WADAH PENGGERAK MAHASISWA

WADAH PENGGERAK MAHASISWA

Thursday, November 15, 2012

Kehinaan ISRAEL, YAhudi yang dilaknat



Admin mulakan entrie dengan ucapan salam maal hijrah. Semoga tahun 1434 akan memberikan kita kebaikan yang lebih baik.

Admin terkilan dengan negara YAHUDI yang makin berani dan kurang ajar mencabul kedaulatan negara PALESTIN. Serangan yang dilancarkan pada pagi tadi benar-benar mencabar kesabaran umat ISLAM diseluruh dunia.

Dimanakah hati dan nurani YAHUDI yang dengan mudah membunuh rakyat di tanah GAZA! Dimanakah POLIS dunia? Adakah anda sedang tidur apabila melihat GAZA bergolak kembali?

Serangan awal pagi tadi menyebabkan kehilangan nyawa para pejaung HAMAS dan rakyat awam. PERUBAHAN mendesak supaya PBB mengambil tindakan jenayah kemanusiaan terhadap YAHUDI yang tak habis-habis menyerang dan membunuh rakyat PALESTIN.

TANPA MENGIRA pegangan agama dan bangsa, kepimpinan PERUBAHAN UUM menyeru supaya umat ISLAM, berdoa semoga keselamatan PALESTIN dijamin. DOAkan agar pergolakan ini ditamatkan. Admin percaya bukan Admin sahaja yang sedih tetapi DUNIA juga berduka cita.

‘YA ALLAH selamatkanlah saudara kami di Palestin. Lindungilah saudara kami di PALESTIN’
kezaliman YAHUDI!!

yang sempat Admin petik dari MPP UUM

GAZA, kami bersamamu!

Monday, November 5, 2012

Suara Anak Muda

Akhbar Mingguan Malaysia semalam menyiarkan wawancara bersama YDP MPP iaitu Ku Amirul Faiz. Admin memetik wawancara yang disiarkan di blog rasmi MPP UUM.

rakan mahasiswa boleh merujuk kepada blog rasmi MPP UUM http://uummpp.blogspot.com/2012/11/wawancara-ydp-uum-oleh-wartawan.html.

Samaada setuju atau tidak pihak Admin memulangkan kepada rakan mahasiswa untuk menilai.Yang penting dan sangat berharga ialah pandangan anak muda diterima dan diangkat ke peringkat yang tertinggi oleh kerajaan DS Najib Tun Razak.

Kita menyahut seruan transformasi pihak kerjaan yang sebenarnya membuka peluang dan tuang pada anak muda.

Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha

Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar Wallillahilham..

Bersyukur kehadrat Iilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama meraikan Aidil Adha dalam keadaan yang aman dan damai. Admin terfikir bagaimanalah agaknya nasib saudara seIslam kita di negara lain?

Maka bersyukurlah kita dengan nikmat keamanan yang kita kecapi kerana ia adalah anugerah Allah yang tak terhingga harganya. Admin nak ambil kesempatan untuk mengucapkan slam Aidil Adha kepada penggerak-penggerak PERUBAHAN UUM, rakan Transformasi Mahasiswa, pengawai-pengawai Universiti, dan NC yang kita hormati Prof Dato'Dr Mustafa Ishak.

Salam AidilAdha juga pada JKPS DPP terutama DPP EON yang menjaga kebajikan Admin dan juga akhir sekali kepada MPP UUM. Disini link ucapan raya oleh YDP MPP UUM. http://uummpp.blogspot.com/2012/10/ucapa-raya-aidil-adha-1433-hijrah-dari.html

Thursday, October 25, 2012

Friday, October 19, 2012

TAKZIAH MPP UUM !!!


