PERUBAHAN
wujud pada tahun 1990-an dimana pada masa itu perlu difikirkan ada kumpulan yang
memperjuangkan aspirasi mahasiswa. Mungkin perkataan ASPIRASI alah kepada pihak
tertentu namun, faktanya aspirasi boleh dibawa maksud keinginan yang kuat. Ketahui sejarah pergerakkan PERUBAHAN.
Inilah
perjuangan seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar iaitu membawa suara
mahasiswa. Seorang MPP seharusnya memperjuangkan idealisme dan apa yang
mahasiswa PERLUKAN dan bukan MAHUKAN. Wujud perbezaan antara kedua-dua maksud
itu. Admin percaya selaku mahasiswa kita mengerti kedua maksud itu.
Mahasiswa
perlu terus memberi mandat pemerintahan MPP kepada mahasiswa PERUBAHAN. Iaitu kumpulan
mahasiswa yang bersama-sama menjulang dan mendukung aspirasi mahasiswa. Mahasiswa
PERUBAHAN bukanlah mahasiswa yang mahukan perpecahan, pergaduhan, peretakan,
kebiadapan, malah kebodohan tetapi apa yang diperjuangkan adalah keadaan
harmoni dan aman dalam kampus supaya mahasiswa berjaya menuntut ilmu dalam
keadaan yang kondusif. Lihat gambar dibawah:
Demo PTPTN
Demo PTPTN
MENOLAK KEBIADAPAN
Pecah klinik- demo UPSI
Panjat Pagar UPSI
Mahasiswa
PERUBAHAN sebenar alergi pada rusuhan, pecah pintu (Pro M UPM) drama
penculikan (UM), pergaduhan dan sebagainya. Tetapi kami hanya mahukan kampus ini
BEBAS dari idealisme pihak luar. KAMPUS adalah bebas dan pelu sentiasa bebas.
Banyak
yang diperjuangkan oleh MPP PERUBAHAN yang kurang bercakap tetapi kerja
dilakukan, banyak juga yang diperjuangkan oleh Presiden DPP PERUBAHAN
berbanding Presiden yang konon-kononnya bebas. Mahasiswa harus berani bersuara
dan bebas, harus berani berhadapan dengan risiko. Inilah dia yang dimaksudkan
dengan mahasiswa PERUBAHAN. Provokasi murahan bukan mainan kami.
Empat
teras utama perjuangan PERUBAHAN iaitu Patriotik, agama, ilmu dan berkebajikan.
Pemimpin PERUBAHAN tidak akan mencemarkan maruah university dan negaranya,
tidak akan berdemostrasi melaungkan ‘anti UMNO’, ‘anti Najib’ dan sebagainya. Perjuangan
PERUBAHAN mendidik juga untuk kumpulan mahasiswa untuk menjadi seorang yang
beragama, berilmu dan berkebajikan. Perjuangan PERUBAHAN adalah selari dengan
perjuangan ASPIRASI MAHASISWA.
Mari
bersama kami, PERUBAHAN UUM!
Undilah calon PERUBAHAN,
Bersama kita menjadi Wadah Penggerak Mahasiswa!!!
PERUBAHAN!!!
PERUBAHAN!!!
PERUBAHAN!!!
PATRIOTIK
|| AGAMA||ILMU||KEBAJIKAN
No comments:
Post a Comment