WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Friday, September 14, 2012

PRK datang lagi

Salam Perubahan,semalam Admin pun mendapat email dari 'email student' mengenai tarikh-tarikh penting pilihanraya kampus UUM.

Paling penting bagi pelajar biasa seperti Admin ialah tarikh mengundi.Tarikh-tarikh lain bukanlah tidak penting tetapi penting untuk pihak yang ingin bertanding.

Melihat rakan dari kampus lain seperti Universiti Malaya, telah hangat 'berkempen' tidak rasmi. Lihat sahaja portal ProM UM yang sedang asyik menyrbarkan fahaman haru biru mereka kedalam kampus.

Disebabkan kami Perubahan mendikung aspirasi mahasiswa dan bukan aspirasi pembangkang kami bersetuju dan melahirkan sokongan terhadap PENGGERAK MAHASISWA.

Kembali kepada cerita di UUM, tarikh mengundi ialah 25 SEPTEMBER 2011. Manakala tarikh penamaan calon ialah pada 20 September 2012. Mungkin tarikhnya singkat tetapi tidak perlu risau kerana kempen TM dah bermula lama dah. Termasuklah Ada MPP mereka yang dari semester lepas asyik kata ' saya .... MPP UUM MPP TM'.

Inilah rupanya kualiti kempen pihak-pihak di UUM. Itu tidak termasuk cyber attack yang dibuat keatas YDP Amer Izzuddin dan MPP Perubahan yang lain. wujudkah padang yang sama rata untuk bermain permainan. Tempoh setahun setengah atau tiga semester terlihat ada MPP TM yang 'syahid' tugas. Tetapi MPP TM Exco KErohanian Farah Husna boleh dikatakan penyelamat terhadap nama TM kerana konsisten berjuang demi kebajikan. Yang baik admin boleh pujilah.

Yang lain itu biarlah mahasiswa menilai. Admin percaya lepas ini akan ada 'cerita' yang akan tersiar. Cuma yang ingin Admin katakan disini, TM silalah pertaruhkan calon yang boleh berkhidmat dengan cemerlang demi MAHASISWA. Usah jadi tin kosong yang sembang hingga ke bulan dan bintang sedangkan gigi langit tak mampu dicapai.

Walaupun pernah ada 'figure' yang melancarkan slogan TOLAK PERUBAHAN tetapi sehingga kini admin boleh katakan TM juga mahasiswa maka PERUBAHAN akan bersahabat dengan TM.



No comments:

Post a Comment