Itulah ucapan terbaik sebagai balasan terhadap gerak kerja MPP UUM 2012/2013!! Belum sempat nak lepas tempoh pantang, serangan-serangan fitnah dilakukan oleh ‘fake-fake account’ pembangkang yang sentiasa emosional. Isu sticker yang sebelum ini diperjuangankan oleh MPP UUM pada pentadbiran sebelum-sebelum ini dijadikan senjata fitnah oleh fake-fake account untuk menjatuhkan kredibiliti MPP UUM.
Label MPP UUM ikut telunjuk hep !!

fake account yang berselindung, usaha tydp mpp UUM tu apanya?

MPP UUM ikut telunjuk HEP? Apa ke Bijaknya Fake account ni? BUKTIKAN MPP UUM IKUT TELUNJUK !!

Tanpa mereka sedar, Admin sendiri menumpang nikmat atas beberapa kejayaan MPP UUM. Namun menjadi sesuatu yang terkilan sebenarnya. Terkilan sebab mahasiswa seharusnya berani bersuara ditempat yang betul. TEMPAT yang betul tu adukan pada FB MPP UUM. Ke ADUKA (si'faker')  dan proaksinya COKELAT dah adukan pada FB MPP UUM? Jangan takut kami Printscreen, Takut ALLAH printscreen sedare!! 

Salam Takziah kepada MPP UUM. Tahniah juga kerana terus menjadi label sebagai pengikut telunjuk university dan sebagainya. Mohon Faker-Faker untuk bertaubat. Nasihat Admin pada mahasiswa UUM, silalah salurkan maklumat anda pada saluran yang betul. Gunakan medium yang ada dengan baiknya. UUM KINI bukan medium yang rasmi. Tahniah UUM KINI mengekalkan kegemilangan ini!!! 

Page Facebook MPP UUM

Blog MPP UUM





PATRIOTIK ||| AGAMA ||| ILMU ||| KEBAJIKAN



Sunday, October 14, 2012

PERUBAHAN menyokong kepimpinan YDP UM



Baru-baru ini, admin terbaca satu post entrie di Brader jai mengenai pergolakan yang berlaku kepada pemilihan Majlis Tertinggi MPM UM. Sungguh mengecewakan bagi pihak yang tidak tahu akan erti demokrasi.

Iya! Semestinya PERUBAHAN berada di pihak yang benar iaitu MPM UM yang dibentuk hasil musyawarah dan demokrasi. Nasihat PERUBAHAN, silalah PRO M silalh hormati suara mahasiswa. Mahasiswa akhirnya akan jelik dengan permainan kotor PRO M.

OPSSS ini bukan page Penggerak Mahasiswa (GERAK) tetapi Admin menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh perwakilan pelajar. Bersetuju juga dengan Brader Jai, dalam AUKU manalah sebut YDP mesti dari kerusi umum. Jadi silalah hormati.

Begitu juga dengan proksi PRO M di UUM, nasihatlah rakan anda di UM hormati demokrasi. Kami PERUBAHAN menyokong demokrasi #Aspirasi Mahasiswa. Selamat Beramal

PATRIOTIK ||| AGAMA ||| ILMU||| KRBAJIKAN|||

Wednesday, October 3, 2012

Pesta Konvokesyen 25 UUM


Malam ini bertempat di Pusat Sukan UUM akan berlangsung uapacar pembukaan Pesta Konvo ke 25. Malam ini turut dihadiri oleh Lembaga Pengurusan Universiti bakal menyaksikan satu persembahan yang luar biasa.

Bertemakan Graduan Berinovatif memupuk semangat inovasi dalam kalangan mahasiswa serta para graduan. Tradisinya Pesta Konvo diadakan bagi menyambut dan berkongsi kegembiraan graduan yang akan bergraduat.

Pelbagai aktiviti dianjur dari kalangan mahasiswa serta pihak universiti untuk memeriahkan lagi pesta konvo pada kali ini. Dengar cerita penaja terbesar kali ini adalah pihak Celcom. Tahniah serta terima kasih diucapkan.

Pihak Media Perubahan sempat menemubual saudara Azri yang merupakan Pengarah untuk Pesta Konvo ke 25 yang jelas menyatakan berdebar dengan majlis perasmian serta penganjuran pesta konvo pada kali ini.

