WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Saturday, March 31, 2012

MELATAH ??

PERUBAHAN terkejut, (agak tipu) ketawa, (agak betul) apabila terbaca satu post di satu page kelolaan PRO MAHASISWA UUM. Post yang melatah kerana MPP UUM menggunakan ‘tag line’ ‘Salam Idealis Siswa’.. katanya PERUBAHAN DAH PENING, pening sebab dahulu PERUBAHAN adalah PERUBAHAN, bukan ASPIRASI. 
TIDAK BOLEH menerima sesuatu yang baik untuk mahasiswa!!

KINI PERUBAHAN pun pening juga.. sebab hingga tiba detik dan ketika ini, PERUBAHAN masih lagi PERUBAHAN. Idealis itu ya buat HAFIZI HILMI, bermaksud idea, pemikiran yang berorientasikan pelajar. Pasaknya adalah pelajar. Maka HAFIZI tidak perlu nak melatah sambut berselawat dan berterima kasih MPP UUM mebawa pemikiran pelajar. Tetapi tiada pula HAFIZI HILMI berjumpa dengan MPP UUM untuk bertanya selain ‘menyalak’ di page PRO MAHASISWA UUM.

PERUBAHAN adalah Perubahan. Namun kepada HAFIZI HILMI, label adalah label. Biarlah apa pun yang melabel PERUBAHAN, PERUBAHAN adalah PERUBAHAN. Tidak perlu pening-pening. Anda sepatutnya turun ke program AMAN KAMPUS menyelami sendiri apa yang MAHASISWA RASIONAL buat kerja untuk mahasiswa. TIDAK USAH MELATAH DI SEBALIK “FAKE AKAUN!” 

siapa HAFIZI HILMI?
siapakah?
siapa tu?
siapa?

kalau last 'update' pun 15 Januari, sama-samalah fikir !!!
Andai anda bukan TM UUM, bukan pro Pembangkang, tetapi penyokong mahasiswa, anda sepatutnya menyokong apa sahaja yang baik untuk mahasiswa. Bukan seperti gaya parti politik yang akan memulaukan program anjuran pihak lawan. Mahasiswa bukan KELDAI!

Mohon saudara untuk kembali ke pangkal jalan. Rasional dan terus rasional. Amin. Perubahan memaafkan anda.


Friday, March 30, 2012

Kecoh melanda Dataran Perdana!!


Tepat 8.30 pagi 30 Mac 2012,  perkarangan Dataran Perdana diserang. Diserang dengan hampir 250 aktivis mahasiswa! Apakah? Apakah? Apakah?
 'jemputan untuk diserang!!'
tuu dia!!

Oh.. rupa-rupanya diganggu angkara AMAN KAMPUS!! Mengganggu orang betul! Tapi tapi tapi ada baiknya diganggu. Semua orang menikmati gangguan. Pelbagai aktiviti dijalankan, bermula dengan perasmian oleh En Mazli Mustazam, perkarangan Dataran Perdana berjaya dihidupkan. Wakil mahasiswa yang datang daripada pelbagai IPT semata-mata untuk berkongsi ASPIRASI MAHASISWA dan pasti bukan ASPIRASI PEMBANGKANG!! 

Antara lain, fenomena AMAN KAMPUS hadir bersama program yang bernas seperti Info Siswa, Damping Kampus, Siswa Cergas, Siswa Taqwa, Pentas Anak Muda, Siswa Prihatin dan Siswa Budaya. Ke semua elemen ini adalah semata-mata untuk mempromosi keamanan serta keharmonian kampus. Alhamdulilah, program ini berjaya dijalankan dengan sokongan kuat serta rasional daripada MPP UUM serta secretariat MPP UUM. INILAH pemimpin mahasiswa yang sejati.

Mengulas lanjut ucapan saudara Mohammed Syafiq Mohd Shokri (Setiausaha Agung MPP UUM) mewakili YDP MPP UUM saudara Amer mengucapakn ribuan terima kasih kepada mahasiswa UUM, peserta Konvoi AMAN KAMPUS dan Pengerusi Gelajah Aman Kampus Saudara Shahar atas kesudian membuat KECOH pagi 30 MAC 2012!!
 Saudara Syafiq, En Mazli dan En Shahar

Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat, telah dinobatkan DPP yang terbaik dan paling ramai. TAHNIAH!! Pendek kata program AMAN KAMPUS bukanlah semata-mata program berbentuk manisan atau gula-gula diatas kertas namun ia satu perjuangan. Salah seorang peserta Marlina bt sohaimi, Siswi DPP SME BANK, berkata program seperti ini penting untuk membawa satu platform menyatu padukan mahasiswa. ‘ Kita berpeluang berkumpul bersama mahasiswa berlainan DPP, Universiti waima Majlis Perwakilan Pelajar dan ini mampu mengukuhkan persaudaraan antara kita’

 Senam la yea- Siswa Cergas..
 
Ke mana pula selepas ini ye?? Nampaknya mereka akan menyerang UNIMAP!!! 

Terima Kasih AMAN KAMPUS.

Terima Kasih ‘membuang masa’ mengukuhkan ukhwah antara kami.

AMAN, AMAN, Kita AMAN