Malam ini (jika permit diluluskan) akan berlangsung rapat umum memperkenalkan calon yang akan bertanding pada PRK UUM. Uniknya calon-calon ini dapat bantuan serta dari 22 calon yang Menang Tanpa Bertanding!
Seperti yang PERUBAHAN jangkakan ada sahaja unsur sabotaj dan provokasi murahan. Termasuklah kawan- kawan yang tak faham undang- undang PRK. Itulah sembang punya kencang tapi tak memahami tak guna juga saudara.
Sehinggakan isu calon yang kononnya bebas dikatakan tidak boleh bertanding pun dikatakan konspirasi! Amboi fahamkan dahulu undang-undang saudara mudah. Yang menolak bukannya pelajar tetapi jawatankuasa.
Malu sungguh dengan tindakan para mahasiswa yang 'tak terlalu mahasiswa'. Tidak apalah dah tahap permikiran mahasiswa pro pembangkang macam tu susah untuk mengubahnya.
PERUBAHAN bukanlah nak kempen untuk sesiapa tetapi adalah beberapa calon yang PERUBAHAN rasa boleh berkhidmat untuk pelajar. Boleh lihat gambar yang PERUBAHAN ambil semasa proses rapat umum sebelum ini.
PATRIOTIK ||| AGAMA ||| ILMU ||| KEBAJIKAN
No comments:
Post a Comment