Semoga Berjaya rakan secretariat, jom Mahasiswa UUM mai ramai-ramai kita gegaq pusat sukan malam ini.


Tuesday, October 2, 2012

Pesta Konvo 2012

Bertemakan Graduan Berinovatif,pesta konvo kali ini menyaksikan perubahan dari segi konsep dan pengisian. Jemput rakan mahasiswa bagi memeriahkan pesta konvo.

Pada mahasiswa UUM jemput hadir ke majlis pembukaan 3 Oktober di Pusat Sukan. Jom meriahkan dan menyambut kejayaan senior- senior kita.

Wednesday, September 26, 2012

PERUBAHAN mulakan momentum kemenangan

Pengumuman kemenangan PERUBAHAN sekitar jam 2.30 petang semalam dikatakan memulakan momentum tsunami aspirasi mahasiswa. Suasana gamat menemani pengumuman kemenangan calon yang beraliran aspirasi mahasiswa. Berita kemenangan UUM disambut dengan ucapan syukur serta tahniah daripada rakan mahasiswa di UPSI, UM, dan USM.

Namun dua dari calon yang bertanding gugur sebagai perwira aspirasi mahasiswa. Mereka ialah Akmal bin yahya calon Pusat Pengajian Antarabangsa dan paling mengecewakan Mohd Sharwan Abu Bakar tersingkir. Nyanyian demokrasi terpaksa disahut.

namun yang menjadi terkilan calon yang menang itu sendiri tidak ada di dewan semasa pengumuman dilakikan. mungkin beliau ada kelas dan sebagainya. Namun bersediakah calon ini melaksanakan tugas sebagai MPP UUM.

Andai mahasiswa pembangkang boleh mempersoalkan kekalahan 'idola' beliau, Admin juga boleh mempersoalkan perkara yang sama. Yang bezanya Admin menghormati undang- undang demokrasi yang menafikan wira PERUBAHAN iaitu Akmal dan Sharwan.

Nasihat admin lah kan jangankah hanya asyik menyalahkan sistem dengan menyatakan tidak adil itu dan ini. Kami pun kehilangan insan yang SUDAH PASTI menyumbang kepada isu kebajikan mahasiswa. Lihat diri sendiri terlebih dahulu. Jangan menjadikan model reverse psikologi sebagai senjata di hari akhir untuk meraih undi.

TAHNIAH kepada saudari Iqtiyani yang mendapat undian tertinggi bagi kerusi umum. Ini menandakan mahasiswa UUM bersedia menerima perubahan yang ingin dibawakan oleh mantan MPP ini. Namun secara terbuka Admin boleh menyatakan calon umum nombor 5 iaitu mantan TYDP MPP UUM menerima isyarat kurang sokongan sebab hanya mendapat tempat ke empat dari keseluruhan. Ini menunjukkan arahan Presiden tertentu yang dikatakan mengeluarkan arahan jangan mengundi mantan MPP UUM berjaya.

DEMOKRASI kampus ini juga menandakan bahawa barisan PRESIDEN DPP sendiri boleh memilih dan memihak kepada calon yang direstui. Termasuklah perlian seorang PRESIDEN yang memerli calon- calon ini.

Tahniah atas demokrasi yang dilaksana dan dijayakan. Walau apa pun Admin menghormati undian yang diberikan kepada calon umum satu hingga lapan. Admin mengharapkan MPP yang menang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakan mahasiswa. Kepada MOHD SHARWAN yang mendapat undi 9000 lebih undi, anda tetap pejuang mahasiswa yang sejati serta Akmal yang kalah tipis di kerusi Pusat Pengajian Antarabangsa. UUM sudah mengikhtiraf anda sebagai pejuang mahasiswa yang idealis serta rasional. Sekitar video kemenangan http://unitmediakedah.blogspot.com/2012/09/video-eksklusif-keputusan-8-kerusi-umum.html.

