WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Thursday, September 20, 2012

Semboyan PRK UUM

Hari ini bakal menyaksikan satu lagi sejarah kampus akan tercipta. Sebanyak 36 kerusi akan dipertandingkan pada PRK kali ini. Lapan kerusi umum dan 28 kerusi pusat pengajian akan dipertandingkan.

Cumanya yang masih menjadi tanda tanya siapakah yang akan bertanding didalam PRK? Yang penting UUM harus mengekalkan keselamatan dan keharmonian kampusnya dari agenda luar.

Admin PERUBAHAN sempat menemu bual jurucakap PERUBAHAN iaitu Ku Amirul Faiz Ku Seman mantan TYDP MPP UUM mengenai PRK pada kali ini. Namun beliau masih enggan mengulas lanjut dan hanya meminta bersabar untuk melihat siapa yang akan bertanding.

Cuma yang mampu saudara Ku Amirul Faiz katakan calon yang akan bergabung dibawah sayap PERUBAHAN adalah yang terbaik dan mampu meneruskan perjuangan aspirasi mahasiswa UUM.

Jom admin mengajak rakan mahasiswa untuk turun bersama kami memberi sokongan kepada rakan mahasiswa yang akan bertanding. sokonglah rakan-rakan mahasiswa PERUBAHAN yang memperjuangkan aspirasi mahasiswa.

PATRIOTIK|| AGAMA|| ILMU || KEBAJIKAN

No comments:

Post a Comment