telah selamat diadakan.

Masalah? Sepeorti biasa, dimana-mana aktiviti akan ada masalah. Begitu jugalah dengan program Orientasi pada kali ini. Bermula dengan rekaan Banner yang kurang identity UUM pada makanan basi sehingga menyebabkan keracunan makanan. Namun itu semua berjaya diambil perhatian oleh pihak berkenaan.

Mungkin yang paling bersejarah pada mahasiswa baru ialah pada majlis bacaan ikrar yang penuh dengan adat istiadat. Bacaan ikrar kali ini melibatkan semua pengetua-pengetua Dewan Penginapan pelajar, dekan-dekan, dan Jawatankuasa Pengurusan Universiti.


gambar UKK UUM

Ucapan wakil Majlis Perwakilan Pelajar UUM telah disampaikan oleh Pemangku YDP MPP UUM saudara Ku Amirul Faiz Ku Seman yang dalam ucapannya terang-terangan mem’balun’ puak tertentu atas melacurkan nama ‘mahasiswa’ dengan pelbagai tindakan yang tidak intelektual termasuklah isu jalur gemilang.

Disini Admin Perubahan menyajikan gambar-gambar sekitar Minggu Suai Kenal. Terima kasih pada Team Media Perubahan yang berada dilapangan.








No comments:

Post a Comment