PERUBAHAN we believe in

PATRIOTIK ||| AGAMA ||| ILMU ||| KEBAJIKAN

Monday, September 24, 2012

Rapat UMUM terakhir

Malam ini (jika permit diluluskan) akan berlangsung rapat umum memperkenalkan calon yang akan bertanding pada PRK UUM. Uniknya calon-calon ini dapat bantuan serta dari 22 calon yang Menang Tanpa Bertanding!

Seperti yang PERUBAHAN jangkakan ada sahaja unsur sabotaj dan provokasi murahan. Termasuklah kawan- kawan yang tak faham undang- undang PRK. Itulah sembang punya kencang tapi tak memahami tak guna juga saudara.

Sehinggakan isu calon yang kononnya bebas dikatakan tidak boleh bertanding pun dikatakan konspirasi! Amboi fahamkan dahulu undang-undang saudara mudah. Yang menolak bukannya pelajar tetapi jawatankuasa.

Malu sungguh dengan tindakan para mahasiswa yang 'tak terlalu mahasiswa'. Tidak apalah dah tahap permikiran mahasiswa pro pembangkang macam tu susah untuk mengubahnya.

PERUBAHAN bukanlah nak kempen untuk sesiapa tetapi adalah beberapa calon yang PERUBAHAN rasa boleh berkhidmat untuk pelajar. Boleh lihat gambar yang PERUBAHAN ambil semasa proses rapat umum sebelum ini.

PATRIOTIK ||| AGAMA ||| ILMU ||| KEBAJIKAN

Thursday, September 20, 2012

Penamaan calon PRK UUM

Sekitar gambar penamaan calon PRK yang berlangsung di PKP. Alhamdullilah antara pemimpin mahasiswa yang hadir bersama ialah YDP GPMS UUM, saudara Amin, Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-undang,saudara Faizal, Presiden DPP Tradewinds,Presiden DPP BSN,Presiden DPP Proton.

Sebanyak 11 kerusi Pusat Pengajian telah menang tanpa bertanding, tiga pusat pengajian menyaksikan perlawanan iaitu Pusat Pengajian Antarabangsa, Pusat Pengajian Kerajaan dan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan.

Kerusi umum ada PRK kali ini menyaksikan perebutan apabila 14 individu mencalonkan dirinya tetapi hanya 12 yang akan bertanding di kerusi umum. Jom mahasiswa kita pilih MPP yang berfikiran aspirasi mahasiswa dan bukan aspirasi PEMBANGKANG.

Survival mahasiswa UUM bergantung kepada undi 25 September.
JOM JOM JOM JOM
PERUBAHAN!!!
- WE BELIEVE IN-

PATRIOTIK || AGAMA || ILMU || KEBAJIKAN

Lansung dari UUM

sebanyak 24 orang telah mendaftar sebagai calon termasuk puak pembangkang.

Semboyan PRK UUM

Hari ini bakal menyaksikan satu lagi sejarah kampus akan tercipta. Sebanyak 36 kerusi akan dipertandingkan pada PRK kali ini. Lapan kerusi umum dan 28 kerusi pusat pengajian akan dipertandingkan.

Cumanya yang masih menjadi tanda tanya siapakah yang akan bertanding didalam PRK? Yang penting UUM harus mengekalkan keselamatan dan keharmonian kampusnya dari agenda luar.

Admin PERUBAHAN sempat menemu bual jurucakap PERUBAHAN iaitu Ku Amirul Faiz Ku Seman mantan TYDP MPP UUM mengenai PRK pada kali ini. Namun beliau masih enggan mengulas lanjut dan hanya meminta bersabar untuk melihat siapa yang akan bertanding.

Cuma yang mampu saudara Ku Amirul Faiz katakan calon yang akan bergabung dibawah sayap PERUBAHAN adalah yang terbaik dan mampu meneruskan perjuangan aspirasi mahasiswa UUM.

Jom admin mengajak rakan mahasiswa untuk turun bersama kami memberi sokongan kepada rakan mahasiswa yang akan bertanding. sokonglah rakan-rakan mahasiswa PERUBAHAN yang memperjuangkan aspirasi mahasiswa.

PATRIOTIK|| AGAMA|| ILMU || KEBAJIKAN

Tuesday, September 18, 2012

Perjuangan Aspirasi Mahasiswa



PERUBAHAN wujud pada tahun 1990-an dimana pada masa itu perlu difikirkan ada kumpulan yang memperjuangkan aspirasi mahasiswa. Mungkin perkataan ASPIRASI alah kepada pihak tertentu namun, faktanya aspirasi boleh dibawa maksud keinginan yang kuat. Ketahui sejarah pergerakkan PERUBAHAN.

Inilah perjuangan seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar iaitu membawa suara mahasiswa. Seorang MPP seharusnya memperjuangkan idealisme dan apa yang mahasiswa PERLUKAN dan bukan MAHUKAN. Wujud perbezaan antara kedua-dua maksud itu. Admin percaya selaku mahasiswa kita mengerti kedua maksud itu.

Mahasiswa perlu terus memberi mandat pemerintahan MPP kepada mahasiswa PERUBAHAN. Iaitu kumpulan mahasiswa yang bersama-sama menjulang dan mendukung aspirasi mahasiswa. Mahasiswa PERUBAHAN bukanlah mahasiswa yang mahukan perpecahan, pergaduhan, peretakan, kebiadapan, malah kebodohan tetapi apa yang diperjuangkan adalah keadaan harmoni dan aman dalam kampus supaya mahasiswa berjaya menuntut ilmu dalam keadaan yang kondusif. Lihat gambar dibawah:
 Demo PTPTN


Demo PTPTN

MENOLAK KEBIADAPAN

Pecah klinik- demo UPSI

Panjat Pagar UPSI


Mahasiswa PERUBAHAN sebenar alergi pada rusuhan, pecah pintu (Pro M UPM) drama penculikan (UM), pergaduhan dan sebagainya. Tetapi kami hanya mahukan kampus ini BEBAS dari idealisme pihak luar. KAMPUS adalah bebas dan pelu sentiasa bebas.

Banyak yang diperjuangkan oleh MPP PERUBAHAN yang kurang bercakap tetapi kerja dilakukan, banyak juga yang diperjuangkan oleh Presiden DPP PERUBAHAN berbanding Presiden yang konon-kononnya bebas. Mahasiswa harus berani bersuara dan bebas, harus berani berhadapan dengan risiko. Inilah dia yang dimaksudkan dengan mahasiswa PERUBAHAN. Provokasi murahan bukan mainan kami.

Empat teras utama perjuangan PERUBAHAN iaitu Patriotik, agama, ilmu dan berkebajikan. Pemimpin PERUBAHAN tidak akan mencemarkan maruah university dan negaranya, tidak akan berdemostrasi melaungkan ‘anti UMNO’, ‘anti Najib’ dan sebagainya. Perjuangan PERUBAHAN mendidik juga untuk kumpulan mahasiswa untuk menjadi seorang yang beragama, berilmu dan berkebajikan. Perjuangan PERUBAHAN adalah selari dengan perjuangan ASPIRASI MAHASISWA.

Mari bersama kami, PERUBAHAN UUM!


Undilah calon PERUBAHAN,

Bersama kita menjadi Wadah Penggerak Mahasiswa!!!

PERUBAHAN!!!

PERUBAHAN!!!

PERUBAHAN!!!

PATRIOTIK || AGAMA||ILMU||KEBAJIKAN

Saturday, September 15, 2012

Kisah lama berkumandang kembali

Apabila pertama kali melihat dan dimaklumkan perhimpunan haram bersih kampus,admin berasa sangat hairan bin ajaib. Hairan adakah tiada pemilihan yang bersih dalam PRK?

Andai menyoroti sejarah beberapa kampus menyaksikan hanya PRO M dominan menifakkan mahasiswa kem aspirasi. Justeru tertanya adakah permilihan PRO M seperti kabinet Syahid dan Muzammil tidak sah disisi undang-undang?

PESIMIS itu satu perkataan yang mungkin sesuai untuk kumpulan PRO M. Semua yang dilakukan oleh pihak universiti dianggap satu konspirasi kepada mereka. Semua yang dilakukan dikatakan hanya untuk menidakkan serta menafikan suara mereka.

Sungguh menyedihkan apabila golongan mahasiswa yang dikatakan barisan hadapan negara pesimis atau bersamgka buruk terhadap pentadbiran tetapi rata-rata menyatakan 'kami sayang universiti kami'.

Ini sungguh retorik nyanyoan lama yang dilagukan kembali. Sentiasa persoalan yang bermain difikiran mahasiswa seperti admin yang sayang akan keamanan kampus mengapa nama mahasiswa dilacurkan sedemikian tua semata-mata untuk peroleh kuasa?

Nasihat admin kepada kumpulan mahasiswa fokis kepada perjuangan mahasiswa. Berhentilah bermain drama dengan menuduh universiti tidak adil. realistik itu lebih baik dari sentiasa berimaginasi. Jangan mencemarkan prestij 16 September dengan perhimpunan yang menyusahkan orang ramai.

Admin tinggalkan persoalan kepada mahasiswa khususnya di UUM, andai anda realistik dan sayangkan kampus undilah PERUBAHAN yang sudah terbukti perjuang mahasiswa yang sejati dan tidak terpengaruh dengan dakyah pihak luar.

UNITE for our UUM

Friday, September 14, 2012

PRK datang lagi

Salam Perubahan,semalam Admin pun mendapat email dari 'email student' mengenai tarikh-tarikh penting pilihanraya kampus UUM.

Paling penting bagi pelajar biasa seperti Admin ialah tarikh mengundi.Tarikh-tarikh lain bukanlah tidak penting tetapi penting untuk pihak yang ingin bertanding.

Melihat rakan dari kampus lain seperti Universiti Malaya, telah hangat 'berkempen' tidak rasmi. Lihat sahaja portal ProM UM yang sedang asyik menyrbarkan fahaman haru biru mereka kedalam kampus.

Disebabkan kami Perubahan mendikung aspirasi mahasiswa dan bukan aspirasi pembangkang kami bersetuju dan melahirkan sokongan terhadap PENGGERAK MAHASISWA.

Kembali kepada cerita di UUM, tarikh mengundi ialah 25 SEPTEMBER 2011. Manakala tarikh penamaan calon ialah pada 20 September 2012. Mungkin tarikhnya singkat tetapi tidak perlu risau kerana kempen TM dah bermula lama dah. Termasuklah Ada MPP mereka yang dari semester lepas asyik kata ' saya .... MPP UUM MPP TM'.

Inilah rupanya kualiti kempen pihak-pihak di UUM. Itu tidak termasuk cyber attack yang dibuat keatas YDP Amer Izzuddin dan MPP Perubahan yang lain. wujudkah padang yang sama rata untuk bermain permainan. Tempoh setahun setengah atau tiga semester terlihat ada MPP TM yang 'syahid' tugas. Tetapi MPP TM Exco KErohanian Farah Husna boleh dikatakan penyelamat terhadap nama TM kerana konsisten berjuang demi kebajikan. Yang baik admin boleh pujilah.

Yang lain itu biarlah mahasiswa menilai. Admin percaya lepas ini akan ada 'cerita' yang akan tersiar. Cuma yang ingin Admin katakan disini, TM silalah pertaruhkan calon yang boleh berkhidmat dengan cemerlang demi MAHASISWA. Usah jadi tin kosong yang sembang hingga ke bulan dan bintang sedangkan gigi langit tak mampu dicapai.

Walaupun pernah ada 'figure' yang melancarkan slogan TOLAK PERUBAHAN tetapi sehingga kini admin boleh katakan TM juga mahasiswa maka PERUBAHAN akan bersahabat dengan TM.



Monday, September 10, 2012

Tamat Sudah


Alhamdulilah, sekalung tahniah kepada AJKS induk dan AJKS Dewan Penginapan Pelajar atas komitmen menjayakan Minggu Suai Kenal sesi akademik ini.

Sepanjang 3- 8 Sepetember pelbagai aktiviti telah dianjur dan direncana untuk adik-adik baru Universiti Utara Malaysia. Bermula dengan pendaftaran dan pendaftaran akademik semuanya telah selamat diadakan.

Masalah? Sepeorti biasa, dimana-mana aktiviti akan ada masalah. Begitu jugalah dengan program Orientasi pada kali ini. Bermula dengan rekaan Banner yang kurang identity UUM pada makanan basi sehingga menyebabkan keracunan makanan. Namun itu semua berjaya diambil perhatian oleh pihak berkenaan.

Mungkin yang paling bersejarah pada mahasiswa baru ialah pada majlis bacaan ikrar yang penuh dengan adat istiadat. Bacaan ikrar kali ini melibatkan semua pengetua-pengetua Dewan Penginapan pelajar, dekan-dekan, dan Jawatankuasa Pengurusan Universiti.


gambar UKK UUM

Ucapan wakil Majlis Perwakilan Pelajar UUM telah disampaikan oleh Pemangku YDP MPP UUM saudara Ku Amirul Faiz Ku Seman yang dalam ucapannya terang-terangan mem’balun’ puak tertentu atas melacurkan nama ‘mahasiswa’ dengan pelbagai tindakan yang tidak intelektual termasuklah isu jalur gemilang.

Disini Admin Perubahan menyajikan gambar-gambar sekitar Minggu Suai Kenal. Terima kasih pada Team Media Perubahan yang berada dilapangan.








Monday, September 3, 2012

4078 Siswa/wi baru UUM


Dari Perubahan UUM 

Selamat datang ke UUM. Itulah sahaja yang mampu di ungkapkan kepada siswa/wi baru UUM. Di jangkakan seramai 4078 siswa/wi baru UUM yang mendaftar pada pagi ini.

Persiapan dikatakan dilakukan selama dua minggu oleh AJKS Induk dan DPP. Media Perubahan sempat menghubungi Mohd Sharwan Abu Bakar yang bertindak sebagai Penghulu II Induk berkata beliau mengharapkan segalanya berjalan dengan lancer dan teratur seperti yang diinginkan dan dirangkakan.

‘Kepada mahasiswa baru UUM saya mengharapkan agar boleh menghubungi saya, atau AJKS yang ada. InsyaAllah kami bersedia membantu.’

Seorang lagi AJKS yang dihubungi Nur Suhaniza berharap agar segala yang diaturkan dan direncakan berjaya dijalankan dengan baik. Masing-masing melahirkan rasa  bersedia untuk berkhidmat.

InsyaAllah PerubahanUUM akan melaporkan segala berita dari masa ke semasa. 

Salam Perubahan kepada semua siswa/wi baru UUM

Sunday, September 2, 2012

Inilah makna 'kemerdekaan'


Jangan dibiarkan anak muda merdeka melihat kejadian ini. Maaf PERUBAHAN tidak bersetuju!!!!!!!

Eh kak long tak nak tegur ke? mungkin PMI ada yang nak tegur


Ha... pijak jangan tak pijak.. 


Ini kah yang dikatakan perhimpunan Janji BERSIH?

Rupanya dengan pijak gambar DS Najib lambing demokrasi.

Sudahlah..

Masyarakat muak dengan benda nie!!!

Sampai terikut-ikut PUAK PRO M dengan gaya ni.

Demo PTPTN tapi laung yang tak elok-elok pada PM, UMNO, HAHAHAHA

Mualkan sahaja politik Kampung pihak tu.

Silalah insaf dan beradap..

Maaf tak sanggup nak melihat kebiadapan. 

mohon pengikut UMNO jangan dipijak gambar pemimpin PAS. kita bersaudara.